post nie sy ambil daripada facebook sy isu berkaitan dengan wang jugak lah...dimana perbandingan nilai matawang di Malaysia pada tahun 2000 dan 2012....dan saya juga tengah memikirkan apa yang berlaku pada 12 tahun akan datang...sememangnya harga barangan sentiasa meningkat dari saban tahun selari dengan kemajuan negara katakan...tapi apa yg saya nampak,,peningkatan barangan amat ketara berlaku apabila keperluan asasi contohnya apabila minyak kenderaan naik ...
selamat membaca...=)
Hasil kajian dan kerja aku pada tahun 2012 ini yang telah
banyak merebak ke banyak tempat dan banyak digunakan oleh mereka untuk memberi
kesedaran tentang pentingnya emas berbanding duit kertas dan aku post kembali
ke wall aku. Tahun 2012 aku sangat mengkaji perihal duit dan matawang. Sehingga
aku jumpa apa erti sebenar duit. Sila baca!
...............................................................................
(1) - Pada tahun 2000, dengan RM1, kita boleh membeli 5 biji
kuih. Tetapi pada tahun 2012, RM1 hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja,
(2) - Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, kita hanya
memerlukan 40 sen sahaja. Tetapi pada tahun 2012, untuk 2 biji kuih, harganya
sudah menjadi RM1.
(3) - Maka, nilai RM1 kita pada tahun 2012 ini hanya
bersamaan dengan 40 sen sahaja pada tahun 2000. Kerana nilai matawang ringgit
kita semakin jatuh saat demi saat tanpa kita sedari. Bagi sesetengah yang tidak
ambil peduli, inflasi ini cuma pekara biasa.
(7) - Setelah persamaan kedua-dua belah (tahun 2000 dan
tahun 2012) digandakan (4,5 dan 6). Pada tahun 2012, nilai RM 1 Juta hanya
bersamaan dengan RM 400Ribu sahaja untuk tahun 2000. Kalau anda rasa anda
seorang jutawan pada tahun 2012 dengan memiliki RM 1 Juta. Maka, sesiapa sahaja
yang mempunyai RM 400 Ribu pada tahun 2000 juga adalah seorang jutawan kerana
nilai duit mereka dan anda adalah sama!
(8) - Terlampau ramai orang Melayu dipengaruhi dengan
pelaburan ASB (Amanah Saham Nasional Berhad) yang mencanang keuntungan yang
berlipat kali ganda. Kalau ada calculator di sisi anda, cuba anda kira
sekiranya anda melabur RM 400 Ribu di ASB pada tahun 2000 dengan dividen purata
9% setahun. Adakah duit anda menjadi sekitar RM 1 Juta pada tahun 2012? Iya
bukan? Anda rasa ini satu keuntungan? Keruguian? Atau SAMA sahaja? *Berdasarkan
nilai matawang kita sekarang berbanding tahun 2000.
(9) – Bicara tentang Real Estate. Kalau anda membeli rumah
RM 400 Ribu pada tahun 2000, adakah rumah anda bernilai RM 1 Juta pada tahun
2012? Mustahil bukan? Kecuali di kawasan yang betul-betul membangun. Dan jangan
juga lupa, kebanyakan membeli rumah secara loan. Mungkin sebenarnya anda
membayar hampir RM 700 Ribu untuk rumah RM 400 Ribu. Anda rasa ini satu
keuntungan atau KERUGIAN? Berdasarkan nilai matawang kita sekarang berbanding
tahun 2000.
(10) – Gold Tell The Truth. Pada tahun 2000, 1 gram emas
hanya berharga sekitar RM 30. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas sudah
mencecah RM 180. Dan sekiranya anda menggunakan RM 400 Ribu yang anda ada pada
tahun 2000 untuk membeli emas dan bukanya melabur ke dalam ASB mahupun dengan
membeli rumah. Harga emas anda sudah menjadi RM 2.5 JUTA! pada tahun 2012.
PERCAYALAH.
Jika anda mempunyai peti keselamatan yang tidak akan dibuka
selama 10 tahun, anda lebih rela mengisi dengan:
a. 1 gram emas
b. Rm180.00
.................................................................................................................
*Kenapa ini terjadi? Ini terjadi disebabkan inflasi. Inflasi
terjadi apabila our 'central bank' print money out of nothing, out of thin air.
Dia just print money bila ada permintaan dari bank-bank dan kerajaan. Semakin
banyak our 'central bank' print money, semakin tidak bernilai duit tersebut.
Ini dipanggil FIAT MONEY. Fiat money ini terhasil dari undang-undang dan peraturan
sesuatu kerajaan. Bukan seperti yang kita belajar di sekolah - duit dicetak
berdasarkan simpanan emas di dalam bank.
*Semakin banyak duit dicetak semakin susah hidup kita.
Selagi kita menggunakan conventional bank untuk membuat pinjaman, beli rumah dan
credit card. Semakin banyak duit akan dicetak berdasarkan adanya
'interest/riba'. Sebab itu dari dahulu lagi Islam meharamkan riba. Sekarang
baru kita nampak. Para sahabat Rasulullah tidak nampak kenapa bahayanya riba.
Umat akhir zaman je yang akan merasai.
*"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI
DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR (EMAS) DAN DIRHAM
(PERAK)". - Sabda Rasulullah SAW.
* Emas merupakan simpanan terbaik dan jauh lebih hebat dari
ASB dan emas juga bukanlah satu pelaburan yang baik. Jangan melabur dalam emas,
cuma buat simpanan dalam emas.
**** p/s: SEBARKANLAH SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI NIAT UNTUK
MENYELAMATKAN KELUARGA, SAUDARA DAN SAHABAT-SAHABAT ANDA
No comments:
Post a Comment