Thursday, December 31, 2015

Tips berjimat untuk Berkahwin






Salah satu cara yang paling express untuk meningkatkan kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan, betul tak? Kalau you all rasa diri tu sudah bersedia untuk berumahtangga, cepat-cepatlah implementkan tips-tips di bawah nie ok:-

1. Shopping masa sale jer – kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ader Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skill tawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE!

2. Elakkan hutang kad kredit – korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ker? Yelah masa nak beli berang, mudah ajer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang  pulak, mulalah diserang panick attack kalau takde duit nak bayar… :-p.. Kalau terpakse berhutang dengan kad kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time beb.. ! So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….

3. Potong jer langganan yang tak penting – contoh langganan yang tak berapa penting nie ialah seperti langganan majalah2 atau langganan khidmat Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu… dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dll.. huhu. Gerenti boleh jimatkan kos!

4. Jangan asyik beli barangan branded – kengkadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tuh tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi you all kerana ingat yang  sekarang nie, objektif korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin. Lepas kahwin nanti, kalau korang nak berhabis dengan barangan branded pun, takde orang nak halang… :-) So, bersabarlah…


5. Jaga keselamatan dan kesihatan anda – sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau you all rajin jaga kesihatan, gerenti you boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tue… :-)

6. Jangan merokok! – Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudah addicted tuh, memang susahlah nak buang tabiat buruk nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah you all kurangkan sikit merokok tu, yer? Selain dapat menyelamatkan nyawa anda, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda!

7. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu – untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang :-) . Masa keluar nie, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama.. :-) Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet anda untuk pi ‘dating’ pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Abe mu nok sipang duit nok buat kawin la, ayang…”..:-p

8. Jimatkan bil rumah anda – ada beberapa cara yang you all boleh lakukan untuk jimatkan bil2 penting di rumah anda, yakni – bil elektrik dan bil air. Misalnya elakkan daripada memakai aircon di dalam rumah, tutup kipas dan lampu jika tak digunakan, jangan mandi lama2 sangat, jangan biarkan air paip mengalir kalau tak guna dan bermacam-macam cara lagi lah. Senang ajer tu.. yang penting anda kena betul2 praktikkan amalan nie dalam kehidupan seharian. Barulah berkesan…

9. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah / buku – untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tau perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan baca jer at situ. Kan jimat tue..? Untuk yang suka membaca buku pulak, pinjam je buku kat library… :-p

10. Kurangkan membeli gajet2 elektronik – di zaman IT yang serba canggih nie, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat2 nie memang serius mahal, beb. Kalau betul2 nak berjimat, buatkan wish list dulu, then lepas dah setel kahwin, barulah korang pi beli gajet2 nie semua…huhu.. :-p

11. Masak sendiri – elakkan makan di luar kerana selain ianya tak elok untuk kesihatan anda, anda juga akan dapat melakukan penjimatan yang besar! Maklumlah sekarang nie, semua benda dah naik harga.. terutamanya makanan!

12. Smart shopping atau e-shopping – hah… sekarang kalau you all nak shopping, tak yah keluar rumah dah. Duduk jer mengadap PC di rumah dan dengan sekali klik jer, anda dah boleh beli macam2 jenis barang. Inilah yang dipanggil electronic shopping.. :-) Faedahnya – mengelakkan anda daripada rambang mata dan membeli barang2 yang tak perlu apabila keluar shopping.. Gerenti boleh jimat duit dan jimat minyak!

13. Jangan berhabis utk beli DVD/ VCD / MP3 / CD – bagi sesiapa yang gemar menonton movie, mendengar lagu, bermain game atau apa-apa saja yang seangkatan dengannya, cuba tahan diri korang daripada membeli bende2 nie semua… maklumlah kalau dah jadi ‘addicted’ kepada bende2 nie memang susah nak kawal nanti… :-)


14. Jual barang-barang terpakai – kalau kat rumah anda ada banyak barang-barang yang dah tak digunakan, tetapi masih lagi berkeadaan elok, apa kata you all jual jer barang2 tue. Korang boleh jual kat kedai2 secondhand ker ataupun jual melalui online.. Selain ebay, lelong.com dan mudah.com.my adalah medium paling popular untuk menjual barang-barang. Tapi jangan pulak ko pi jual barang yang dah tak buleh pakai.. :-p

15. Bawa bekal ke pejabat – cara nie bukan calang2 orang boleh buat kerana ia memerlukan anda bangkit di awal2 pagi lagi untuk menyediakan breakfast dan membawanya ke pejabat sebagai bekalan makanan anda… Nak jimatlah konon… :-)  Tapi, bagi orang yang rajin dan suka memasak, perkara kecik nie gerenti tak jadi masalah punyer… :-)

16. Berkongsi kereta – atau istilah glamernya ‘carpool’… cara ini ada pros dan cons dia yang tersendiri dan ada sesetengah orang suka guna cara nie dan ada jugak sesetengah yang kurang gemar berkongsi kereta. Tetapi, jika anda jenis yang tak suka memandu sendirian, apa salahnya jika anda cuba kaedah nie… tapi kena ingat: kalu berkongsi kereta, kenalah adil dan saksama, dan kena ikut giliran… jangan pulak asyik kita jer yang duduk di belakang stereng tuh…huhu… :-)

17. Lengkapkan kereta anda dengan tangki gas NGV – kalau anda selalu pakai kereta dan betul2 nak jimat, apa kata simpan duit untuk beli tangki gas NGV. Memang confirm anda boleh jimatkan duit kerana gas NGV nie memang murah giler! Cuma downside nya ialah tangki nie berat dan ia akan makan space di but kereta anda dan satu lagi risiko ialah dari segi keselamatan lah. So you all pikirlah sendiri okey…

18. Bersenam di rumah – bersenam tue memang bagus untuk kesihatan. Ada banyak cara untuk bersenam misalnya joging, aerobic, angkat berat, pergi ke gym dan sebagainya lagi. Kalau you all nie jenis yang suka bersenam di gym, memang kena berhabis sikit la kerana anda kena bayar yuran bulanannya. Tapi, kalau ianya dibuat di rumah atau di padang-padang rekreasi, memang confirm korang tak payah keluar duit sesen pun. Apa kata anda beli DVD exercise/aerobik/dance and just do it in the comfort of your own home. Rasakan kelainannya…!

19. Jangan berhabis untuk modify/make-up kereta – ada sesetengah orang suka sangat ‘menghias’ kereta mereka dengan pelbagai jenis aksesori spt tukar enjin turbo, rendahkan ketinggian kete, tukar sport rim, absorber dsb… Hmm.. tak membazir ke?… :-) Yang pastinya, kalau aksesori tu memang diperlukan, takperla kan? Tapi, kalau kereta tu dah elok2, tapi korang tetap nak modify nya untuk tampak lebih canggih, emm…baik fikir dua tiga kali :-)  Walaupun ianya mungkin hobi kesayangan anda, tapi cuba cut down sikit la dalam bab-bab modifications tu… sentiasa ingat dalam kepala “Aku nak kahwin dengan orang. Bukan kereta. Jadi aku kena simpan duit la” …huhu

20. Pakai prepaid instead of postpaid – time bercouple nie la yang akan mengikis banyak duit you all, betul tak? Selain daripada berbual2, sms-ing jugak banyak menelan belanja, beb. Kadang2, kita tak sedar bila jari kita duk menekan huruf2 kat keypad handfon tuh, sampailah time nak membayarnya…huhu.. Kalau kita pakai postpaid, kita mungkin akan terus berbual2 berjam2 lamanya tanpa mengira masa. Tiba je hujung bulan, bila tengok bil telefon yang melambung tinggi tuh, masa tu lah anda akan frust menonggeng dan berasa menyesal tak sudah..:-) So, it’s a bit better kalau korang just guna prepaid instead of postpaid, ye.

Panglima persepsi paling berkesan dalam politik Malaysia

 
[ULASAN] Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudahpun menggunakan hak demokrasinya untuk membidas, mencabar dan juga mempersoalkan halatuju pemerintahan negara.
 
Hak ini diakui dan diiktiraf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengaku bersedia mendengar dan menghormati pandangan bekas presiden Umno itu sama seperti hak setiap rakyat Malaysia yang lain.
 
"Saya tetap menghormati Tun Dr Mahathir seperti mana saya menghormati semua rakyat Malaysia. Saya terbuka sekiranya mana-mana pihak yang hendak mengkritik pentadbiran dan pimpinan saya," kata Najib.  
 
Cuma, pesannya dalam program Soal Jawab TV3 malam Jumaat lalu, kritikan itu harus dibuat dengan penuh berhemah dan cara bertanggungjawab.
 
Pada satu sisi, Najib iktiraf hak seorang negarawan seperti Tun Mahathir untuk mengkritiknya. Namun sebaliknya adakah Tun Dr Mahathir melakukannya secara berhemah dan bertanggungjawab?
 
Suatu ketika dahulu apabila teguran, sindiran dan kritikannya terhadap pengganti beliau, Tun Abdullah Badawi, dilihatnya kalis begitu sahaja, Tun Mahathir nekad mengumumkan beliau keluar dari menjadi ahli Umno. 
 
Namun kali tidak demikian. Tun Mahathir agak semakin asyik menggunakan media sosial, yang sewaktu beliau menjadi perdana menteri menjadi musuh utamanya, untuk 'menyerang' wibawa dan integriti kerajaan pimpinan Najib. 
 
Lantas apabila melihat hampir semua komponen penting dalam Umno dan Barisan Nasional bangkit menyatakan kepercayaan dan sokongan kepada Najib, Tun Mahathir tetap tidak mahu beralah. 
 
Malah, beliau mencabar pula penyokong-penyokong Najib berkenaan supaya menyatakan pendirian mereka berhubung isu hutang dan kedudukan kewangan projek 1MDB yang disyakinya ada disalahurus dan mungkin disalahguna kuasa.
 
Demikian cara Tun Mahathir menggunakan hak demokrasinya. Kuasa dan pengaruh media sosial dipergunakan sepenuhnya untuk menggugah keyakinan Najib dan kabinetnya serta menebar persepsi kurang baik di minda rakyat terhadap kepemimpinan Najib.
 
Mungkin inilah hemah politik Tun Mahathir. Sebab itu,  kritikan beliau terhadap Najib cukup lantang. Malah ramai yang menganggap gegak gempita kritikan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ke atas pimpinan Najib tidak sepedih serangan Tun Mahathir.
 
Pakatan Rakyat walaupun sudah dua pilihanraya umum berjaya menafikan BN majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat masih bersopan dan segan untuk menyatakan dengan yakin bahawa Umno dan BN akan tewas dalam PRU ke 14, jika Najib masih menjadi pemimpinnya. 
 
Mungkin jika tidak kerana sudah terlalu banyak kutukan mereka terhadap Tun Mahathir yang sebelum ini dilabel dengan bermacam panggilan jelek, sudah tentu Pakatan Rakyat akan menjulang nama Tun Mahathir ke seluruh pelosok Malaysia sebagai wira politik baru.
 
Sudah tentu juga senario politik akan menjadi lebih menarik jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipenjara ketika ini. Adakah Anwar akan mengakui dan meraikan kepimpinan Tun Dr Mahathir dalam melemahkan Umno-BN dan Najib?
 
Atau, adakah ini sebenarnya hemah politik Tun Mahathir yang memilih masa ketiadaan Anwar dalam dunia politik Malaysia hari ini untuk melakukan serangan terbuka terhadap Najib dan pada masa yang sama 'menawan' pihak pembangkang supaya menyokongnya?
 
Kempen Tun M mudahkan PR
 
Apapun Pakatan Rakyat tidak perlu bekerja terlalu kuat untuk melemahkan Najib, Umno dan BN. Kempen persendirian Tun Mahathir sudah cukup untuk mencalar imej baik Najib, Umno dan BN.
 
Jika serangan Tun Mahathir ini berlarutan tidak mustahil ramalan Tun Mahathir bahawa Umno-BN akan tewas dalam PRU ke-14 akan jadi kenyataan!
 
Yang terkesima dengan strategi Tun Mahathir ini sudah dapat dilihat daripada reaksi Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang terikut-ikut jejak politik Tun Mahathir untuk memanfaatkan isu Sirul yang mencari 'perlindungan' di Australia.
 
Namun malang bagi Mahfuz, Sirul kemudian dengan jelas dan tegas, tidak mahu nasib beliau ditahan di pusat imigresen Australia itu diheret menjadi isu politik; tidak kira oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang. 
 
Lihat betapa tingginya hemah politik Tun Mahathir hingga dengan mudah menjerat Mahfuz teruja masuk jerangkapnya dan dengan “rela dan taat” membawa ibu dan bapa saudara Sirul untuk menemui Tun Dr Mahathir.
 
Tun Mahathir memang seorang yang gigih. Apabila merancang sesuatu, beliau akan membuat pertimbangan mendalam. Baginya, Najib kini bukan sahaja tidak sesuai memimpin Umno dan BN, malah Malaysia. Najib mesti berhenti.
 
Isu pembunuhan Altantuya, 1MDB, BR1M,  adalah hujah Tun Mahathir mengapa Najib wajar meletak jawatan. Namun dengan penuh hemah, beliau mencantumkan reputasi kenegarawanannya dengan teknologi media baru, untuk membina persepsi kurang nyaman terhadap Najib.
 
Lantaran hemah yang tinggi, Tun Mahathir kini berdayung bersama parti pembangkang untuk mengukuhkan persepsi sumbang terhadap Najib di mana pandangannya mudah ditukil dan disebarkan seluas mungkin di alam siber.
 
Maka Tun Mahathir tidak perlu berlakon untuk merajuk dan keluar Umno sekali lagi. Beliau sedar apabila menggunakan cara itu untuk “memaksa” Tun Abdullah meletak jawatan, tiada ramai yang mengikut jejaknya. 
 
Kali ini beliau tidak memerlukan bilangan ramai untuk menyatakan sokongan terhadapnya seperti strategi yang digunakan ketika dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 lalu.
 
Ketika itu, Tun Mahathir membariskan panglima-panglima politik seperti Anwar Ibrahim, Najib Razak, Rafidah Aziz, Abdul Rahim Thamby Chik untuk berhadapan dengan Musa Hitam, Rais Yatim, Abdullah Badawi. 
 
Bagaimanapun keadaan sekarang jauh berbeza. Bertemankan sebuah laptop sahaja Tun Mahathir boleh menyebarluas 'racun persepsi' untuk meminggirkan Najib dari arena politik Malaysia. 
 
Namun Najib mempamerkan “kedegilan” luar biasa. Beliau tahu apa yang dihadapinya adalah perang persepsi yang cuba dibina oleh Tun Mahathir kerana mungkin kerana beliau tidak mahu laksanakan projek “jambatan bengkok” di Selat Johor.
 
"Saya kena hadapi zaman sekarang zaman persepsi bukan realiti. Dengan pengaruh media sosial yang begitu berleluasa. Macam dulu tiada media sosial. Zaman Tun Mahathir tiada media sosial. 
 
"Zaman sekarang media sosial berperanan besar. Jadi, inilah satu yang kita terpaksa membuat pengubahsuaian dari pendekatan kita supaya menangani masalah persepsi," kata Najib. 
 
Beliau akur jika persepsi ini tidak ditangani, ia boleh menjadi realiti. 
 
Wawasan 2020 adalah idea Tun Mahathir. Mungkin sebab itu, beliau sentiasa mencemburui apa sahaja cara dan pendekatan yang mungkin dilihatnya “terkucil” daripada landasan wawasannya. 
 
Cemburu bahawa wawasannya itu tidak menjadi realiti lima tahun lagi mungkin memaksa Tun Mahathir “membetulkan” halatuju negara, tidak kira siapa yang sedang mengemudinya.  
 
Kemahiran membina persepsi umum serta pengalaman “menekan” Tun Hussein Onn, Tun Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah meninggalkan jawatan politik mereka dan bersara awal, melonjakkan lagi reputasi Tun Mahathir sebagai panglima persepsi paling berkesan dalam politik Malaysia

PANAS! TUN M BANTAI 1MDB LAGI!!!





1MDB

1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.
3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.

4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?

13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?

14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.

15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB

16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?

17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.

18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.

19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.

20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!

21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.

22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.

23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.

24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.

27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.

28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.