Monday, April 11, 2011

Tea for beauty

Khasiat teh sudah terkenal sejak zaman dahulu .Kalo nak diceritakan memang banyak.Tapi ramai yang masih belum tahu apakah sebenarnya kebaikan teh.Teh merupakan minuman kedua di dunia selepas air kosong.Digunakan sebagai minuman menghilang dahaga dan membantu mengurangkan stress kebaikan teh memang tidak dapat dinafikan lagi sehinggakan pemintaan teh dunia melonjak naik.Mengikut statistik penjualan teh dunia,jenama Lipton merupakan jenama terlaris dan merupakan antara produk teh yang terbaik di dunia.Namun hari ini saya bukan ingin menceritakan teh yang biasa kita lihat di pasaraya tapi ingin berkongsi sedikit maklumat tentang kebaikan teh herba.Teh herba memang banyak perbezaan daripada teh yang biasa kita minum.Kebiasaannya teh herba dihasilkan bukan daripada daun teh tetapi tumbuhan-tumbuhan herba seperti daun,buah atau bunga yang telah dikeringkan.Terdapat banyak jenis teh herba seperti teh bunga raya,kulit kayu manis,cannabis,chrysanthemum,halia, clover dan banyak lagi.Tapi hari ini ramai yang tidak tahu kegunaan teh herba yang cukup menakjubkan.Teh herba diminum mengikut kegunaan dan bukanlah diminum sebarangan.Jika kita lihat di Malaysia,ramai penggemar teh herba mahukan kulit yang cantik tak kira lelaki mahupun wanita kerana kulit yang cantik dan sihat sudah tentu akan menaikkan 'saham' atau lebih sinonim 'market' mereka.Pada mereka yang ingin mecuba kebaikan teh herba ini saya mengesyorkan beberapa jenis teh herba yang sangat bertepatan kepada mereka yang ingin menjaga kecantikan.Antaranya ialah :
1. teh chamomile
2. teh omija
3. teh spearmint
4. teh roselle.

Kebaikannya :
1.Membantu penghadaman(pencernaan)
2.Melancarkan peredaran darah
3.Membantu menyingkirkan toksik (anti oksida)
4.Menghaluskan kulit
5.Memberikan tenaga
6.Mencergaskan otak
7.Menurunkan tekanan darah yang tinggi
8.Menyegarkan tubuh badan serta meningkatkan metabolisma.




Read more: http://mydecrescendo.blogspot.com/2010/12/tea-for-beauty.html#ixzz1JHcEDnSO