Saturday, July 26, 2014

Kisah Cinta Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan NabiMuhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.

Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya.

Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pulacuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.

Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.

Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.

Contohilah kisah cinta dua manusia agung ini…

Monday, July 21, 2014

Kecaknaan dalam solat kunci keimanan mukmin

Assalamualaikum..Alhamdulillah dan setinggi-tinggi ucapan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi ruang untuk bernafas di bumi Allah ini..tik tok tik tok...sekejap je masa berlalu..sedar tak sedar dah hampir ke penghujung Ramadhan iaitu 23 Ramadhan , bulan yang dipenuhi seribu keberkatan dan kebaikan. Tika Ramadhan ini juga, sepatutnya para muslimin dan muslimat memperbaiki amalan dan masing-masing ke arah lebih baik diselangi dengan usaha untuk meningkatan iman di dalam dada dengan perbanyakkan solat sunat, bertahajud, perbanyakkan zikir, bertadarus Al-Quran, bersedekah dan pelbagai lagi amal kebajikan yang boleh dilakukan untuk merebut ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT. Kali ini saya akan sentuh bab solat dimana sejauh manakah sifat istiqamah kita dalam menunaikan solat fardu khasnya.
macamana nak jadi orang soleh dan solehah
apa langkah pertama nak berubah?
saya cuba jawab ya.
pertama kali, kalau belum solat,maka solatlah.
kalau dah solat, maka jagalah waktu solat.
how?
jangan mencuri dalam solat.
maksud?
begini.
ada beberapa kategori manusia yang menjaga solat,
1. belum azan lagi, dia dah ready di tikar sejadah sambil zikir. dah wuduk dari tadi dah.
2. masa dia tengah masak,buat kerja dll, dengar saja azan dia terus besarkan Allah. semua kerja ditinggalkan untuk besarkan Allah.
3. masa dengar azan dia habiskan semua kerja dan ambil wuduk.
4. menunggu sehingga habis waktu dan solat sekali dengan waktu seterusnya contohnya melewat-lewatkan solat zohor sehingga hampir masuk waktu asar,,begitulah juga dengan solat maghrib dan isyak.
tapi ikut rankinglah. ternyata orang yang pertama lebih hebat jaga waktu solat.
dan.. dan..
selain daripada ranking di atas ialah orang yang tak jaga solat seperti no 4 dimana hanya mengambil sambil lewa tentang pentingnya solat di awal waktu.
Allah murka orang tak jaga waktu solat,
yang tak solat pulak? masyaAllah..
speechless saya.
tanya diri. kita jaga waktu solat tak?.
kemudian dalam solat.
masa takbiratul ihram. kita betul-betul besarkan Allah tak?
kita rasa Allah lihat kita tak?
kita takut dan harap pada Allah tak sepanjang solat?
tau tak.
tanda kita makin soleh,
dan tanda taubat diterima ialah
kita takut lakukan dosa sekecil hama pun sebab kita rasa Allah lihat kita.
itu namanya ehsan.
dan.. orang soleh ialah orang yang jaga solat malamnya.
let me tell u,
dekat dunia ni banyak orang baik,
banyak orang beriman,
tapi kita tak mahukah jadi orang yang dapat "perhatian" dan "cinta" Allah?
tak maukah kita jadi orang yang dekat dengan Allah?
tak mau berebut-rebut masuk syurga Allah?
takkan nak jadi orang "biasa-biasa" saja di sisi Allah...
nah.. Allah dah ingatkan, kalau baik solatnya, maka baiklah seluruhnya.

Wednesday, July 9, 2014

Lambaian dari bumi Gaza

Palestin:: Serangan darat oleh Israel adalah keputusan Berat
1. Sebelum menghadiri mesyuarat ketenteraan siang hari ini, Benjamin Netanyahu, PM Israel menyatakan beliau tidak berhasrat mengembangkan operasi ketenteraan ke atas Gaza dan cukup sekadar serangan udara.



2. Selepas selesai mesyuarat, Netanyahu mengubah pendiriannya dan menyatakan Israel akan mengerahkan seluruh kekuatan tentera darat untuk menggempur Gaza.



3. Kabinet Israel memutuskan untuk mengerahkan 40 ribu tentera darat dalam operasi kali ini dan meletakkan mereka dalam keadaan siap siaga. Dalam peperangan tahun 2012, Israel telah meletakkan 65 ribu tentera darat di sepanjang sempadan Gaza namun tiada inisiatif untuk mengarahkan kemaraan tentera darat mereka ke dalam Gaza.


4. Sejak bermulanya peperangan, Israel telah meletakkan kereta-kereta kebal di sepanjang sempadan Gaza.

5. Risiko serangan darat yang paling dibimbangi Israel adalah askar Israel diculik oleh tentera Palestin. Israel sudah tentu tidak mahu peristiwa penculikan Gilad Shalit yang berpanjangan selama 6 tahun dan berakhir dengan pertukaran tidak kurang 1 ribu tawanan Palestin di penjara Israel. Perkara ini sangat merugikan dan memalukan Israel.

6. Di antara latihan-latihan ketenteraan Hamas adalah operasi menculik tentera Israel.

7. Israel lebih rela jika askarnya dibunuh dari diculik. Ini terbukti dalam peperangan tahun 2008 apabila seorang tentera Israel berjaya diculik oleh mujahidin, Israel bertindak membunuh kedua-duanya sekali di tempat persembunyian mereka.

8. Majoriti rakyat Israel juga tidak menyokong keputusan menggunakan serangan darat. Kegagalan tentera darat Israel bermakna kekuatan tentera darat Palestin akan mara dan meneruskan operasi sehingga ke luar Gaza memasuki kawasan-kawasan Israel. Risiko paling tinggi adalah Palestin akan kembali meluaskan kawasan mereka dan 'menjajah' kawasan Israel.

9. Awal tahun ini, tentera Israel dikejutkan dengan penemuan terowong-terowong tentera yang menghubungkan Gaza dan Israel. Israel menamakan terowong-terowong ini sebagai terowong tikus. Berperang dengan terowong merupakan di antara kepakaran tentera Al Qassam terutamanya di waktu malam. Dengan strategi terowong ini, mereka mampu melumpuhkan kemaraan kereta kebal. Yang lebih membimbangkan Israel adalah mereka langsung tidak mempunyai gambaran di manakah kewujudan terowong-terowong ini di bawah tanah Israel. Ia juga strategi ampuh untuk operasi penculikan tentera. Di antara kelebihan terowong ini juga, Israel sujar mengesan pergerakan Al Qassam walaupun menggunakan kelengkapan night-vision with body heat sensor.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada mujahidin dan membebaskan Masjid Al Aqsa.


Kejutan demi kejutan dari Gaza.
Israel diketahui sebagai 'negara haram' mempunyai angkatan tentera terkuat di Timur Tengah setelah dibantu oleh Amerika Syarikat yang memiliki kecanggihan keupayaan ketenteraan terhebat di dunia.
Namun segala kehebatan ini tidak menafikan bahawa regim Zionis ini juga terkesan dengan keupayaan luar biasa lawannya yang telah dikepung buat sekian lamanya di wilayah yang relatif saiznya sekangkang kera.
1-Komando Amfibia...
Keupayaan Hamas memiliki pasukan komando amfibia yang kemudiannya berjaya melepasi masuk ke wilayah terjajah 'Israel' daripada Gaza yang terkepung ini adalah sesuatu yang belum pernah dijangka tentera penjajah regim Zionis.
2-Komando Darat
Kelicikan pasukan Komando Darat al Qassam yang berjaya masuk dan kemudiannya membunuh 7 tentera regim Zionis di Ashkelon serta menawan seorang lagi tentera penjajah Zionis secara hidup-hidup adalah satu perkara yang mengaibkan mereka.
3-Roket baru R160
Dalam pertempuran yang terdahulu, roket M-75 al Qassam berjaya
mencapai sasaran sehingga 70-75 km. Namun kini, R-160 (Rantissy 160) dengan jangkauan 160 km telah pun terbukti dengan menyinggahi Haifa, bahagian yang paling utara di negara haram Israel.
Ini bererti, tiada lagi tempat yang selamat termasuklah Tel Aviv dan Khudaira sehingga menyebabkan seluruh 'rakyat' Israel terpaksa mencari lokasi persembunyain yang selamat disebabkan ketakutan mereka yang luar biasa.
Bukan itu sahaja, al Qassam adalah generasi manusia yang dibekalkan dengan kekuatan keimanan, kehangatan ukhuwah yang luar biasa dan memiliki kecintaan untuk syahid agar dapat bertemu Pencipta yang dirindui selama ini. Apatah lagi di bulan Ramadan al Mubarak ini.
Sedangkan pendokong Zionis adalah sebaliknya.
Seluruh dunia datang mengerumuni dunia Islam.
Daripada Tsauban, beliau berkata: Rasulullah bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa daripada seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."
Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah kerana kami sedikit hari itu?"


Nabi menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun daripada hati musuh-musuh kamu terhadapat kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan."
Seorang sahabat bertanya, "Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?" Nabi pun menjawab, "Cinta kepada dunia dan takut mati.


Persoalannya,,di mana umat Islam dari seluruh negara lain amnya.Adakah episod lalu akan berulang di mana negara2 Islam hanya akan mendiamkan diri atau sekadar menjadi tunggul dalam memerhatikan bumi Palestin terus ditindas dan dijajah oleh puak Yahudi/Israel laknatullah??

Ya, negara2 Islam akan terus mengutuk sekeras-kerasnya apa yang dilakukan oleh negara Yahudi tersebut. Hanya mengutuk?? sedangkan bangsa itu hanya mendongak ke langit dengan angkuhnya dan terus meratah bumi Palestin tanpa mengambil enteng kutukan tersebut. Episod ini dilihat berlaku setiap kali serangan dilancarkan. seolah2 negara2 Islam hanya mampu memerhatikan tempat berdirinya kiblat kedua umat Islam iaitu masjidil Al-Aqsa terus dipermainkan pihak Yahudi yang mana dengan rakusnya dilihat sebagai cuba untuk menghapuskan terus negara Palestin dari bumi.

Apabila bumi Gaza diserang, naiklah kempen supaya memboikot barangan keluaran Yahudi dan sekutunya, Amerika Syarikat...Tidak lama kemudian ,,setelah serangan surut, maka surut lah jua kempen tersebut..Hal ini boleh diibaratkan hangat hangat tahi ayam.Tiada usaha yang berterusan untuk memboikot barangan keluaran mereka oleh kerajaan Malaysia sendiri amnya.Umat Islam seolah olah terkejut daripada tidur dan kemudiannya menarik selimut kembali untuk terus tidur....lalai!!..alpa!!..itulah sikap yang sebenarkan akan menjahanamkan ,,bukan setakat di Bumi Palestin sebagai contoh,bahkan seluruh umat Islam. Dengan mudahnya ,fikiran kita seolah-olah disuntik racun seperti dari segi hiburan, makanan, pakaian, cara kehidupan dan hubungan sosial agar terus hanyut, tidur mengikut arus mereka...BANGKITLAH DARI LENA WAHAI UMAT MUHAMMAD S.A.W.


Tuesday, July 8, 2014

Cinta yang Terpendam

Assalamualaikum sahabat sekalian,
pada entry kali kali ini, saya nak berkongsi sedikit tentang cinta yang terpendam..cinta adalah sesuatu yang universal di mana ia melibatkan hati, perasaan kasih antara 2 individu, rindu, ingin mendekati, tidak mahu berjauhan antara satu sama lain dan saling berharap agar menjadi teman sehingga akhirnya.


Ada cinta yang dipendam dalam DIAM, agar tidak saling menyakiti dan disakiti.
Ada cinta yang cuma mampu DILIHAT dari kejauhan, 'memerhati' tanpa ada kekuatan untuk menyapa.
Tapi akan ada waktunya, cinta itu perlu DILUAHKAN, pada waktu yang tepat.
Kerana cinta tidak semestinya memiliki, tapi setidaknya harus MENGAKUI.
jawapannya semestinya adalah antara 2...diterima atau ditolak.
Terkadang rindu menyapa hati, sehingga mengalir air mata dipipi, tidak terkata peritnya menanggung derita di jiwa,,tersaat mengigatinya di saat sepi mencengkam hati.....



"Aku cemburu dengan orang2 di sekitarmu..aku cemburu kepada

 mereka yang setiap saat dapat

bertemu tanpa terhalang jarak dan waktu..


Demi Tuhan aku cemburu kepada mereka yang selalu menikmati


 senyum dan tawamu

kapanpun mereka mahu,,


katakan pada mereka aku mencemburuinya..."




Orang yang mencintai awak dalam diam akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat malam’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun dia tahu awak tak balas SMS dia.
Sebenarnya dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi dia berselindung ayat selain kata cinta itu 
Banyak orang-orang di dunia ini yang susah untuk mengatakan cintanya..
Termasuk diriku. Orang yang mencintaimu akan menyimpan SMS anda walaupun bertahun lamanya kerana dengan cara itu, rindu sang pencinta akan terubat di kala sepi dengan membaca kembali SMS tersebut & sebagai tanda sayangnya tidak pernah hilang dari jiwa sang pencinta......

Tapi apakah kamu sanggup jika harus terus menahan rasa sayang kamu ke orang yang kamu suka?
Apa kamu sanggup harus terus menjadi penggemarnya saja?
Apa kamu sanggup mencintai seseorang yang belum tentu mencintai dirimu?
Apa kamu sanggup harus terus menahan rasa sakit jika kehilangan?
Apa kamu sanggup jika terus menahan rasa rindu?
Apa kamu sanggup memikirkan orang yang belum tentu memikirkanmu?

TIDAK.

Kenapa kamu hanya berdiam diri saja? apa kamu menunggu keajaiban datang dan menghampirimu lalu dengan ajaibnya dia akan tahu kamu mencintainya?
Apa dengan duduk-duduk santai dia akan tahu kalau kamu sedang memikirkan dirinya?
Apa dengan air mata akan menghilangkan rasa kerinduan yang teramat mendalam?
Apa dengan mata terpejam kamu akan membuatnya kembali kedalam hidupmu lagi?

TIDAK AKAN

Kamu hanya akan menunggu dia mengatakan cintanya kepadamu..
Kamu hanya berharap dia juga merindukan dirimu..
Kamu hanya akan memimpikannya..
Kamu hanya akan menangis jika melihat dia bersama orang lain..
Kamu hanya terus tersakiti saat dia pergi dari hidupmu..
Kamu hanya akan memaki-maki dirimu saat kamu kecewa..

APA ITU YANG KAMU MAHU?

Apa kamu mahu merasakan semua perasaan itu sepanjang hidup kamu?
Apa kamu mahu orang yang kamu sayang tidak tahu perasaan kamu?
Apa kamu mahu merindukannya setiap hari dengan kenyataan kamu tidak akan melihat dirinya?
Apa kamu mahu selamanya tersakiti jika orang yang kamu sayang sudah tidak lagi berada hidupmu?
Apa kamu mau menangis setiap malam dan membayangkan semua memori akan dirinya?

TENTU SAJA TIDAK.

Kamu punya suara!
Kamu mengetahui apa yang kamu mahu! Lalu mengatakannya!

Kamu boleh mengatakan cintamu untuk orang yang kamu sayang, tanpa dia mengatakannya terlebih dahulu.
Kamu takut ditolak?
Jika kamu di tolak, biarkan.. kamu juga tidak bisa memaksakan cinta. Cinta itu tidak boleh dipaksa. Kamu boleh menangis semalaman, tapi jangan berlarutan. Cukup sudah kamu merasakan cintamu yang tidak terbalas.
Lalu apa yang kamu lakukan setelah itu?
Jadikan dia sebagai temanmu jika kamu tidak mau kehilangan dirinya. Jadikan dia teman baikmu. Beri dia semangat, beri dia motivasi. Katakan dengan jujur kalau kamu tidak mau melupakannya.
Kamu mempunyai suara.
Dan bagaimana jika dia mencintaimu melebihi cintamu padanya?

Jika kamu merindukan orang yang kamu sayang, segera katakan kepadanya.
Tanya bagaimana keadaan dirinya, apakah dia baik-baik saja atau tidak.
Kamu mempunyai suara.
Kamu berhak mengetahui keadaan dirinya entah dalam bentuk apapun.
Jangan berlama-lama dalam kerinduan yang boleh menghilangkan kewarasanmu.

Jika kamu sudah tidak berhubungan dengan orang yang masih kamu sayang, dan masih mengharapan dia kembali kehidupmu, katakanlah kepadanya!
Katakan bahwa kamu dan hatimu masih memerlukannya.
Katakan bahwa kamu tidak boleh kehilangan dia, katakan dengan sejujurnya.
Jangan menanamkan rasa sakit terus menerus,
Jangan biarkan semua itu menjadi memori-memori belaka lalu lenyap dan menyisahkan luka.

KATAKANLAH..

Jika berada bersamanya boleh membuatmu tenang, kekalkan.
Kadang jika bersamanya kamu berasa tersakiti, bersabarlah.
Jika tanpanya hanya akan menyiksa hari-harimu, buat dia kembali.
Lebih baik bersamanya dan kadang tersakiti namun kamu bahagia, daripada tidak sama sekali.
Atau kamu berusaha melupakannya sampai berbulan-bulan?
Jika kamu sudah sanggup, berjuanglah melupakannya.
Cari yang lain.
Jika tidak, buat dia kembali.
Dan jika dia tidak mau kembali, jangan paksakan, lepaslah dia dengan tenang.
Lalu kembali ke hidupmu.

LAKUKAN YANG TERBAIK..

Jangan hanya menyiksa hatimu dengan memandam cintamu kepada seseorang..
Jangn hanya mengeluarkan airmata jika merindukannya..
Jangan hanya menyesali apa yang sudah terjadi..
Jangan hanya menyakiti diri sediri saat kepergiannya..
Jangan hanya menungu..
Jangan hanya diam..

Ingat, kamu masih mempunyai suara yang bisa merubah keadaan itu menjadi lebih baik.
Hilangkan semua rasa takut..
Hilangkan semua yang membebanimu..
Lalu katakan..
Dan buatlah dirimu dan hatimu tenang.

DAN DAPATKAN KEBAHAGIANMU.

Aku boleh mengatakan seperti ini karena aku sudah mengalaminya,,,,,

,
Cinta yang hanya dipendam.

Tanpa pernah mencuba untuk mengatakannya,


Selamanya akan menjadi penderitaan,


Selalu membayangi dalam kenangan


Cinta yang dipendam



Berawal dari sebuah angan
,

Hingga terkumpul menjadi harapan,


Semakin jauh dalam impian.



Cinta yang hanya dipendam,

Tak juga memiliki sebuah kata,

Mustahil untuk mengatakannya,

Tapi mutlak diharapkan menjadi nyata,



Hingga dia dengan yang lain,
Tetap saja mengharapkannya,
Masih disimpan di dalam hati,
Walau waktu telah jauh pergi.

Selalu saja mendambakannya,
Walau dunia sudah berbeza,
Bagai selalu ingin bertemu pelangi,
Walau malam tidak terganti.

Cinta yang hanya dipendam,
Akhirnya hanya dapat menerima,
Ketika sudah menyedari,
Mengharapkannya tak mungkin lagi.

Hingga berpikir mungkin takdir,
Membuat hati tak bisa memiliki,
Bukankah hati yang punya cinta,
Sebenarnya cinta mampu bicara.

Senyumnya tak akan terlupa,
Selalu teringat dalam duka,
Meratapi yang terjadi,
Cinta hanya dipendam hati.

Cinta katakan cinta,
Jangan biarkan terpendam saja,
Kerana mungkin adalah doanya,
Untuk menerima hati yang mencinta.

Cinta jangan dipendam,
Walau dia bersama yang lain,
Mungkin ia akan lebih bahagia,
Bila bersama dengan yang mencintainya.

Cinta jadilah cinta,
Yang berani untuk berkata,
Yakinkan hatinya untuk percaya,
Hanya satu cinta di dunia.

Cinta selamanya cinta,
Walaupun tidak bersama,
Andaikan mampu mengatakannya,
Mungkin cerita akan berbeza.

Bila hanya terpendam di hati,
Rasanya egois sekali,
Tidak mahu untuk berbagi,
Tentang perasaan hati.

Cinta yang dipendam,
Menjadi rindu dalam kalbu
Catatan dalam hidup,
Tentang kisah yang redup.

Cinta yang tidak pernah bicara,
Tidak mungkin menjadi nyata,
Cinta yang cuma dipendam,
Hasilnya akan menyeksa perasaan,
Jatuh cinta hanya sendirian...

                                                    Cinta yg Terpendam 11/11/11.....

Ada saat dan ketika dengan tak semena-mena hati terasa sayu dan sebak... di kelopak mata terasa ada air yang bergenang... bila dipejamkan mata, mengalir air mata membasahi pipi dan ketika itulah muncul bayangan si dia di minda yg kita rindukan... cepat-cepat titipkan doa agar Allah sampaikan rasa rindu kita dan mohon agar Allah jaga dan peliharakan dia untuk kita :')