Friday, August 22, 2014

Antara Dua Kasih-UNIC

Antara Dua Kasih

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya


Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai


Pengirim : sutrajihad

Tuesday, August 12, 2014

9 Peringkat Solat

9 PERINGKAT SOLAT: KITA TERGOLONG DLM PERINGKAT MANA???????
Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang,bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafirkalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masukneraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masihtak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada.
Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhakakepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik iasembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi takkhusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.
Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalamsembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dantak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yanglemah jiwa. Nafsu nya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatanjiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudahmudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkandosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnyatiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.
Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringatlangsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah)
Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segalamasalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia naklepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nakmengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli.Hatinyahanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin.Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dariyang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Saturday, August 9, 2014

Dunia semakin mahal

post nie sy ambil daripada facebook sy isu berkaitan dengan wang jugak lah...dimana perbandingan nilai matawang di Malaysia pada tahun 2000 dan 2012....dan saya juga tengah memikirkan apa yang berlaku pada 12 tahun akan datang...sememangnya harga barangan sentiasa meningkat dari saban tahun selari dengan kemajuan negara katakan...tapi apa yg saya nampak,,peningkatan barangan amat ketara berlaku apabila keperluan asasi contohnya apabila minyak kenderaan naik ...

selamat membaca...=)

Hasil kajian dan kerja aku pada tahun 2012 ini yang telah banyak merebak ke banyak tempat dan banyak digunakan oleh mereka untuk memberi kesedaran tentang pentingnya emas berbanding duit kertas dan aku post kembali ke wall aku. Tahun 2012 aku sangat mengkaji perihal duit dan matawang. Sehingga aku jumpa apa erti sebenar duit. Sila baca!

...............................................................................

(1) - Pada tahun 2000, dengan RM1, kita boleh membeli 5 biji kuih. Tetapi pada tahun 2012, RM1 hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja,

(2) - Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, kita hanya memerlukan 40 sen sahaja. Tetapi pada tahun 2012, untuk 2 biji kuih, harganya sudah menjadi RM1.

(3) - Maka, nilai RM1 kita pada tahun 2012 ini hanya bersamaan dengan 40 sen sahaja pada tahun 2000. Kerana nilai matawang ringgit kita semakin jatuh saat demi saat tanpa kita sedari. Bagi sesetengah yang tidak ambil peduli, inflasi ini cuma pekara biasa.

(7) - Setelah persamaan kedua-dua belah (tahun 2000 dan tahun 2012) digandakan (4,5 dan 6). Pada tahun 2012, nilai RM 1 Juta hanya bersamaan dengan RM 400Ribu sahaja untuk tahun 2000. Kalau anda rasa anda seorang jutawan pada tahun 2012 dengan memiliki RM 1 Juta. Maka, sesiapa sahaja yang mempunyai RM 400 Ribu pada tahun 2000 juga adalah seorang jutawan kerana nilai duit mereka dan anda adalah sama!

(8) - Terlampau ramai orang Melayu dipengaruhi dengan pelaburan ASB (Amanah Saham Nasional Berhad) yang mencanang keuntungan yang berlipat kali ganda. Kalau ada calculator di sisi anda, cuba anda kira sekiranya anda melabur RM 400 Ribu di ASB pada tahun 2000 dengan dividen purata 9% setahun. Adakah duit anda menjadi sekitar RM 1 Juta pada tahun 2012? Iya bukan? Anda rasa ini satu keuntungan? Keruguian? Atau SAMA sahaja? *Berdasarkan nilai matawang kita sekarang berbanding tahun 2000.

(9) – Bicara tentang Real Estate. Kalau anda membeli rumah RM 400 Ribu pada tahun 2000, adakah rumah anda bernilai RM 1 Juta pada tahun 2012? Mustahil bukan? Kecuali di kawasan yang betul-betul membangun. Dan jangan juga lupa, kebanyakan membeli rumah secara loan. Mungkin sebenarnya anda membayar hampir RM 700 Ribu untuk rumah RM 400 Ribu. Anda rasa ini satu keuntungan atau KERUGIAN? Berdasarkan nilai matawang kita sekarang berbanding tahun 2000.

(10) – Gold Tell The Truth. Pada tahun 2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM 30. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas sudah mencecah RM 180. Dan sekiranya anda menggunakan RM 400 Ribu yang anda ada pada tahun 2000 untuk membeli emas dan bukanya melabur ke dalam ASB mahupun dengan membeli rumah. Harga emas anda sudah menjadi RM 2.5 JUTA! pada tahun 2012. PERCAYALAH.

Jika anda mempunyai peti keselamatan yang tidak akan dibuka selama 10 tahun, anda lebih rela mengisi dengan:

a. 1 gram emas
b. Rm180.00
.................................................................................................................

*Kenapa ini terjadi? Ini terjadi disebabkan inflasi. Inflasi terjadi apabila our 'central bank' print money out of nothing, out of thin air. Dia just print money bila ada permintaan dari bank-bank dan kerajaan. Semakin banyak our 'central bank' print money, semakin tidak bernilai duit tersebut. Ini dipanggil FIAT MONEY. Fiat money ini terhasil dari undang-undang dan peraturan sesuatu kerajaan. Bukan seperti yang kita belajar di sekolah - duit dicetak berdasarkan simpanan emas di dalam bank.

*Semakin banyak duit dicetak semakin susah hidup kita. Selagi kita menggunakan conventional bank untuk membuat pinjaman, beli rumah dan credit card. Semakin banyak duit akan dicetak berdasarkan adanya 'interest/riba'. Sebab itu dari dahulu lagi Islam meharamkan riba. Sekarang baru kita nampak. Para sahabat Rasulullah tidak nampak kenapa bahayanya riba. Umat akhir zaman je yang akan merasai.

*"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR (EMAS) DAN DIRHAM (PERAK)". - Sabda Rasulullah SAW.

* Emas merupakan simpanan terbaik dan jauh lebih hebat dari ASB dan emas juga bukanlah satu pelaburan yang baik. Jangan melabur dalam emas, cuma buat simpanan dalam emas.


**** p/s: SEBARKANLAH SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI NIAT UNTUK MENYELAMATKAN KELUARGA, SAUDARA DAN SAHABAT-SAHABAT ANDA

Thursday, August 7, 2014

kisah Antara 2 cinta

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang. Mak
mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..”
saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?”
Mak diam sekejap berfikir dan
kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain
dalam hati anak perempuannya. Mana
mungkin saya mampu
menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya
pun mak mampu
membacanya.
“Yang paling tahu hanya
Allah..” mak merenung
dalam-dalam wajah anaknya.
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..”
mak menyusun ayat-ayatnya
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah
keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh
seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung, “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu
kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi,
“Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah
ciptakan berpasang-
pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan
isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan
magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda
ini..
Mak menyambung, “Setiap manusia telah Allah tetapkan
rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya
ialah.. siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba
menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak
nampak.
“Mak dulu masa muda ada
secret admire . Rajin betul dia
hantar surat. Masa tu mak
dah tahu yang bercinta
sebelum kahwin ni tak halal.
Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu
tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika
dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak,
maka tak pernah dia
menerima balasan cinta tu,”
Mak merenung jauh.
Saya merapatkan badan kepada
emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada
perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
“Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang
pada diri mak untuk
mengisytiharkan perasaan tu.
Mak takut pada Allah . Mak bukan seperti rakan sebaya
mak yang lain. Mak, seperti kakak..” Mak memandang saya
sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut
di kepala saya.
“Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan
dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.
Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi
yang bertudung betul
menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak
jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami
semua dipanggil di
perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung
sedangkan ustazah kami
bertudung tapi nampak
jambulnya..” emak
melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian.
Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia
suruh kami teruskan..”
sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan
emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada
saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali
terjatuh ketika berjuang di
sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat
rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil
sesuatu tindakan, mak kena
fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan
menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa
tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak
membalas cinta si lelaki tadi,
bermakna mak sedang
menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang
serong terhadap orang yang bertudung sedangkan.kesilapan tu hanya seorang
dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil
ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air
liurnya.
Saya diam. Fikiran saya
sedang cuba memahami maksud mak saya.
“Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada
seseorang, itu tandanya ada
sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi
orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.
Tetapi kita kena ingat. Kita
tak akan dikahwinkan
dengan seseorang atas sebab
jatuh cinta atau saling cinta mencintai . Bercouple mungkin. Tetapi bukan
berkahwin. Kerana kita
berkahwin dengan jodoh kita,
jodoh yang Allah dah
tetapkan sejak azali. Dan tak
mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita
yang kita akan dikahwinkan
dengannya..”
Tiba-tiba air mata saya
mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah
emak.
Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah
menzalimi hamba-Nya.
Sesungguhnya, yang selalu
menzalimi hamba-Nya ialah
diri hamba tu sendiri.
Sebabnya hamba itu degil.
Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik
dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara
satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita
mencintai saudara
perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki,
kita ada batas-batasnya.
Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi
sebenarnya batas-batas
syariat itulah yang
memelihara kehormatan
seorang lelaki dan seorang
perempuan .
Cuba renungkan, kita
mengenali seorang insan yang.amat baik, sempurna
agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan
yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita
dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha
Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya,
dia halal untuk isterinya
sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti
yang awalnya,” emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya
persoalan hati ini.
“Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan
perkara luar biasa. Dan
berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta
pada lelaki lain. Kerana
itulah ramai isteri yang
curang, suami yang curang.
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang
penting ialah kita kena
perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh
cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia . Kita beritahu
pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah,
kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai
sempadan hati kita, segala
perkara yang kita cintai dan
sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai
Allah. Dan apabila kita
membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri
sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal
kerana Allah semata-mata.”
“Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap
bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.
Hanya Allah yang boleh
memegangnya. Sebab tu kita
kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati
kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah
nikmat lazatnnya bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa
sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan
Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta
dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta
dengan lelaki kaya, rupawan,
sempurna dan bijaksana tak
sama rasanya bercinta
dengan lelaki miskin,
hodoh,cacat dan dungu.
Betapa nikmatnya cinta Allah,
hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu
mengerti.”
“Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu,
terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia
adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kamu sayang, tak
jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran
kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam
diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan
masing-masing. Dan mungkin
kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi
supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja
yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.
Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu
sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi
pada kamu.. Alangkah
bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian
Allah dan belajar untuk
bersyukur,” sekali lagi
berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut
hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat . Pelukan
emak sangat-sangat kuat.
“ Emak dah didik anak emak
dari belum lahir untuk
mencintai Allah . Sekarang emak serahkan anak emak
yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,” emak mengakhiri
kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang
mengalir ke bahu saya.


copy paste....
- CikCerpen - ..