Tuesday, July 8, 2014

Renungan Sejenak Menuju Hadapan....

AL KISAHHHHHHHHHHHHH......
Di sini saya ingin berkongsi sedikit cerita mungkin berkenaan cara pengurusan kewangan dalam masa panjang, pelaburan yang bijak..,terdengarlah dialog "bro,malam masih muda,,enjoy la dulu puas2,alah,,kumpul duit tu nanti2 lah,nak kawin lmbat lagi,,bank pun ade boleh bagi pinjam kan".sesuai sangat dengan golongan seperti kita..almaklumlah...semuanya nak mudah,,semuanya nak senang kan...Sesuai dengan jiwa orang muda katakan,..semuanya nak nampak mewah,,bergaya sana sini,,pakaian nak branded2,,jam tangan gucci,,jeans levis butik,,baju CK,,kasut beharga rm200-rm 300 spasang walhal poket kosong,,hutang PTPTN x bayar lagi ataupun masih lagi belajar yg mana duit pun disogok oleh PTPTN atau ibu bapa...tu tak termasuk lagi yang ade girlfriend/boyfriend,,blanje pasangan masing2...berkepit sana sini kat shoping complex,,makan dekat starbuck...wow!..starbuck tu,,tu x kira yang makan dkat tempat2 yang mahal2 kat area KL tuh...bergayut siang malam,,semuanya keluar duit tu adik/kakak/abang sekalian.Tapi nak buat macam mana kan...org akan ckp memang adat bercinta...kena pandai2 la uruskan budget..BERBALOIKAH pengorbanan itu atas nama cinta??.tapi ingat,,,'pelaburan' itu biarlah berbaloi sehingga ke jinjang PELAMIN...baru puas hati!!..kalau x,,makan hati jela jawabnya..




Berbalik kepada cerita yang nak sy sampaikan ni...hahaha..da puas potpet potpet kat atas tu...berkenaan dengan pengurusan kewangan...ok la..kita mula daripada zaman menjadi pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi..semester pertama masuk...ok la yang mana dapat biasiswa/tajaan tu, kurang sikit beban kewangan yang dipikul.Tetapi berbeza dengan yang meminjam PTPTN nie yg agak sakit sikit sebenarnya..tatapi yang mana yang dapat ijazah kelas pertama tu,tahniah atas sbab anda mmg hebat atas usaha anda dan  anda tidak perlu membayar pinjaman balik PTPTN tu..yg x mampu tu,,terpaksa lah menangung beban hutang tu selepas belajar...adoi..banda yang bernama HUTANG nie memanggg liat sikit nak bayar kebanyakan,,Namun bergantung atas disiplin individu sebenarnya...haha..tu bab lain(disiplin),nanti hari lain kita cerita..pasal hutang ni..saya memang terfikirkan tentang hutang ni,,mcam mana nak atasinya..dengan kadar kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang nie..nak2 kalau hidup di bandar2 besar..memang x cukup la klau gaji stakat cukup makan je...hutang PTPTN, soal blanja khidupan harian, pengangkutan, makanan,bil2 bgai,...kahwin pun nak kena fikir jugak..umur pun da semakin meningkat kan..masa pun berlalu dengan pantas je sekarang nie...aduhai,sebut pasal kahwin....hantaran,mas kahwin lagi,jamuan,persandingan dan segala pelbagai lagi lah kos yang berkaitan....aduhai,,memang la memeningkan dan menggusarkan!!..harap2 lah my future wife nanti tak macam2...hahaha..:P


Awak, bacalah. Mak ayah, bacalah. Saya tahu umur saya baru setahun jagung, tak kenal pun lagi dunia pekerjaan macam mana, tapi saya cuma nak cakap berdasarkan pengalaman saya yang baru setahun jagung. Saya pernah bekerja sebagai buruh kasar di sebuah kilang paip minyak di perlabuhan Kuantan, adalah satu dua benda yang Allah tunjuk. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi setakat mana yang saya perlu.
Baiklah, lepas awak baca, awak kena ubah mentaliti awak. Awak selalu merungut mana nak simpan duit kahwin lagi, mana nak bayar hutang PTPTN lagi, mana nak bayar kereta lagi. Awak tak akan pernah rasa cukup dengan gaji yang awak dapat andai awak tak pernah rasa cukup dengan rezeki yang Allah bagi dekat awak. Kalau awak nak kahwin, kahwinlah. Saya percaya ada mak ayah yang akan cakap, "nak bagi bini makan apa? makan pasir?". Bagi saya, ini jenis mak ayah yang tak percaya dengan rezeki Allah.


Saya akui, duit itu penting. Nak masuk toilet pun pakai duit. Tapi duit bukan segala-galanya. Awak cakap awak nak kahwin, kan? Awak nak buat benda baik. Dalam al-Quran pun Allah ada janji yang Allah akan berikan rezeki pada mereka yang berkahwin. Rezeki dari bentuk apa, wallahu'alam. Itu rahsia Dia. Kalau Allah nak bagi rezeki, macam-macam bentuk rezeki Dia boleh bagi. Jiran bagi makanan, itu rezeki. Kawan belanja makan, itu pun rezeki. Jadi mak ayah yang tak nak bagi anak kahwin sebab takut anak bagi bini makan pasir, tak percaya dekat janji Allah ke? Kalau janji manusia lain lah. Lain janji, lain buat.

Kalau gaji awak RM10,000, janganlah bergaya macam orang bergaji RM10,000. Bergayalah macam orang bergaji RM5,000. Nak tunjuk yang belanja biarlah apa yang perlu, setakat mana untuk hidup. Bukan hidup untuk belanja, bukan hidup untuk have fun. Itu yang saya belajar. Mungkin zaman universiti saya tak seindah zaman universiti orang lain, yang berhabis duit PTPTN, duit mak ayah untuk sewa kereta, pergi jalan-jalan situ sana sini. Saya cuma nak gunakan duit yang ada untuk apa yang penting dahulu. Inshaa Allah, saya percaya, suatu masa nanti, Allah akan bagi peluang dekat saya untuk explore Dia punya alam. Yang penting, percaya pada Dia. 




ok,,baru nak mula kisah kita nie...haha..jgan marah abang/adik/kakak....sekadar luahan pendapat tadi tu..





Kisah Engineer Muda dan Technician Tua..



Tersebut kisah daripada memori tentang seorang Engineer

muda, Mr Vios yang baru masuk kerja di sebuah syarikat


 minyak dan gas terkenal di dalam negara.



Dengan sijil yang dimiliki oleh Mr Vios, tambahan dengan

 gred yang hebat, mana mungkin syarikat berkenaan 


menolak permohonan beliau. Jadi bekerjalah Mr Vios


 sebagai seorang engineer muda setahun jagung dengan


 gaji yang beliau rasa lumayan, iaitu RM3000 sebulan.



Dengan gaji sebegitu, Mr Vios sudah merasakan

 kenikmatan hidup. Memanglah, dulu dapat duit pinjaman 


sponsor pun baru RM700 sebulan. Sekarang sudah dapat


 hampir 4 kali ganda. Jadi Mr Vios merasakan dirinya


 berada dalam status kehidupan yang sudah agak mewah.


 Sudahlah seorang engineer, berduit pula.



Sesudah mendapat gaji pertama, Mr Vios merasakan kekosongan yang amat sangat. Duitnya hanya terusik sedikit sahaja. Difikirkan bagaimana mahu menggunakan pengetahuan engineering optimisation terhadap gajinya yang terbiar tidak digunakan.


Balik kampung berhari raya, beliau disindir sanak saudara. Tidak kurang juga yang memaksa. Bila mahu pakai kereta (besar)???

Tekad menggunung. Balik daripada kampung terus mencari kereta yang sesuai.

Gajinya Rm3000. Kereta apa yang beliau layak? Lantas ditanya kepada pegawai bank. Beliau layak meminjam maksimum 2/3 daripada gaji bersih sebulan untuk installment. Lebih kurang Rm2000.

Dengan berbekal pengetahuan kewangan sedia ada, Mr Vios agak-agak selamat untuk menurunkan bayaran bulan sebanyak RM1500. Barulah berjimat cermat.

Jadi proses shopping kereta pun bermula......

Dengan Rm1500 sebulan, kadar HP 3% dan tenure 9 tahun, beliau dapat memiliki sebuah Honda Civic yang cun melecun. Sesuailah dengan status beliau sebagai orang berkarier, engineer pula tu.

Jadi dengan bangganya Mr Vios membawa dan memperkenalkan Honda Civic yang cun melecun kepada sanak saudara dan rakan sekerjanya. Bangga sungguh dia. Kawan-kawan pun memuji. Barulah setaraf.

Rupanya rakan-rakan sekerja Mr Vios pun tidak kurang juga. Masing-masing berkereta hebat-hebat.

Dalam banyak-banyak rakan sekerja, Mr Estima merupakan technician yang report direct kepada Mr Vios. Mr Estima telah bekerja lama dengan syarikat tersebut, namun disebabkan hanya mempunyai sijil dan diploma, beliau kekal sebagai technician. Gaji pokok beliau sudah tentu tidak dapat menyaingi bos mudanya, Mr Vios.

Mr Vios berkata dalam hati, Mr Estima pasti tidak mampu memakai kereta hebat seperti beliau. Berapa saja gajinya, bisik hati kecil Mr Vios.

Sangkaan Mr Vios meleset apabila suatu hari beliau melihat Mr Estima menaiki Toyota Vellfire ke tempat kerja. Terkejut beruk beliau.

Mr Vios menyapa Mr Estima selepas beliau selesai meletakkan keretanya.

Vios: Pakcik Estima, besar kereta pakcik. Pakcik punya ker?

Estima: Aah, dah pakcik bawak, memanglah pakcik punya.

Vios: Wow, mampu ker pakcik bayar kereta macam ni? Mahal ni. Paling kurang RM2000 sebulan ni. Gaji pakcik mana cukup.

Estima: Kau bayar kereta kau berapa sebulan nak?

Vios: Rm1500.

Estima: Gaji kau berapa nak?

Vios: RM3000.

Estima: Kesian. Hamba kereta. Kerja macam nak mati separuh bulan cuma untuk kereta.

Vios: Errr....

Estima: Aku pakai Vellfire tu free jer...orang tolong bayarkan.

Vios: Eyh, macam mana boleh pakai free? Orang bayarkan pulak tu....

Mr Vios : Biar betul pakcik pakai Vellfire free?

Mr Estima : Bukan aku yang bayar so kira free lah.

Mr Vios : Ok pakcik, ceritalah macam mana pakcik buat.

Mr Estima: Banyak jer cara boleh buat. Kawan-kawan pakcik buat banyak cara. Tapi yang ni kira paling simple lah.

Mr Vios : Simple pun jadilah.

Mr Estima: Kau kena ubah mindset. Bezakan aset dan liabilti. Kemudian belajar hidup jangan sebab nak impress orang. Sebenarnya takde orang kisah pun ko pakai kereta ape. Last sekali kau jugak yang bayar, bukan member atau sedare mara ko.

Mr Vios : Makan dalam ni..Tapi takpe saya terima teguran tu pakcik. Ceritalah lagi.

Mr Estima : Sebagai orang muda yang miskin, kau kena fokus tambah aset. Orang miskin ni takda aset, tapi banyak liabiliti. Kalau ko start kerja dah kumpul liabiliti, alamat ko jadi hamba duit sampai bila-bila.

Aku muda-muda dulu bukan senang bank nak bagi pinjaman, jadi aku pakai kereta buruk jer. Asal boleh jalan. Kau pulak bukan kawen lagi, pakailah kereta biasa2. Kumpul beli kereta second hand.

Kalau gaji ko 3000, ko bayar max 300 cukup la.

Mr Vios: Ok2. Nasihat diterima. Lagi pakcik?

Mr Estima: Duit lebih tu kau simpan dan labur la. Kalau ko boleh bayar rm1500 untuk kereta, maknanya ko ada lebih rm1200. Kat sinilah kuncinya.

Laburkan duit tu. Macam pakcik dulu, takde la ada 1200, tapi lebih dapat la beli satu rumah flat.bayar 300 jer sebulan. Bila gaji tambah, pakcik tambah satu lagi rumah flat.

Pakcik sewakan rumah tu, dapat la duit lebihan. Duit lebihan ni pakcik kumpul untuk downpayment rumah seterusnya.

Lepas pakcik ada beberapa aset rumah flat, pakcik pun fikir nak tukar kereta.

Jadi bila boring beli rumah flat, pakcik stop kejap, pakcik guna duit lebihan untuk bayaran kereta bulanan. Jadi pakcik bayar guna duit lebihan tu jerlah.

Bila tukar-tukar kereta acap kali, pakcik rasa rugi pulak jual kereta second hand. Baik pakcik sewakan. Kancil bayar rm300 sebulan, harga sewa sehari pun dah rm80, cukup 5 hari orang sewa dah balik modal.

Ko pakai Honda ko tiap2 hari ker?

Mr Vios: Time nak pergi kerja jer. Weekend kalau keluar jalan-jalan. Kalau tak parking dekat rumah jer. Kawan saya dekat KLCC tu naik komuter dan LRT jer. So hari kerja tak pakai kereta pun.

Mr Estima : Haa, bijak pun. Setiap bulan ada 8 hari minggu boleh sewakan. Dah untung dah. Kalau orang nak sewa hari kerja pun ok, kita naik motor atau public transport lah.

Itu cerita kereta kancil nak. Itulah yang pakcik buat sampai ada Vellfire ni.

Mr Vios : Betul la pakcik. Selama ni saya tak pernah terfikir untuk buat camni.

Mr Estima : Benda ni untuk orang yang nak buat jer. Yang boleh dahulukan masa depan dan tolak kepuasan diri sendiri. Yang nak senang cepat, tak dapat nak tolong.

Ada banyak lagi cerita kawan-kawan pakcik. Ada yang main saham, ada yang buat projek pecah tanah, ada yang main emas, ada yang main rumah lelong, ada yang buat sublet, ada yang buat bisnes macam-macam, ada yang pakai syarikat. Yang penting kita mesti mahu belajar.

Mr Vios: terima kasih pakcik. Terbuka minda saya.

Mr Vios telah berazam hanya mahu fokus kepada menambah aset. Honda Civicnya mahu dijual walaupun mungkin rugi. Namun kerugian itu katanya berbaloi.

Begini rasional Mr Vios.

Kereta yang dijual itu susut nilainya hampir 15% setelah 6 bulan dipakai. 15% daripada RM130k ialah Rm19500. Hutang beliau masih banyak dek kerana bank mengenakan kadar keuntungan. Jadi hutang beliau tetap 130k (andaian untuk mudah kira). Memandangkan beliau telah bayar 10% downpayment, bermakna dengan susut nilai 15%, beliau rugi 5% iaitu RM6500.

Tetapi Rm6500 boleh dikira kerugian yang kecil kerana jika beliau meneruskan komitmen Rm1500/sebulan itu, beliau akan rugi lebih banyak.

Mr Vios pun pergi melawat Mr Estima yang sedang berehat dirumahnya, dengan niat mendapat nasihat.

Mr Vios : Pakcik, saya mahu jual kereta saya. Tak mahulah sewa-sewa ni, leceh. Saya jual terus dan perbaiki cash flow saya. Rugi sedikit sekarang.

Mr Estima: Berapa kau rugi nak?

Mr Vios : Lebih kurang RM6500.

Mr Estima : Oklah tu. Itulah harga sebuah kebodohan. Kira sebagai bayaran pembelajaran lah. Tapi Honda kau tu kalau tunggu beberapa tahun sikit mungkin tak rugi dengan susut nilai sebab resale value Honda tinggi. Tapi yang kau carik pasal buat loan 9 tahun tu sapa suruh. Dengar lagi orang bank dengan penjual kereta punya nasihat.

Tapi jugak, kalau kau tunggu lama sampai nak loan dan value kereta kau match, kau dah rugi banyak masa dan peluang.

Bertahun-tahun jugak tu. Kalau kau rasa RM6500 tu berbaloi untuk beli masa bertahun-tahun, you are on the right track.

Mr Vios : (Kembang bangga dengan pujian sifunya). Jadi saya on lah jual kereta saya ni. Saya juga dah rancang nak beli aset. Rumah.

Mr Estima: Bagus dah tu. Kau nak beli rumah untuk apa?

Mr Vios : Rumah ni untuk duduk, pastu untuk investment sekalilah. Kira sambil menyelam minum air la ni. Hehehe bijak tak saya?

Mr Estima: Hehe. Aku dah jumpa ramai dah orang macam ni. Nak pakej 3 in 1, 10 in 1. Nak beli rumah untuk duduk, pastu nak sewalah, pastu nak investlah, pastu nak cashflow lah, pastu nak capital gain lah. Orang macam ni memang takkan jumpa rumah sampai bila-bila. Kalau dia beli pun, dia takkan jadi investor yang berjaya.

Mr Vios : Uikss, makan dalam lagi ni. Takpe2, sifu punye pasal sebab ajar pun free ni, say terima. So macam mana ni?

Mr Estima : Untuk melabur kena ada target. Macam pakcik beli flat untuk sewa dan dapat cash flow positif, duit lebihan. Kira pakcik ni slow mo punya orang. Alon-alon bak kata orang Kanada.

Ada orang main flipping. Beli, hold 2-3 tahun dan jual. Untung dekat capital gain. Sekali untung bila market cantik memang best lah. 5-6 angka tu biasa. Pastu rolling la lagi.

Mr Vios: Wah, terliur nih. Saya patut main macam mana ni?

Mr Estima : Cerminlah diri sendiri. You must know your own game.

Mr Vios : Ok saya set saya mahu main game simple. Saya nak beli satu rumah yang ada potensi yang sangat baik. Mungkin boleh naik double dalam masa 5 tahun. Saya kena carik area hot dan lokasi kegemaran flipper dan spekulator. Kemudian saya jual, dan dapat duit untung. Duit untung tu saya beli tanah dan buat rumah sendiri. So saya tak perlu berhutang beli rumah sendiri kan? Bijak tak saya? Hehehehe.

Mr Estima : Hahahaha.. ini yang nak gelak lagi dengan orang muda ni. Belum apa-apa dah fikir macam orang pencen. Nak rumah sendiri, tanah luas la apa la. Ini kira mazhab Settle Down Early.

Mr VIos : Adeh, kena lagi. Tak best ker idea saya tu? Ok apa invest sekali pastu dapat rumah sendiri free?

Mr Estima: Oklah juga tapi tak berapa bijak. Itu kesilapan ramai orang muda. Kau kira ok lah ada jugak invest dan target rumah sendiri "free'. Ada ramai kawan-kawan sebaya kau tu tak sabar nak rumah sendiri. Nak settle down katanya. Baru kerja 2-3 tahun, settle down apa kejadahnya? Ada 30 tahun lagi masa bekerja (kalau hidup normal, namun ajal dan maut di tangan Allah).

Dah beli rumah sendiri, pakai joint loan max suami isteri. Downpayment guna personal loan. Renovate pun pakai personal loan (kalau ada lagi entitlement). Buat kabinet dapur pakai bayar pakai kad kredit. Beli perabot pakai ansuran mudah.

Kerja korporat, gaji beribu-ribu nak pakai smartphone konon, pun pakai ansuran mudah or pakai kontrak.

Itu sikit jer kes-kes depan mata. Belum lagi aku nak membebel kenduri kahwin dan wang hantaran pun berhutang..

Mr Vios; Huhu. Rileks pakcik. Nanti kena strok kang. Betul la cakap pakcik..Insaf saya...





ok...tamat sudah cerita 'cinta' tadi...hehe...harap2

 semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran

 daripada cerita tersebut...apapun..selamat maju jaya

 semua..nie saya ade 1 benda lagi nak share pasal

 loan ...yelahkan,,untuk hari2 mendatang dan hari2

 tua kita nanti=)


 Banyak kot kita dapat enjoy benefit2 yg ada kt dlm pakej loan skrg ni. Mana taknye, kalau kita start awal… sekurang2nya korang boleh extendkan loan kita tu semaksimum yg mungkin dan secara tak langsung, bayaran bulanan kita pulak akan jadi seminimum mungkin. Kenapa boleh jadik camtu? Korang mesti musykil kan? Kalau korang nak tau, korang boleh tgk contoh kat bawah ni :

Kiraan utk orang muda yang baru berumur 30 thn yg layak buat loan selama 40 thn :
Loan : RM50K
Interest : BLR-1.8% (BLR skrg – 5.55%) @ 5.55%-1.8% = 3.75% @ 4.0253*
Instalment : 50 x 4.0253 = RM201.27

Kalau org tua yg berumur 50 thn plak, diorg cuma layak utk buat loan selama 20 thn :
Loan : RM50K
Interest : BLR-1.8% = 3.75% @ 5.9289*
Instalment : 50 x 5.9289 = RM296.45
Korang mesti tertanya2 ttg 2 benda yg kt atas tu :
1) Kenapa org muda layak buat loan 40 thn tapi org tua cuma 20 thn je. Sbbnya maksimum umur yg bank boleh bagi loan skrg ni ialah 70 thn. So, kalau umur kita dlm 35 thn, maknanya kita layak utk buat loan selama 35 thn (70 – 35).
2) Tanda (*) tu dikenali sebagai ‘factor’ dan ianya berbeza mengikut tempoh pinjaman yg korang buat.Saya nk citer lebih2 pom xtaw..haha

Kesimpulannya. tak ke untung kalau korang start invest masa muda ni. Bila instalment rendah, dah tentu excess yg korang dpt dari duit sewa nanti akan jadi lebih utk korang enjoy..Cerita abah saya tyme dia muda2,baru stat berkeluarga, baru stat keje dulu kan..Dalam tahun 1989...selepas 9 tahun bekerja sebagai guru, maka siaplah sebuah rumah yang kami sekeluarga menetap sekarang nie di Jerteh. Kos sebuah rumah pada tahun tu RM60 000, tanah seluas suku ekar kira besar la jugak pada tahun 1997..kalau ikutkan market sekarang,mayb dlm RM400 000(sorry,x brape nx survey lagi yg latest perbandingan dari segi harga,saiz,keluasan tanah,kawasan penempatan dan nilai estetic).jgan harap la nx dpt rumah dgn harga camnie pada abad baru ni..apa yang abah buat dulu..mcam segala cerita DIATAS...biar susah2 dahulu,senang2 kemudian,sikit2 lama2 jadi bukit,...Pelaburan yang dibuat biarlah berbaloi dan mendatangkan keuntungan dan kesenangan pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment