Saturday, March 19, 2016

Imam masjid layan Naruto

Yang berkopiah berserban, imam masjid. Dorang pun layan naruto, main game, dengar lagu
Yang tudung labuh berjubah berpurdah, mereka pun beli barang berjenama, walaupun simple nak nampak up to date dan mahu berfesyen sederhana.
Sebab apa?
Sebab mereka pun manusia biasa.
Fitrah seorang manusia tu ada dan masih sama.
Mereka buat silap juga.
Mereka bukan datang dari syurga lahir lahir dah berbaju sunnah.
Hidup suci tanpa dosa.
Apa yang dia buat betul semua.
Tidak.
Kita semua sama.
Jadi jangan dinilai manusia itu seolah kebaikan sahaja yang ada pada dia.
Manusia sempurna.
Bila nampak silap satu dua terus kena hempuk kena sembur kena hina.
Padahal dia juga sama macam kita.
Ingat, manusia semua sama.
Beza kita cuma dihati, taqwa kita pada Dia.
Dan hati itu tidak dapat dilihat oleh manusia
Ikhlas kita yang tahu cuma Pencipta
Jadi pandanglah manusia itu dengan pandangan sama rata.
Semalam kita dapat mengawal nafsu, hari ni nafsu yang mengawal kita,
Semalam hati berbisik untuk berubah, hari ini perubahan itu tak kunjung tiba,
Itulah hakikat akhir zaman,
Iman yang tak seberapa, nak kata setinggi malaikat tu tak la, 
nak kata srendah-rendahnya.
Nauzubillah.
Dgn iman yang senipis kulit bawang, maka x hairan la orang orang yang kuat beribadah pun goyah andai iman tak dijaga.
Bayangkanlah iman yang senipis kulit bawang tu di letak kan diatas tapak tangan.
jika dibiarkan terbuka, maka melayang di tiup angin
Jika dibiarkan tertutup dengan tapak tangan, maka akan rosak lah kulitnya.
Begitu susah untuk menjaga iman.
Astaghfirullah.

Friday, March 11, 2016

Bangsa yang Gila!



Dulu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang begitu dihormati orang luar turut dihina dicerca oleh bangsanya di negara kelahirannya..
Dibuang mentah-mentah, dihukum seteruk itu oleh bangsa kita.. 
Entah apa dosa P.Ramlee sehingga sedikit baiknya langsung tidak dilihat apatah lagi dihargai..
Walhal orang luar sangat mengagumi beliau..berebut nak bersalaman dengan beliau.. Bangga dengan perjuangan dan kebolehan beliau dalam industri yang beliau ceburi..
Kasihan kau P.Ramlee kerana dilahirkan dari bangsa ini. 
Bangsa haprak tak kenang budi, hidup penuh iri. Hatinya asyik membenci, benci melihat kebaikan bangsa sendiri. 
Benci melihat kejayaan bangsa sendiri!
Namun bila perginya legenda ini mengadap Ilahi, masing-masing mula menyanjung dan bersedih..
Menyesali perbuatan yang tidak normal yang pernah mereka lakukan terhadap Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. 
Selepas kematiannya, barulah terhegeh-hegeh mengangkat setinggi-tinggi allahyarham.. 
Gila punya bangsa! 
Selepas 'dibunuh', diratapi pula pemergiannya..
Dan hari ini bangsa kita sekali lagi mengulangi perkara sama.. 
Bangsa lupa diri ini cuba menikam insan yang pernah menyelamatkan umat Islam Bosnia, selamatkan umat Islam di Palestin, selamatkan Islam di Chechnya, melanyak Yahudi di OIC, merampas semula Guthrie khazanah negara yang dicuri oleh penjajah British, orang yang meng'Islam'kan Sabah, orang yang dunia luar berebut mahukan beliau sebagai Perdana Menteri, satu-satunya manusia berbangsa Melayu yang lantang mempertahankan Islam dan Melayu di luar negara, manusia yang mendapat perhatian dan dihormati kebanyakan ulama dunia.
Dia dituduh nyanyuk, dikecam seperti tidak pernah melakukan kebaikan, dihina seperti tidak pernah melakukan sedikit pun jasa pada negara apatah lagi luar negara!
Hai lah bangsa tak sedar diri! 
Kau hanya pandang secubit keburukan untuk membunuh segunung kebaikan, pengorbanan yang pernah dia lakukan untuk negara! 
Hanya kerana dia menentang penyelewengan di negaranya kah kau menolaknya sehingga tidak mahu pandang walau sedikit pun kebaikannya? 
Hanya kerana 1MDB kah kau pertahankan keegoan kau untuk membunuh Panglima Garang yang pernah menggerunkan dunia Barat ini?
Sedarlah aku..
Yahudi itu tidak pernah membunuh pahlawan Islam, orang Islam itu sendiri yang akan membunuh saudaranya yang cuba menentang korupsi sahabat bermain golf proksi yahudi..
Paling teruk sekali, bangsa Melayu itu sendiri..
Tanyalah saja siapa tokoh Melayu yang mereka sanjung pengorbanannya kerana mempertahan tanah air? 
Haram jadah takde!
Semuanya kau pandang haprak, kau benci..
Sebab Melayu itu sendiri hidupnya asyik membenci dan menghina.. 
Dia tidak akan sama sekali menghargai bangsanya! 
Padahal Melayu ini satu bangsa yang dihormati satu masa dahulu.. 
Sehingga penjajah terpaksa meracuni pemikiran orang Melayu dengan harta dunia untuk menjadi pengkhianat menjatuhkan negeri-negeri di Tanah Melayu..
Lihat empayar Melaka! 
Bagaimana Empayar Melayu yang hebat boleh tumbang di tangan penjajah sehinggakan ke hari ini ia tidak beraja?
Itu semua angkara Melayu petualang yang gila kuasa harta dunia yang sementara!
Mati sahaja Panglima Garang nanti maka disanjunglah..
Diangkat setinggi-tinggi
Dibuka kembali satu persatu jasa beliau.. 
Diratapi pemergiannya..
Sama sahaja kisah P.Ramlee dan Tun Mahathir ini..
Dihina, dicerca tanpa sedikit pun memandang jasa dan pengorbanan mereka kepada agama, bangsa, tanah air dan dunia. 
Hanya kerana dia melawan penyelewengan pemerintah!
Celakalah bangsa busuk ini! 
Hanya pandai membunuh tangan yang pernah menyuapkan nasi! Najib yang langsung tidak berjasa pada DUNIA ini kau sanjung sebagai wira.. 
Hanya kerana jawatannya Perdana Menteri.. 
Hanya kerana dia Presiden UMNO yang 'didermakan' 2.6 billion itu kau julang ibarat Dewa? 
Kau pertahankan secukup-cukupnya setiap dosanya hanya kerana kau lena dibuai janji habuannya..
Menangislah Bosnia, Chechnya, Palestin, Pattani dan lain-lain negara Islam melihat bangsa yang tidak pernah bersyukur ini memperlakukan HERO yang pernah menyelamatkan mereka atas izin Allah!
Hilang seorang Panglima Garang yang lahirnya dari keluarga biasa-biasa di negara yang kecil..
Yang pernah menggegarkan dunia, menggerunkan kuasa besar, yang lantang bicara tentang hidup mati negara Islam yang teraniaya..
Akhirnya Panglima Garang yang membawa imej ISLAM dan pernah menggerunkan negara barat ini akan dihina sehingga mati..
Dijulang sebagai wira selepas mati..
Yaa... Itulah Melayu..