Sunday, August 14, 2016

Kerana mencari yang Solehah itu sukar

"Bang oh bang, tolong carikan saya sorang calon Isteri yang Solehah."


Ada anak gadis yang merupakan sorang Hafizah 30 juzuk AlQur'an tetapi tidak cekap mengurus rumahtangga.
Ada anak gadis yang tinggi Ilmu Agamanya tetapi tak pandai memasak.

Ada anak gadis yang bijak, pandai, berkerjaya, professional tetapi kurang teliti menjaga Auratnya.

Ada anak gadis yang Mulia Akhlaknya tetapi kurang lancar bacaan AlQur'annya.
Ada anak gadis yang Indah Tilawah AlQur'annya tetapi terlebih manja mengurus emosinya.
Ramai yang hebat di luar (contohnya di universiti, alam pekerjaan) tetapi lemah di dalam (hal rumahtangga, mengurus makan minum dan rumah, suami dan anak-anak).
"Habis tu? Susahnya nak cari yang Solehah. Yang tahu serba-serbi."
Pesanan Ikhlas buat Para Pemuda.
Pencarian mendapatkan Isteri yang Solehah bukan bermula dengan menyenaraikan ciri-ciri Gadis Solehah yang kita cita-citakan.
Tetapi bermula dengan menjadikan diri kita sendiri sebagai seorang yang Soleh.
Jaga Solat kita, jaga AlQur'an kita, jaga Akhlak kita, belajar memasak, rajinkan diri membantu ibu & ayah di rumah, di dapur dan ke pasar, jadi Qudwah (contoh) buat adik-beradik dan masyarakat, pertingkatkan kualiti diri sebagai Pemimpin, bersabar dengan ujian hidup, bersyukur setiap masa dengan segala apa yang kita miliki.
Bukan mengharap si Solehah bergolek, berguling datang ke riba sedangkan kita, 'hape pun tarak'.
Everything begins with us, not them.

Friday, August 12, 2016

KAKAK...SAYA NAK SEGELAS AIR KOSONG...BOLEH ?


Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.
“Kakak, saya nak segelas air kosong...boleh?"
Direnungkan wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.
“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.
“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.
“Tak perlu bayar.”
“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”
“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan
"ALHAMDULILAH" dan terima kasih.”
“Okey, ALHAMDULILAH. Terima kasih kakak”
Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.
Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa belas tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yang serius. Dia telah dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah pengawasan oleh seorang doktor pakar.
Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun dia sudah berusia.
Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.
“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”
MORAL OF THE STORY...
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH SWT sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.
‪#‎Orang‬ yang menangis, tidak selamanya dia akan menangis. Akan ada waktu, tangisannya itu Allah ganti dengan bahagia. Sabarlah Duhai Hati...

Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Hingga Kini Apabila Berlaku Kematian


1. Mendengar berita kematian:

Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

2. Usung jenazah

Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.
Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. Tanam jenazah

Melayu :
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu
Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah

Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.
Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

5. Kenduri arwah

Melayu :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*
Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
  • Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )
  • Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. Talqin

Melayu :
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.
Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.
Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”
(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Monday, August 8, 2016

Soal Jawab

Hukum makan telur penyu: Segala jenis telur halal dimakan jika tidak beracun dan tidak mudarat pada badan .
Haiwan yang bertaring itu haram dimakan. Termasuklah burung2 yang berkuku tjam dan menyambar contohnya helang, enggang, gagak dan layang2. Burung seperti merpati dan puyuh halal krana termasuk dlm pandangan yg baik.
Hukum memakan haiwan yang memakan bahan dari daging babi: haram memakan daging, susu dan telurnya (imam As-Syafie)
Hukum memakai contact lens: ada ulamak kate haram, ade yg kata x haram. Tak haram krn x mengubah bentuk asal. Mksudnya sama konsep sperti memakai bincu ngn blusher. Lpas pakai boleh tanggalkan, x bersifat kekal..yang ulamak kate haram adalah yg jenis kekal. Suntik dlm mata utk tukar warna lens dan suntik pipi utk nmpk sperti pink.
Hukum memakai kain/telekung lycra: kain jenis ni bersifat tebal dan lembut. Kain ni x nipis pun dan susunan dia rapat2, x jarang. Asasnya, hukum sah solat bagi wanita adalah jgn nmpk warna kulit & jngn bersifat bentuk,ketat ( contohnya kaki,dada,punggung),,hanya dimaafkan utk bentuk kpala dan bahu. Jadi dlm kes ni, boleh utk memakai telekung jenis ini asalkan jgn bersifat ketat dan menampakkan bntuk kebiasaannya dada dan punggung.
Hukum memakai telekung bewarna: ulamak berpendapat bhwa sunat pkai putih, boleh je nak pkai warna lain,n sah je solat
Hukum solat ada make up: sah solat jika telah siap2 berwuduk.
Hukum bercakap ketika azan: boleh jika perlu, afdhal diam dan menjawab azan. Makruh jika berbual kosong.
Hukum makan sushi: sushi ni adalah makanan yg berasaskan makanan laut yg asasnya tidak dimasak dan hanya direndam. Hukum memakan sushi ini adalah bergantung kpd cara pembuatannya iaitu jika cara memasaknya memang mengikut 100% jepun, jatuh haram kerana mereka mencampurkan dengan alcohol atau arak dan tidak dicuci bersih yakni bercampur darah.
Hukum tukar channel bila azan berkumandang di tv: hukumnya makruh, sama seperti ringtone yang mengalunkan bacaan Quran, makruh jika nada tidak terhenti pada wakafnya( yakni terputus) kerana maksudnya akn tergantung.
Batalkah wudhuk jika lelaki bersalaman dengan mak mertua: tak batal.
Hukum memakan keldai : keldai terbahagi kepada 2 jenis iaitu keldai liar dan keldai peliharaan(membawa barangan). Keldai peliharaan haram dimakan.
Hukum bina badan : hukumnya harus dgn tujuan membesarkan tubuh badan dengan syarat menggunakan ubatan yang halal, menutup aurat, tidak berlebihan dan jangan sombong
Hukum memakai perfume alcohol: dimaafkan menurut ulamak2 mazhab Syafie kerana hanya sedikit sahaja kandungan alcohol dalam pewangi
Hukum basuh tuala wanita sebelum dibuang : ini perbuatan bidaah. Sunat ditanam, harus dibuang ke dalam tong sampah
Batalkah wudhuk apabila sentuh kemaluan bayi?
- Batal jika tidak berlapik, menyentuh dgn menggunakan perut tangan(bhagian depan). Untuk bayi perempuan, kawasan yang menyebabkan batal wudhuk adalah 2 bibir faraj manakala bayi lelaki adalah dari pangkal kemaluan hingga hujung.
Apakah hukum bedah siasat?: Harus untuk mengetahui punca kematian.
Apakah terbatal wudhu jenazah isteri jika si suami menciumnya buat kali terakhir?: orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). tidak batal kerana hubungannya telah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sbarang hukum.
Hukum jual beli Quran?: Asalnya Al-Quran haram dijual beli. Dalam kes ini hanya dikira kos percetakan dan tidak boleh tawar menawar dalam membeli Al-Quran.
Soalan : masa hayat abang saya dia ada guna kerusi roda..bila dia dah meninggal..boleh tak saya dermakan kerusi roda tu untuk hospital?
Ust : kalau milik abang, kena faraidhkan..
Soalan : Assalamualaikum ustaz, nak minta pendapat..seorang wanita berniqab kerana kemahuan suaminya tetapi si ibunya tidak mengizinkan malah si ibu tidak menghalalkan setiap titis air susunya yang telah diberikan pada anaknya..adakah wanita itu telah derhaka? Berdosakah wanita itu?
Ust : wsalam..wajib taat suaminya..perkataan ibu tersebut adalah salah di sisi agama..
Soalan : sekiranya nukilan seorang isteri yang meluahkan perasaannya tersebar luas di ruang maya dan secara tidak langsung telah mengaibkan suami, apakah hukumnya?
Ust : berdosa isteri tersebut kerana sengaja mengaibkan suami begitu juga jika dilakukan oleh suami..
Soalan : apakah boleh kalau kita gantung gambar kita dengan isteri kita di bilik tidur?
Ust : sebaiknya letak dalam album kerana ada sebahagian Ulamak larang jadikan gambar bernyawa sebagai perhiasan dalam rumah..
Soalan : ustaz, boleh tak kalau ada perempuan dah nak cerai dengan suaminya, dia nak kahwin sama kita?
Ust : isteri tak boleh cerai suami, jika diceraikan oleh suami barulah boleh kahwin lain selepas habis eddahnya..
Soalan : adakah tak sah solat makmum kalau berimamkan imam yang tak solatnya?
Ust : tidak sah jika makmum sudah tahu imam tidak sah..
Soalan : adakah air yang digunakan untuk mandi sunat, mandi biasa atau air basuhan tangan dikira air mustakmal?
Ust : tidak jadi mustakmal..
Soalan : saya ada kekeliruan sikit..nak tanya boleh ke lelaki memakai emas putih?
Ust : haram
Soalan : assalamualaikum ustaz, apa hukumnya orang yang jual darahnya sendiri bukan untuk derma darah?
Ust : wsalam..haram
Soalan : apa beza muhrim dengan mahram?
Ust : muhrim ialah orang yang sedang berniat untuk mengerjakan haji, mahram pulak orang yang haram kita nikahi..
Soalan : salam, sah tak jika ibu bapa tak redha anak rujuk semula pada suami?
Ust : sah rujuk tanpa redha ibu bapa isteri atau suami..
Soalan : apa hukum buat tatu lambang islam?
Ust : haram dan dilaknat kerana meniru kafir sekalipun lukis gambar kaabah di badan kita..
Soalan: apakah hukum lelaki memakai baju batik sutera?
Ust: tidak dibenarkan kerana sutera hanya untuk wanita sahaja