Wednesday, July 9, 2014

Lambaian dari bumi Gaza

Palestin:: Serangan darat oleh Israel adalah keputusan Berat
1. Sebelum menghadiri mesyuarat ketenteraan siang hari ini, Benjamin Netanyahu, PM Israel menyatakan beliau tidak berhasrat mengembangkan operasi ketenteraan ke atas Gaza dan cukup sekadar serangan udara.



2. Selepas selesai mesyuarat, Netanyahu mengubah pendiriannya dan menyatakan Israel akan mengerahkan seluruh kekuatan tentera darat untuk menggempur Gaza.



3. Kabinet Israel memutuskan untuk mengerahkan 40 ribu tentera darat dalam operasi kali ini dan meletakkan mereka dalam keadaan siap siaga. Dalam peperangan tahun 2012, Israel telah meletakkan 65 ribu tentera darat di sepanjang sempadan Gaza namun tiada inisiatif untuk mengarahkan kemaraan tentera darat mereka ke dalam Gaza.


4. Sejak bermulanya peperangan, Israel telah meletakkan kereta-kereta kebal di sepanjang sempadan Gaza.

5. Risiko serangan darat yang paling dibimbangi Israel adalah askar Israel diculik oleh tentera Palestin. Israel sudah tentu tidak mahu peristiwa penculikan Gilad Shalit yang berpanjangan selama 6 tahun dan berakhir dengan pertukaran tidak kurang 1 ribu tawanan Palestin di penjara Israel. Perkara ini sangat merugikan dan memalukan Israel.

6. Di antara latihan-latihan ketenteraan Hamas adalah operasi menculik tentera Israel.

7. Israel lebih rela jika askarnya dibunuh dari diculik. Ini terbukti dalam peperangan tahun 2008 apabila seorang tentera Israel berjaya diculik oleh mujahidin, Israel bertindak membunuh kedua-duanya sekali di tempat persembunyian mereka.

8. Majoriti rakyat Israel juga tidak menyokong keputusan menggunakan serangan darat. Kegagalan tentera darat Israel bermakna kekuatan tentera darat Palestin akan mara dan meneruskan operasi sehingga ke luar Gaza memasuki kawasan-kawasan Israel. Risiko paling tinggi adalah Palestin akan kembali meluaskan kawasan mereka dan 'menjajah' kawasan Israel.

9. Awal tahun ini, tentera Israel dikejutkan dengan penemuan terowong-terowong tentera yang menghubungkan Gaza dan Israel. Israel menamakan terowong-terowong ini sebagai terowong tikus. Berperang dengan terowong merupakan di antara kepakaran tentera Al Qassam terutamanya di waktu malam. Dengan strategi terowong ini, mereka mampu melumpuhkan kemaraan kereta kebal. Yang lebih membimbangkan Israel adalah mereka langsung tidak mempunyai gambaran di manakah kewujudan terowong-terowong ini di bawah tanah Israel. Ia juga strategi ampuh untuk operasi penculikan tentera. Di antara kelebihan terowong ini juga, Israel sujar mengesan pergerakan Al Qassam walaupun menggunakan kelengkapan night-vision with body heat sensor.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada mujahidin dan membebaskan Masjid Al Aqsa.


Kejutan demi kejutan dari Gaza.
Israel diketahui sebagai 'negara haram' mempunyai angkatan tentera terkuat di Timur Tengah setelah dibantu oleh Amerika Syarikat yang memiliki kecanggihan keupayaan ketenteraan terhebat di dunia.
Namun segala kehebatan ini tidak menafikan bahawa regim Zionis ini juga terkesan dengan keupayaan luar biasa lawannya yang telah dikepung buat sekian lamanya di wilayah yang relatif saiznya sekangkang kera.
1-Komando Amfibia...
Keupayaan Hamas memiliki pasukan komando amfibia yang kemudiannya berjaya melepasi masuk ke wilayah terjajah 'Israel' daripada Gaza yang terkepung ini adalah sesuatu yang belum pernah dijangka tentera penjajah regim Zionis.
2-Komando Darat
Kelicikan pasukan Komando Darat al Qassam yang berjaya masuk dan kemudiannya membunuh 7 tentera regim Zionis di Ashkelon serta menawan seorang lagi tentera penjajah Zionis secara hidup-hidup adalah satu perkara yang mengaibkan mereka.
3-Roket baru R160
Dalam pertempuran yang terdahulu, roket M-75 al Qassam berjaya
mencapai sasaran sehingga 70-75 km. Namun kini, R-160 (Rantissy 160) dengan jangkauan 160 km telah pun terbukti dengan menyinggahi Haifa, bahagian yang paling utara di negara haram Israel.
Ini bererti, tiada lagi tempat yang selamat termasuklah Tel Aviv dan Khudaira sehingga menyebabkan seluruh 'rakyat' Israel terpaksa mencari lokasi persembunyain yang selamat disebabkan ketakutan mereka yang luar biasa.
Bukan itu sahaja, al Qassam adalah generasi manusia yang dibekalkan dengan kekuatan keimanan, kehangatan ukhuwah yang luar biasa dan memiliki kecintaan untuk syahid agar dapat bertemu Pencipta yang dirindui selama ini. Apatah lagi di bulan Ramadan al Mubarak ini.
Sedangkan pendokong Zionis adalah sebaliknya.
Seluruh dunia datang mengerumuni dunia Islam.
Daripada Tsauban, beliau berkata: Rasulullah bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa daripada seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."
Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah kerana kami sedikit hari itu?"


Nabi menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun daripada hati musuh-musuh kamu terhadapat kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan."
Seorang sahabat bertanya, "Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?" Nabi pun menjawab, "Cinta kepada dunia dan takut mati.


Persoalannya,,di mana umat Islam dari seluruh negara lain amnya.Adakah episod lalu akan berulang di mana negara2 Islam hanya akan mendiamkan diri atau sekadar menjadi tunggul dalam memerhatikan bumi Palestin terus ditindas dan dijajah oleh puak Yahudi/Israel laknatullah??

Ya, negara2 Islam akan terus mengutuk sekeras-kerasnya apa yang dilakukan oleh negara Yahudi tersebut. Hanya mengutuk?? sedangkan bangsa itu hanya mendongak ke langit dengan angkuhnya dan terus meratah bumi Palestin tanpa mengambil enteng kutukan tersebut. Episod ini dilihat berlaku setiap kali serangan dilancarkan. seolah2 negara2 Islam hanya mampu memerhatikan tempat berdirinya kiblat kedua umat Islam iaitu masjidil Al-Aqsa terus dipermainkan pihak Yahudi yang mana dengan rakusnya dilihat sebagai cuba untuk menghapuskan terus negara Palestin dari bumi.

Apabila bumi Gaza diserang, naiklah kempen supaya memboikot barangan keluaran Yahudi dan sekutunya, Amerika Syarikat...Tidak lama kemudian ,,setelah serangan surut, maka surut lah jua kempen tersebut..Hal ini boleh diibaratkan hangat hangat tahi ayam.Tiada usaha yang berterusan untuk memboikot barangan keluaran mereka oleh kerajaan Malaysia sendiri amnya.Umat Islam seolah olah terkejut daripada tidur dan kemudiannya menarik selimut kembali untuk terus tidur....lalai!!..alpa!!..itulah sikap yang sebenarkan akan menjahanamkan ,,bukan setakat di Bumi Palestin sebagai contoh,bahkan seluruh umat Islam. Dengan mudahnya ,fikiran kita seolah-olah disuntik racun seperti dari segi hiburan, makanan, pakaian, cara kehidupan dan hubungan sosial agar terus hanyut, tidur mengikut arus mereka...BANGKITLAH DARI LENA WAHAI UMAT MUHAMMAD S.A.W.


No comments:

Post a Comment