by I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW on Tuesday, May 17, 2011 at 2:03am
Berikut ini adalah wasiat islamik yang berharga dalam berbagai
aspek seperti ibadah, muamalah, akhlaq, adab dan yang lainnya dari sendi-sendi
kehidupan. Wasiat ini dipersembahkan sebagai peringatan kepada para pemuda
muslim yang senantiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan
sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
Semoga Allah menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang
membacanya ataupun mendengarkannya. Dan agar memberikanpahala yang besar bagi
penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya.
Cukuplah bagi kita, Allah sebaik-baik tempat bergantung.
1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’
baik dalam perkataan ataupun perbuatan.
2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan,
danakhlaq.
3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan
semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.
4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan
perbanyaklah istighfar.
5. Ingatlah bahawa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan
ketahuilah bahawa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang tersirat
di hatimu.
6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,
rasul-rasul-Nya, dan hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.
7. Janganlah engkau taqlid (mengikut) kepada orang lain dengan
buta (tanpa memilih dan memilah mana yang baik dan yang buruk serta mana yang
sesuai dengan sunnah/syari’at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau
termasuk orang yang tidak punya pendirian.
8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan
kebaikan kerana engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang
mengikuti/mencontohmu dalam mengamalkannya.
9. Peganglah kitab Riyadhush Shalihin, bacalah olehmu dan
bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul
Qayyim.
10. Jagalah selalu wudhu’mu dan perbaharuilah. Dan jadilah
engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadats dan najis.
11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di masjid
terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (shubuh).
12. Janganlah engkau merokok hingga membahayakan di rimu dan
saudara muslimu
13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat
kemenangan dengan pahala yang ada pada shalat berjamaah tersebut.
14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau
bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.
15. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jumat dan janganlah
berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua kerana engkau akan berdosa.
16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan
mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah
lalu ataupun yang akan datang.
17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan
tanpa udzur syar’i sebab engkau akan berdosa kerananya.
18. Tegakkanlah shalat malam (tarawih) di bulan Ramadhan
terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap
pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yang telah
lalu.
19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika
engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.
20. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah
perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di
sisi rabmu dan menjadipenolongmu di hari qiyamat.
21. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada Allah baik
perlahan-lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun
berbaring. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.
22. Hadirilah majlis-majlis dzikir kerana majlis dzikir termasuk
taman syurga.
23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan
dan hati-hatilah engkau dari mengumbar pandangan, kerana pandangan itu
merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.
24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan
janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/keangkuhan.
25. Janganlah engkau memakai pakaian sutera dan emas kerana
keduanya diharamkan bagi laki-laki.
26. Janganlah engkau menyerupai wanita dan janganlah
engkaubiarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.
27. Biarkanlah janggutmu kerana Rasulullah: “Cukurlah kumis dan
panjangkanlah janggut.” (HR. Bukhari Dan Muslim)
28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah
engkau minum kecuali yang halal agar doamu diijabah.
29. Ucapkanlah "bismillah" ketika engkau hendak makan
dan minum dan ucapkanlah "alhamdulillah" apabila engkau telah
selesai.
30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan,
ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.
31. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman kerana kezhaliman itu
merupakan kegelapan di hari kiamat.
32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan
janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan
ridha dan memilihkan makanan yang halal untuknya).
33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi), baik itu memberi
suap, menerima suap ataupun perantaranya, kerana pelakunya terlaknat.
34. Janganlah engkau mencari keridhaan manusia dengan kemurkaan
Allah kerana Allah akan murka kepadamu.
35. Ta’atilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan
syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.
36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan
persaksian.
“Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya maka hatinya
berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)
37. “Dan ber amar ma’ruf nahi mungkarlah serta shabarlah dengan
apa yang menimpamu.” (Luqman: 17)
Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan
rasul-Nya , dan mungkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya.
38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil
ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah
membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.
39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: “Janganlah
kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah kekejian dan sejelek-jelek
jalan.” (Al-Isra’:32)
40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan hati-hatilah dari
mendurhakainya.
41. Wajib bagimu untuk silaturahim dan hati-hatilah dari
memutuskan hubungan silaturahim.
42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah
menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.
43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih dan saudaramu di
jalan Allah.
44. Cintalah kerana Allah dan bencilah juga kerana Allah kerana
hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.
45. Wajib bagimu untuk duduk bermajlis dengan orang shalih dan
hati-hatilah dari bermajlis dengan orang-orang yang jahat.
46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (keperluan) kaum muslimin
dan buatlah mereka bahagia.
47. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan teliti.
Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.
48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau
pendengar yang baik.
49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun
tidak engkau kenal.
50. Ucapkanlah salam yang disunahkan iaitu
"assalamualaikum"dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan
atau kepala saja.
51. Janganlah mencela seorangpun dan mensifatinya dengan
kejelekan.
52. Janganlah melaknat seorangpun termasuk haiwan dan benda
mati.
53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan orang
lain kerana hal itu termasuk dosa yang paling besar.
54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni
menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerosakan
di antara mereka.
55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan
tentangsaudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.
56. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan menyakiti sesama
muslim.
57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia
kerana hal itu merupakan amalan yang paling utama.
58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.
59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta
kerana dusta akan menghantarkan kepada dosa dan dosa menghantarkan kepada
neraka.
60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok
dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain.
61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak
bersumpah meskipun engkau benar.
62. Janganlah menghina orang lain kerana tidak ada keutamaanatas
seorangpun kecuali dengan taqwa.
63. Janganlah mendatangi dukun, ahli nujum serta tukang sihir
dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.
64. Janganlah menggambar gambar manusia dan binatang.
Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada hari kiamat adalah tukang
gambar.
65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu
kerana akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.
66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan
membaca:"yarhamukallah" apabila dia mengucapkan:
"alhamdulillah"
67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.
68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah
kejelekan dengan kebaikan kerana kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan
hati-hatilah dari menunda-nunda.
69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan
berbaik sangkalah kepada Allah .
70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman
darinya.
71. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan bersyukurlah
dengan segala kenikmatan yang ada.
72. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus
mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarkan
ilmu.
73. Mohonlah syurga kepada Allah dan berlindunglah dari neraka.
74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada
Rasulullah.
Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai
hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya.
No comments:
Post a Comment