Saturday, July 23, 2011

Jangan Persiakan...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya... Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...? Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta. Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong. Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...? Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya. Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta... Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...? Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan. Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut. Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....? Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya... Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan....... TAMAT  


Kesimpulannya,
usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.yakinilah dengan cinta yang ada,kerana penyesalan sudah bererti lagi jika kita kehilangannya,.,.cintai dia dengan sepenuh hati,sesungguhnya dia sentiasa mengharapkanmu.Sabar dalam menjalani liku dalam percintaan,,kerana itu mungkin untuk menguji sejauh mana keikhlasan dalam percintaan,,.sekadar untuk menguji utuhnya kasih kita,.harap tempuhinya dengan penuh sabar,.,.kerana itu akan membuktikan seutuh mana ikatan kasih antara dua hati.,mmg akan ade bnyak ujian,,.perasaan yang bercampur baur,.keliru,.tidak yakin dan sebagainya,.,.anggaplah semua ini ujian.,,percayalah,.ianya hanya sementara,.masih jauh lagi perjalanan kehidupan ini.,yang penting sifat saling percaya-mempercayai dan yakin terhadap cinta kita,.bersabarlah ,.,.,.ini hanya seketika untuk kebahagiaan selama-lamanya,.,..,sekian...

Thursday, July 21, 2011

TEMAN...@>;------

buat mereka yang berteman...ini tips daripada....

Datuk Dr Fadzilah Kamsah.




1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

waktu siang dan malam yang sama.,

Pernahkah anda melihat siang dan malam pada masa yang sama?? Foto ini benar-benar indah. Pastikan untuk membaca teks di bawah ini untuk memiliki pemahaman yang lebih baik dari apa yang sedang anda lihat. Hal ini juga bersejarah kerana ini adalah misi terakhir untuk columbia.
Foto di atas diambil oleh crew Columbia saat misi terakhir, pada hari mendung. Gambar ini dari Eropah dan Afrika ketika matahari terbenam. Setengah dari gambar tersebut sudah menjadi malam.Titik-titik terang yang anda lihat dalam kawasan gelap adalah lampu-lampu bandar '.

Bahagian atas Afrika adalah Gurun Sahara. Perhatikan bahawa cahaya itu sudah berada di Belanda, Paris, dan Barcelona, dan keadaan sama masih siang hari di Dublin, London, Lisbon dan Madrid.

Matahari masih bersinar di Selat Gibraltar. Laut Mediterranean sudah dalam kegelapan.

Di tengah-tengah Lautan Atlantik anda boleh melihat Kepulauan Azores. Di bawah mereka ke kanan adalah Kepulauan Madeira, sedikit di bawah ini adalah Kepulauan Canary dan selanjutnya Selatan, berhampiran dengan titik terjauh barat Afrika, adalah Cape Verde Islands.

Perhatikan bahawa Sahara sangat besar dan dapat dilihat dengan jelas, baik pada siang hari dan waktu malam. Ke kiri, di atas adalah Greenland, benar-benar beku.

kucing dan burung,.


Sewaktu ku berada di halaman rumah,sedang daku melayan bisikan angin yang mendamaikan disulami dengan gesekan angin yang menenteramkan jiwa,dihiasi dengan kicauan burung yang merdu,aku terlihat kucing adikku yang manja dan sering diminta dibelai oleh tuannya.,,.aku terkejut saat di mulutnya terdapat seekor burung kecil yang sedang meraung kesakitan dek taring menikam tubuh,.apalah daya burung kecil itu untuk melawan meganya badan si kucing,..aku hanya sekadar mnjadi pemerhati takala melihat burung itu berdecit-decit minta dikasihani.,.,aku membiarkan,.,,.membiarkan lumrah dunia mengikut aturannya,,.akhirnya,.semakin lama,tangisan si kecil itu semakin hilang dek kesakitan yang tidak terhingga oleh bisa taring itu,.,.sayup,sayup,sayup dan akhirnya tiada lagi,.,.yang tinggal hanyalah kenangan yang kekal abadi,..yg membahagiakan muka bumi ini dengan kicauannya yang merdu,kicauan yang mengigatkan semua makhluk tentang kebesaran-Nya.,,,.sebelum ini,kucing yang terkenal dgan sifatnya yang manja,suka diberi perhatian,..,akhirnya,terserlah jua sifat hakikinya yang tidak dapat disangkal lagi,.PEMBUNUH!!,,kejam sungguh!!
,.,aku teruz memerhatikannya,,ia tidak memakan mangsanya,tetapi hanya menyeksa dan diperakukan seperti bermain dengan anak patung,.,kemudian,,disiat-siat tubuh burung kecil malang itu tanpa apa-apa perasaan,..,bermain di fikiranku,..,PAK BELANG,.,.mereka adalah saudara,.adakah pak belang memperlakukan sedemikian kepda manusia yang dibunuhnya,??sungguh kejam,.,,aku merenung lagi kucing itu,.,.,dalam lamunan disulami desiran bayu petang,..aku tersentak!!aku terus berfikir lagi ,.,.tanpa ku sedar,.titis-titis peluh mula memenuhi mukaku,.,.aku terfikirkan,.bgaimana sekiranya manusia berada di tempat kucing,!!!,.,,.,.seorang individu yang sebelum ini amat baik tiba-tiba bertukar menjadi ganas,.,.memberontak,menjadi raja keganasan,berhati batu dan hilang moral dalam diri.,,.terbayang di dalam fikiranku,..,jenayah buang bayi,,membunuh ahli keluarga sendiri,.melakukan pembunuhan sesama sendiri walhal sesama rakan sebaya,.Ya Allah!! pa nak jadi dengan dunia sekarang ,.semuanya jadi hiruk -pikuk,.,apa perbezaan manusia dengan haiwan???jika Allah membezakan manusia dengan haiwan akan hadirnya akal dalam jasad manusia,,.mana buktinya????insan yg baru melihat dunia dicampakkan sesuka hati di tepi-tepi jala,dalam semak dan lebih malang lagi di dlam tempat JIJIK!!!,.lubang tandas dan tempat pembuangan sampah,..,subhanallah!!lebih teruk daripada haiwan tidak berakal yang sntiasa menjaga anaknya,.,.golongan inilah yang dilaknat oleh Allah,.mana letaknya akal manusia yang diagung-agungkan oleh makhluk ciptaan Allah yang lain,..,mana perginya akal khalifah yang dilantik untuk mentadbir muka bumi ini,.,.hebat sangatkah manusia ini???anugarah yang tidak diberikan kepada malaikat jauh sekali kepada jin,.,semuanya bermula dengan SATU,.,.raja yang memerintah jasad setiap manusia,.HATI,.segalanya bermula dengan sekeping hati,,.yang sentiasa menemani hati adalah hawa nafsu,.hawa nafsu inilah yang mengajak kita menuju ke lembah kegelapan,.,.yang membutakan akal,.menbuatkan fikiran kita menjadi tidak waras,.yang melupakan kita kepada Pencipta,.Nauzubillah,.,.Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan ,.Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74)
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.
Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)
 Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati..,Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88-89)
segala-galanya dalam diri kita bermula dengan hati,.setiap perbuatan,.langkah kaki kita,.fikiran kita,.hanya dikawal oleh hati,.perteguhkan hati kita agar tidak terpesong dari jalan yang diredhai-Nya.,kuatkanlah iman dengan perbanyakkan zikrullah,membaca Al-Quran serta memahami isi kandungannya,.,.kerana hanya itulah pedoman yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W untuk kita menempuhi zaman yang semakin mencabar ini..,
 Marilah kita bersama-sama membersihkan hati kita daripada sifat-sifat mazmumah dan mengisi dan mengamalkan sifat-sifat yang mahmudah. Mungkin, ada pada ketikanya, terdapat tindakan orang lain yang tidak disenangi, tetapi tidak semestinya harus dibalas dengan cara yang sama. Membimbing dan berdakwah mengajak ke arah kebaikan bukan hanya satu cara. Kerana itu di dalam Islam tidak digariskan secara jelas hanya satu cara untuk berdakwah. Ianya bergantung kepada keadaan, masa, tempat dan individu yang terlibat.,.wasalam......