Saturday, January 16, 2016
Betul Ke Pelajar Universiti Berlapar?
----------------
Bila tengok kes pelajar berlapar dan siap ada kajian lagi, membuatkan saya teringat masa zaman belajar dulu. Actually kes ini bukanlah baru, dah lama dah. Bahkan sebelum dari saya belajar lagi.
Dulu masa batch saya, ramai pelajar berlapar bukan sebab duit tak cukup, tapi ramai yang sebab duit habis pergi enjoy di Kuala Lumpur, beli pakaian tak nak kalah sampai beratus-ratus ringgit, malah ada juga simpan duit untuk beli smartphone (zaman saya tu smartphone baru nak up, so siapa yang pakai smartphone Android memang nampak up to date).
Itu belum lagi yang modifed motor atau kereta, kemudian ada yang guna duit untuk belanja awek dating sana sini, dan banyak lagi. Dan akhirnya, pada hujung semester, semua habis. Dan terpaksa ikat perut sampai tahap makan megi je.
TETAPI..
Saya tak kata semua pelajar macam tu, bahkan saya menyaksikan ada yang berhabis duit untuk dakwah tarbiah, ada juga yang berhabis duit untuk menyara mak ayah di kampung, ada yang berhabis duit untuk menyara adik beradik sekolah di kampung, dan sebagainya. Saya tak nafikan, bahkan banyak.
Apa pun, memandangkan sekarang dah mula cuti semester dan isu ini pun dah mula “sejuk”, saya nak kongsi sikit macam mana saya saving PTPTN saya sampai habis semester. Bahkan masa habis semester pun, saya masih ada lagi BAKI untuk digunakan semester hadapan atau untuk bayar balik PTPTN.
--------
Masa saya belajar dulu, saya dapat PTPTN RM3500.00 satu semester. Selepas tolak duit yuran dan kolej, duit baki adalah RM2000.00 plus minus. RM2000.00 ini saya bahagikan kepada 4 perkara,
1. Duit untuk saving makan, minum, keperluan, buku, pen yang asyik hilang, etc.
2. Duit untuk kecemasan
3. Duit untuk dakwah dan infaq
4. Duit untuk berdikari.
Apa maksud semua ini? Tenang, tenang. Saya explain satu persatu.
================
1. Duit untuk saving
================
Saya peruntukan duit saving sebanyak RM1000. 1 semester ada 5 bulan lebih kurang. (termasuk cuti) So kalau RM1000 dibahagi kepada 5, kita akan dapat sebulan bersamaan RM200. RM200 kalau bahagi dengan 30 hari, bersamaan dengan RM6.50.
Saya dulu makan sehari lebih kurang RM5.00 sahaja. Kalau nak hadiahkan diri, baru saya akan makan sampai RM10.00 sehari, itupun tengok keadaan. Bahkan sampai tahap pernah saya berjimat bab makan ini sampai sehari saya hanya makan RM1.00 saja sebab saya “terlebih guna” duit yang saya peruntukan. Eh, macam mana?
Saya beli nasi putih banyak sikit dalam polisterin, letak kuah, dan bayar. Kemudian saya makan separuh tengah hari, separuh lagi saya simpan untuk makan malam. Lauk? Tengok la, kalau ada sambal belacan, makan je la lauk sambal belacan. Kalau takde, lauk garam atau kicap je la.
Tapi alhamdulillah hidup juga saya sampai hari ini.
Kemudian kalau ada baki untuk bulan tu, saya akan forward duit tu untuk ke bulan depan dan seterusnya. Sama juga macam minum, beli barangan keperluan, dan sebagainya.
==============
Duit Kecemasan
==============
Duit kecemasan ini saya hanya peruntukan sebanyak RM300.00 saja. Apa fungsi duit kecemasan? Duit ini saya guna kalau perlu beli tiket bas balik kampung, saya beli minyak motor, guna kalau motor rosak, dan sebagainya.
Korang letaklah apa pun list di bawah tu kecemasan itu walaupun kegunaannya takdelah berapa cemas sangat.
=================
Duit Dakwah & Infaq
=================
Saya peruntukan RM200.00 untuk duit dakwah dan infaq ini. Saya dulu keluarkan RM50.00, dan saya bagi kat ibu saya di kampung. Saya ni takde la miskin sangat, tetapi ibu saya hanya kerja kilang. Gaji pun bawah RM1000.00.
Mesti korang akan terfikir, cukup ke bagi RM50.00?
Wallahi, memang TAK CUKUP. Sangat tak cukup. Tetapi saya cuba juga nak bagi. Sebab saya tahu, disebalik tak cukup tu, ada KEBERKATAN yang Allah turunkan tanpa saya sedar. Sampai tahap saya sendiri TAK SANGKA yang saya boleh bagi mak saya hampir setiap bulan RM50 dan kadang-kadang lebih. Macam mana?
Saya sendiri takde jawapan. Tetapi Maha Suci Allah, yang selalu mencukupkan semua hambaNya. Tetapi kebanyakkannya tak bersyukur. Huhuh.
Mungkin juga asbab saya bisnes kot. Tu baca kat bawah nanti. Oh ya, kemudian baki RM150.00 saya guna untuk dakwah seperti guna untuk duit program dakwah, derma kat badan dakwah, belanja anak usrah makan, dan sebagainya.
Pandai-pandailah jimat.
=============
Duit Berdikari
============
Bila korang baca betul-betul, korang mesti akan rasa,
“Mana cukup semua ni!”
Memang tak cukup pun. Sebab tu saya spent lagi RM500.00 pula saya guna untuk berdikari. Berdikari ini maksudnya saya guna untuk modal BISNES. Saya jual buku, saya jual al Quran pelangi, saya jual baju, jual kuih, jual makanan, dan sebagainya.
Sampai tahap saya ada duit lebih, saya pergi Bandung, Indonesia untuk saya beli buku di sana, dan jual kat Malaysia. Alhamdulillah.
Kemudian duit keuntungan bisnes saya rolling lagi dan lagi, dan tampung untuk saya makan minum minyak motor, bagi duit pada ibu hampir setiap bulan, dan sebagainya.
============
Cuti Semester?
============
Waktu cuti semester saya tak jadi ular sawa kat rumah. Waktu cuti semester, ada kala saya pergi belajar pondok (sekali je masa cuti sebulan), kemudian ada kala masa cuti panjang saya kerja sebagai driver seorang pensyarah (ni masa cuti 3 bulan), kerja part time jadi promoter kedai buku masa pesta buku, dan sebagainya.
So dari kerja-kerja ni, dapatlah duit poket sikit, dan boleh guna untuk makan, minum, berdikari, dakwah, infaq, dan sebagainya.
-------------------
Kesimpulan?
-----------------
Dan alhamdulillah, setiap semester kadang-kadang saya ada baki duit dalam bank sampai beratus-ratus. Bolehlah untuk dibawa ke semester hadapan, dan juga untuk saya bayar balik hutang PTPTN lepas habis belajar.
Korang kena ikut ke semua ini? Jangan risau, tak perlu ikut. Korang kena bijak URUS DUIT korang. Korang kan dah MAHASISWA, bukannya budak sekolah yang nak kena suap, nak kena belai, nak kena bambam, dan segala bagai.
Jadi matanglah dik, dan berdikari ! Kata nak kahwin berkobar-kobar, tapi berdikari pun tak nak.
Apa pun, kes pelajar berlapar ini memang real pun, dan saya salah seorang yang pernah melaluinya. Lagi-lagi pelajar Malaysia. Ada kala duit pinjaman atau biasiswa memang tak cukup.
Tetapi korang sebagai pelajar kena ingat, duduk universiti belajar ini bukan tempat untuk BERMEWAH-MEWAH, nak jadi acah-acah hipster, dan segala bagai.
TAK!!
Universiti ini tempat belajar, dan of course antara pengorbanan yang kena buat adalah terpaksa berlapar dan hidup sederhana / tak mewah masa belajar. Apatah lagi kalau kau tu anak orang miskin atau bukan anak orang kaya.
Kalau nak hidup mewah kaya raya macam dalam drama Hati Perempuan, Hati Pondan, Tuan Anas Mikael, Tuan Anas Izrael dan sebagainya, kau buatlah bisnes dan jadi kaya untuk kayakan diri, keluarga dan orang Islam.
Sedarlah diri.
Banyakkan buat pengorbanan terutama pengorbanan untuk agama, insyaAllah urusan kau di permudahkan. Buatlah pengorbanan, tetapi jangan jadi pengor (bahasa mencarut yang murni).
Sekian. Dipersilakan share kalau korang nak share. Moga korang dapat manfaat untuk pembukaan semester akan datang.
Wallahu'alam. Tegur saya kalau saya salah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment