Monday, July 18, 2016

fresh graduated


Kenapa company nak ambil budak degree? Dahlah tak de experience, kena bayar mahal pulak tu....
Well, thats the reality bagi fresh grad sekarang. Bila berlaku lambakan graduan, inilah jadinya. Bukan senang nak compete dalam dunia sekarang.
Kalau kau fresh grad, baru mula nak cari kerja, nasihat aku, janganlah memilih sangat. bak kata member aku, kita graduan jangan ingat nak kerja office pegang file je, get ready untuk pakai baju kotor dan pegang tahi dulu. Start from the bottom !
Jangan ingat nak kerja dalam bidang kau je, dunia tuhan ni luas. kalau ada peluang masuk bidang lain pun, mohon je. Apa yang kau risaukan? Kalau kau tak tahu, kau dapat belajar perkara baru. Kalau kau tak biasa, inilah peluang untuk mencuba benda baru.
Learning shall never end. Tak de limitation pun kalau ko grad dalam sesuatu bidang, kau mesti kerja dalam bidang tersebut.
Waktu aku practical dulu pun, bos aku grad dalam bidang electrical engineering, sekarang berkecimpung dlm bidang mechanical engineering. agak jauh tuh.
Dan kalau ko grad dari course critical, janganlah kecilkan skop pandangan kau dalam bidang kau je. Aku rasa nak guna istilah kritikal pun macam dah tak sesuai. Ada ramai lagi fresh grad dalam kos critical yang masih lagi belum bekerja. Nak salahkan government sepanjang masa pun tak guna. Tempat terhad dan bajet pun dah dipotong. Macam mana government nak bagi tempat kalau keperluan dan kemampuan tu tak de?
Last sekali, kalau kau lelaki, nasihat aku, berhijrahlah. Keluar lah dari rumah kau dan cubalah nasib di tempat orang. Bila kau belajar cari duit sendiri, makan hasil titik peluh sendiri, kau akan matang dengan lebih cepat. Kau akan faham betapa susah dan mencabarnya hidup ini bila apa yang kau makan, dimana kau tinggal semuanya bergantung kepada social and survival skill kau. InsyaAllah kau akan jadi lebih bijak dalam menyusun perancangan hidup kau nanti.
Cukuplah membebel untuk pagi ini. insyaAllah ada masa, aku membebel lagi.
Wallahualam...

Thursday, July 14, 2016

Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup.

Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup. Umpama sebuah lukisan yang indah justeru kerana warna-warnanya yang pelbagai.
Bayangkan, jika hanya ada satu warna, lukisan akan kehilangan serinya. Maka begitulah “lukisan” kehidupan manusia. Dilukis oleh takdir Allah dengan pelbagai ujian. Tidak semua yang manis datang bertandang. Ada masanya kepahitan singgah tanpa diundang.
Depani Kenyataan Hidup
Kita hanya hamba, bukan tuan apalagi tuhan dalam kehidupan ini. Selalu sahaja apa yang kita tidak minta, tidak disangka dan tidak dijangka menerjah dalam episod hidup.
Walaupun kita sering impikan yang indah-indah. Tetapi yang senang, berjaya dan gembira tidak akan menjadi milik kita sentiasa.
Demikian kenyataan dan sunnah kehidupan. Yang susah, buruk, pahit dan sedih terpaksa kita hadapi.
Meski kita tidak mahu, walau sekuat mana kita berusaha dan serapi mana kita merancangnya. Kita terpaksa akur. Pasrah pada satu hakikat; takdir sentiasa mengatasi tadbir.
Namun yang pahit tidak semestinya tidak baik. Bukankah ubat itu selalunya pahit? Tetapi pahit ubat itulah yang menyembuhkan.
Begitu juga baja pada tanaman. Baja itu selalunya busuk dan menjijikkan. Tetapi busuk dan jijik pada baja itulah yang menyuburkan dan akhirnya menghasilkan buah.
Lihat yang Tersirat
Tidak semestinya apa yang kita benci membawa keburukan dan apa yang kita suka membawa kebaikan. Firman Allah: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal perkara itu amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal perkara itu amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah 2: 216)
Ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas.
Di sebalik yang kita benci ada kalanya terselit hikmah yang sangat berharga.
Misalnya, kalau tidak sakit, bagaimanakah akan kita mendapat pahala sabar? Kalau selalu cukup, bagaimanakah akan kita mendapat pahala qanaah? Kalau tidak gagal dan kecewa, mana akan dapat pahala reda?
Pahala yang didapati hasil sabar, qanaah dan reda inilah yang akan meningkatkan diri seseorang kepada darjat Mukmin sejati.
Seorang sahabat bernama Abu Zar pernah ditanya apakah yang paling beliau suka dalam kehidupan di dunia ini. Tanpa ragu beliau menjawab, “aku suka lapar, sakit dan mati.” Apabila ditanya lagi mengapa beliau suka ketiga-tiga perkara itu, beliau menjawab, “aku suka lapar kerana pada waktu itu hatiku menjadi lembut. Aku suka sakit kerana ketika itu dosaku diampunkan. Dan aku suka mati kerana pada saat itulah aku bertemu dengan Allah.”
Itulah sikap orang yang arif dengan Allah. Mereka sering nampak sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Mereka nampak ada mutiara di dalam tiram yang berlumpur. Mereka sentiasa percaya selepas kesukaran itu pasti ada kesenangan.
Besarkan Iman dalam Diri
Cara mereka “mengecilkan” ujian adalah dengan membesarkan iman. Dengan iman kita percaya bahawa apa pun yang ditakdirkan Allah berlaku, pasti ada kebaikannya. Sangka baik dalam hati akan “memperbaiki” apa yang dilihat buruk oleh mata dan difikirkan negatif oleh akal.
Percayalah hati kita umpama bumi. Kadang kering-kontang, panasnya membahang. Kadang sejuk dingin apabila hujan menyiram. Selang-seli ini terus datang dan pergi, berulang-ulang.
Alangkah dungunya bagi yang mengharap hujan memanjang tanpa ada panas membahang. Juga yang mengharap hanya ada panas membahang tanpa hujan bertandang.
Inilah dunia. Inilah jiwa. Selang-seli rasa umpama pergiliran cuaca. Tidak ada yang kekal, semuanya sementara.
Segala yang sementara hadapilah dengan sederhana. Pada sukar ada sabar. Apabila sabar muncul syukur. Pada syukur itulah bahagia. Bahagia di hati. Kata orang arif, itulah permulaan syurga!
Kuatkan Jiwa Hadapi Pancaroba
Kita mesti mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi pancaroba hidup. Untuk itu iman perlu disuburkan selalu. Hidup mesti dipenuhi aktiviti-aktiviti membina dan memperkuatkan iman. Dosa, maksiat dan kemungkaran hendaklah dijauhkan.
Jika tidak, percayalah kita akan menderita dengan pelbagai masalah jiwa. Percayalah tidak akan ada ketenangan dengan menderhakai Allah. Justeru beribadah sebanyak-banyaknya sehingga kita letih dan tidak ada daya lagi untuk melakukan maksiat.
Tekanan jiwa, rasa kekosongan, kemurungan adalah akibat langsung daripada lemahnya iman. Apabila iman lemah ketahanan diri dalam menghadapi hidup turut lemah.
Apabila yang didamba tidak berlaku maka jiwa akan memberontak atau tertekan.
Dia seolah-olahnya mahu jadi “tuhan” yang menentukan hitam putih hidupnya. Padahal pada kita hanya usaha, pada Allahlah segala ketentuan. Apa yang berlaku akan tetap berlaku. Jangan mengharap air hujan naik ke langit!
Yakin Ada Sisi Indah
Jangan cuba mencapai sesuatu di luar kemampuan dan kuasa. Mana mungkin semua berlaku mengikut ketentuan kita! Sedangkan para nabi dan rasul dan para kekasih Allah pun terpaksa berdepan dengan kesusahan dan penderitaan apatah lagi kita.
Nabi Zakaria dan Nabi Yahya lagikan dibunuh, apatah lagi kita, manusia yang penuh kesalahan dan kelemahan.
Jadi, bangunlah, dan hadapilah tentangan.
Percayalah layang-layang hanya akan naik dengan menentang angin. Maka begitulah seharusnya kita. Dengan ujian, kita akan mara ke hadapan. Pahit, masam, manis dan tawar. Itulah asam garam kehidupan.
Yang penting apa yang berlaku di dalam diri kita. Yakni di dalam hati kita sendiri. Pastikan di situ ada iman dan sentiasa mengingati Allah. Bukan sekali-skala tetapi dengan sebanyak-banyaknya.
Sentiasa ada sisi indah pada setiap ketentuan dan ujian Allah. Namun apabila hati jauh daripada Pencipta segala yang dilihat hanyalah keburukan.
Dekatkanlah hati kepada Allah, insya-Allah segala yang dilihat, dihadapi dan dirasai akan menjadi indah. Apabila hati beriman, tidak ada yang dilihat oleh mata, melainkan keindahan!

Sunday, July 10, 2016

aku hari ini

Assalamualaikum,
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia utk meneruskan kehidupan pada hari ini pada tanggal 11/7/2016. Syukur ke hadrat Allah kerana nikmat-Nya yang tak terhingga dari terbitnya fajar hinggalah terbenamnya matahari.

Menjelang usia 25 tahun, sebagai anak muda. seharusnya pelbagai perkara harus diambil enteng mengenai masa depan. bukannya masih melepak 2-3 jam di kedai2 kopi, helai tawa di kedai2 mamak tanpa ada apa2 faedah yg nyata. Tidak terkecuali juga dengan diriku, namun biarlah berpada2, hanya sebagai penyambung tali persahabatan, ukhwah dan melepaskan tekanan dr pelbagai segi.

Pada umur 25 tahun, sebagai lelaki bagiku banyak perkara harus dicapai dan lebih banyak lagi untuk dipelajari untuk mempersiapkan diri pada masa hadapan. Pada ketika ini, ramai yang membincangkan topik tentang relationship goal, dan banyak lagi matlamat hidup yang harus dicapai. aku pun ada memikirkan tentang relationship goal ni@perkahwinan. TAPI, apa asasnya atau apa yang perlu ada untuk seseorang menempuh alam perkahwinan.?? 1st thing yg bermain di benakku adalah DUIT dan PEKERJAAN. bagaimana harus ku meminang anak dara orang jika aku tidak mempunyai semua tu? sanggupkan si dia menerimaku jika aku masih menganggur?..memang betul,,kata orang, dalam membina sebuah rumah tangga, asasnya adalah AGAMA yang mantap..tapi, haruslah seimbang..bak kata orang "awak nak kahwin, tapi nak bagi anak orang makan apa? pasir??" (pedas kan). memang benar, REZEKI itu milik Allah, yakinlah dengan Allah dan berusahalah. doa tanpa usaha adalah perbuatan yang sia2 kan..aku berusia 25 tahun dan bakal menamatkan pengajianku hujung tahun ini, tahun depan umurku memasuki 26 tahun. paling awal pun aku dapat kerja mungkin bulan 2 tahun 2017..kumpul duit??..hantaran ?? adehh..semoga Allah permudahkan urusan hidupku dan menemukan aku dengan orang yang terbaik. rakan bertanya " sampai bila nak single?"...haha..soalan ni susah aku nak jawab..setiap kali aku memikirkannya, aku teringat yang aku pernah dikhianati walaupun dah lame dah...5-6 tahun dah berlalu..bercinta on9 je pun, tp family kenal dia sbab sekampung di sarawak..sampaikan hatiku rasa, bercinta sbelum kahwin ni sia2, rasa macam x guna apabila kita yang bersungguh2 tapi akhirnya ditipu mentah2.itu la kali pertama dan terakhir ku couple kerana kurasakan menanamkan cintaku pada Allah adalah cinta yang hakiki. xpe, Allah telah berjanji Allah akan tolong orang yang nak berkahwin niat kerana Allah.

rakan2 bertanya, " mengapa kamu sanggup mengambil 2 part time sekaligus? x letihkah? x terganggukah pelajaran? enginnering kot..tahun akhir pulak tu". aku hanya mampu tersenyum kerana ku tahu apa yang ada dibenakku dan tiada siapa yang mampu membaca apa yang ada di fikiranku. Sebenarnya aku takut, aku takut pada masa depanku, aku takut kerana aku masih 'kosong'. melihat kejayaan rakan2 lain membuatkanku lebih takut utk menghapi masa hadapan. mampukah aku? aku tahu aku tidak sehebat mereka, aku tahu aku lemah..merangkak untuk menggapai impian. kugagahkan jua kudrat dan sisa semangatku untuk melangkah walaupun hati pedih dan tiada siapapun yang tahu dek kerana ku sembunyikan melalui ukiran senyuman di wajahku, bersambung........