Thursday, April 28, 2016

Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus


Soalan : apakah hukumnya melawat tempat2 penyembahan berhala bagi orang Islam? Seperti pergi ke batu cave naik anak tangga sehingga atas.
Ust : tidak haram..makruh kata setengah Ulamak dengan syarat iktiqad dalam hati semuanya di situ adalah sesat dan batil.
Soalan : Salam, ada sedikit kemusykilan tentang photographer, kita ditugaskan mengambil gambar dari pelbagai sudut, terutamanya dalam bidang photo kahwin..saya nak tahu walaupun kita mengambil gambar pengantin tidak bertudung tetapi hanya untuk tatapan mereka sebaiknya mereka sendiri yang memberi orang bukan muhrim melihatnya...adakah berkongsi dosa dengan mereka ustaz?
-selain itu apakah pandangan ustaz tentang gambar pre-wed walaupun tidak bersentuhan dengan bukan muhrim? Saya harap ustaz dapat meleraikan persoalan saya ni ustaz, terima kasih..assalamualaikum..
Ust : jika juru foto itu wanita..harus dia ambil foto pengantin perempuan tak bertudung tapi seeloknya nasihatkan dia jangan tunjukkan kepada bukan mahram walaupun jika ditunjukkan kepada bukan mahram, jurufoto tidak berdosa..
Soalan : Salam ustaz, masyaAllah...saya telah derhaka pada ibu saya pada hari ni..saya tak tahu nak mengadu kat sape...ustaz,tadi ibu saya menegur pemakaian saya lalu saya menghempas pintu dengan kuat..saya tak tahu ibu saya sedih dengan perbuatan saya..saya tahu..saya derhaka..tapi semua tanpa kawalan saya..syaitan telah menguasai saya..apa yang harus saya lakukan, saya takut nak berhadapan dengan ibu saya..
Ust : ubah apa yang tidak baik.. bukan susah, kalau ibu tak suka pakaian menjolok mata..pergi salin..pakai yang manis dimata..senang sangat2..syaitan hanya hasut tanpa zahirkan rupa..lain lah kalau setan datang depan2..
Soalan : salam ustaz,orang minum arak tak diterima amalan Selama 40 hari..bagaimana kalau dia insaf pada hari yang ke 20? Mula sembahyang dan sebagainya..
Ust : wsalam..bila bertaubat..amalannya diterima serta merta..
Soalan : Assalamualaikum ustaz, nak tanya ustaz,apakah hukumnya kalau kita terpaksa menipu daripada bercakap terus terang yang menyakiti hati orang...bak kata.." nak cakap salah, tak cakap pun salah.." minta tunjuk ajar dari ustaz, terima kasih.
Ust : ada disebut dengan panjang lebar bab berbohong untuk tidak menyakitkan hati orang dalam kitab Siyarussalikin,Penawar Bagi Hati dan Hidayatus Salikin..
Soalan : Apa hukum berurusan jual beli motosikal yang ada unsur riba? ( beli motor Rm4000 bayar bulan Rm300,kalau lambat bayar kena bunga.)
Ust : harus bayar ansuran beli motor..jika penjual naikkan harga jika lambat bayar,berdosa ke atas penjual sahaja..
Soalan : assalamualaikum ustaz,saya nak tanya ustaz..rambut fesyen dreadlock boleh tak ustaz?
Ust : fesyen rambut tu berasal dari amerika Selatan yang beragama Kristian..Nabi saw melarang kita tiru budaya kafir..kalau semulajadi kusut macam tu seperti puak afrika..tidak mengapa.
Soalan : Adakah dikira sebagai judi walau tak ambil wang pertaruhan dalam permainan futsal?
Ust : siapa berjudi bila menang tak ambil hadiah tetap haram kerana haram bermula dengan bermain bukan bermula dengan ambil hadiah..
Soalan : Salam ustaz, guane nak buat? teringat dosa lama sokmo.
Ust : teringat dosa sebenarnya bukan perkara buruk, tu tandanya Tuhan sayang kita...kalau lupa dosa jadi lupa diri..