Sunday, January 31, 2016

Panahan Mata...

pandangan dari kaca mata wanita dan lelaki adalah berbeza sama sekali

selagi lelaki tidak belajar tundukkan pandangan, selagi wanita menghidangkan "hidangan" diri,,selagi itu masalah sosial hati takkan selesai...

Mata wanita lebih memandang pada kecantikan diri. warna baju, tudung, labuh, singkat, sesuai atau tidak. semua memainkan peranan setiap darinya. yang kita lihat adalah kesempurnaan diri dan pandangan orang lain pada kita. sebab itu apa yang kita pakai, pastinya kita mahu nampak cantik sentiasa.

berbeza dengan pandangan mata lelaki. Mereka tidak sedikit pun ambil kisah tentang apa yang kita pakai. Bagi mereka apa yang wanita tu pakai, itu tetap akan menyerlahkan kecantikannya. tapi harus diingat, lelaki memandang wanita dengan penuh rsa keinginan, Maka tidak hairanlah mereka akan memandang berulang kali walaupun wanita memakai pakaian yang bertutup litup.

tapi itu bukan salah lelaki. sudah tertulis Allah mencampakkan lelaki ini 1 nafsu dan 9 akal. maka yang satu itulah yang menggoyahkan iman mereka.

Tugas sebagai wanita, bantu mereka dengan menjaga diri kita. usah dipampang diri kita pada mereka dengan apa keadaan. Bantu mereka untuk menundukkan pandangan kerana kesukaran mereka untuk menahan 1 nafsu cukup payah.

wanita, letakkan rasa malu kita di tempat yang paling tinggi. andai malu itu sentiasa kita topup dan jaga, pasti kita tahu betapa maruah kita itu perlu dijaga serapinya..

sekadar pesanan..baik dimbil, buruk letak tepi..;-)

Keluar Dari Jajahan Pemikiran Kita Sendiri

mindset or mentaliti peeps
" oh ..sekarang awak masih boleh keluar dengan kawan kawan. masih boleh berjimba jimba dengan mereka. nak travel mana mana pun takde orang nak marah, takde orang nak kongkong..ala..awak tak payah lah nak pakai tudung sekarang, kita enjoy la dulu,,nanti da kahwin, kita takkan dapat buat semua ini. nanti xboleh lawan cakap suami.."

yupss,,selalu ayat ayat begini kita dengar dari mulut anak anak muda remaja zaman sekarang ni kan? belum kahwin...so, boleh buat itu ini, boleh nak keluar sakan ke sana ke sini, nak tutup aurat??/tunggu da kahwin baru nak belajar tutup litup. pendek kata, baru nak jadi baik bila bernikah...untuk suami..hmmm

inilah pemikiran orang melayu sekarang yang dianggap modern. entah, mungkin modern pada cara tapi mundur pada pemikiran. kenapa? orang orang yang selalu beralasan sebegini sebenarnya tidak mencintai keluarga dan diri setulus hati. kesian mak ayah. menanggung dosa berganda selagi mana kita tidak mahu berubah.

lets say, if ajal itu lebih cepat dari jodoh perkahwinan, apa yang harus kita sesalkan? tiada guna bukan? jika mati dalam keadaan kita berbuat maksiat, apa lagi yang kita mahu harapkan selain balasan setimpal dengan pengakhiran kita di dunia.

Allah..Allah...

nak jadi baik, nak berubah, jangan tunggu lepas nikah. bila dah nikah nak tunggu pula sampai seru,,itu tipu namanya. itu alasan saja!!

sebenarnya, usia muda bukanlah alasan ataupun tiket untuk berseronok. tapi dalam usia inilah kita perlu bertungkus lumus mencari bekalan ilmu. namun, jika anda sebagai wanita, anda juga perlu mengetahui adab adab dan batasan dalam menjalani kehidupan.

bukan boleh ke sana kesini tanpa mahram. bukan boleh sesuka hati tanpa fikir maruah keluarga. ingat, nak jadi baik, mulakan dengan menjaga diri dan keluarga. belajar dari mula. biasa biasakan diri.

nak tutup aurat, nak jaga solat, nak betulkan perilaku..jangan tunggu NANTI. tapi bermulalah dari SEKARANG. tukar cara pemikiran kita. tidak semua yang kita percaya boleh, tapi sebenarnya salah..

jaga aurat, jaga solat, jaga adab
tukar mindset kita. jangan biar fikiran kita dijajah dalam diri...

Friday, January 29, 2016

Buat ukhti, kamu hebat jika....


Assalamualaikum buat sis sis yang tercinta. Okay bro pun boleh baca. Sebagai pengajaran. 😊
Sis sekarang especially student IPT lah kan, mesti nak muka putih, muka flawless, badan kurus, kasi tinggi sikit, baru lah perfect bila orang tengok. Betul tak? Kalau bukan semua pun, paling tak satu daripada yang kat atas tu.
Sis, meh sini nak cerita. Solat. Solat tu naikkan seri wajah tau? Sekalipun kita putih melepak kalah kapur, tapi solat tak jaga, parah sis parah. Kadang-kadang kita tengok, eh dia ni tak lah putih, bukan lawa sangat, tapi orang senang dengan dia, ramai pulak bro suka dia dalam diam. Nuur sis. Nuur tu cahaya. Bila kita tengok dia, kita rasa tenang je. Rasa sayu je. Yang serabut boleh jadi relax.
Sebab apa? Solat sis. Jaga solat. Solat awal waktu. Bila dah azan, terus solat. Jangan lengah. Kalau breaktime tu sikit je, kena pilih antara makan dan solat, PILIH SOLAT SIS. Kita nak timba ilmu, nak keputusan yang cemerlang, gpa tiap sem 3.5 and above tapi solat? Solat tak tip top. Macam mana tu? Bagi hempedu tapi nak madu. 😌
Al-Quran sis. Bacalah al-Quran. Kita hari-hari boleh bukak instagram, twitter, wechat, whatsapp, telegram, Facebook, haa apa lagi tak sebut. Semua tu kita boleh bukak tapi al-Quran nak baca satu page pun kita rasa penat dan malas. Al-Quran tu kalam Allah. Kalau tak baca satu juzuk seminggu pun takpe, baca satu page satu hari pun dah cukup. Ambik satu masa yang kita free dan tenang untuk baca al-Quran. Contoh, lepas solat maghrib. Selesai doa, ambik al-Quran. Bukak satu surah. Contoh, surah Assajdah ke, al-waqiah ke, al-mulk ke. Surah tu tak panjang sangat pun wahai sis yang tercinta. 🌹 Bila baca al-Quran, semoga Allah lapangkan dada bila nak belajar, tajamkan fikiran untuk ingat pelajaran, penuhi hati kita dengan cinta pada ALLAH. Bacalah sis. Bacalah walau anda sesibuk mana. Bacalah walau surah al-kauthar. 😘
Lagi sis, aurat. Jaga aurat kita sis. Jangan dedah sesuka hati. Kalau baju tu jarang, pakai baju lapis bahagian dalam yang tebal dan longgar. Bukan yang ketat. Kalau ketat, sama jugak nampak bentuknya. Kain, kalau jarang, pakailah kain dalam atau skirt. Tak usahlah pakai legging. Nampak jugak kakinya. Pakailah baju longgar, seluar longgar, tudung tu biar labuh tutup dada. In shaa Allah sis, kita mampu ubah apa yang kurang dalam penjagaan aurat dan maruah kita. 🌸 Sis, kita perempuan kena jaga betul-betul aurat kita. Kata sayang ayah, abah, baba, walid, abang kita. Nak ke mereka kena heret keneraka sebab kita tak tutup aurat?
Ubahlah sikit demi sedikit. Bukan secara drastik atau paksaan tapi hati tidak ikhlas. Tapi biarlah buat secara perlahan tapi hati redha dan Istiqamah. Consistent. Kalau orang kata, baju besar nampak gemuk, baju labuh nampak selekeh, tak apa, yang penting kat syurga nanti kita sama-sama mampu pakai baju cantik-cantik, baju yang dihiasai dengan keindahan kerana kita menutup aurat dengan sempurna didunia. Sis yang solehah sekalian, mari kita ubah. In shaa Allah , Allah akan bantu. Marilah, jangan segan, jangan takut, jangan malu. Kalau rasa hati tergerak nak pakai pakaian yang lebih baik, pakai sis, pakai. Jangan teragak-agak. Allah dah gerakkan hatimu. Buat demi Allah, bukan kerana manusia.

Wednesday, January 27, 2016

Soal Jawab Agama




Syukur dan segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW pembawa rahmat ke seluruh alam. Nabi yang terakhir dan pemimpin umat yang menyelamatkan dunia ini daripada kemurkaan Allah menuju kepada rahmat dan kasih sayang-Nya serta ke atas kaum keluarga baginda, para sahabat, tabiin, sarjana Islam, dan seluruh umat Islam yang menjunjung perutusan Allah yang dibawa oleh baginda. Alhamdulillah, dengan lafaz syukur yang tidak terhingga banyaknya ke hadrat Allah kerana nikmat, pertolongan, dan petunjuk-Nya memberi keizinan untuk mengumpul soal jawab di dalam entry kali ini.

kali ini saya akan berkongsikan sedikit sebanyak tentang perbincangan di dalam group usrah dan soal jawab Antara ahli kumpulan bersama beberapa orang ustaz dan ustazah berkenaan persoalan tentang agama Islam kebiasaannya soalan yang diutarakan berkenaan kehidupan seharian kita. Hukum hakam, larangan dan perlaksanaan yang mana kadang kala kita terlepas pandang atau memandang remeh berkenaan perkara yang kita lakukan seharian di dalam kehidupan kita. Entry ini mengandungi soal jawab yang mudah dan akan sentiasa di’update’ dari masa ke semasa, insyaAllah. Semoga sahabat semua dapat mengambil pelajaran dan pengajaran dari apa yang saya kongsikan kali ini. Sebarang persoalan bolehlah diutarakan dan jika saya kurang ilmu, soalan sahabat akan saya utarakan kepada yang lebih arif, sekian Syukran jazilan.

Soalan
Kenapa orang kuat agama pandai menghukum, tak pandai menilai? Saya da kenal beliau 3 tahun..bila terjadi suatu musibah, beliau jauh diri dari saya, beliau ni kuat agama..saya redha, terima apa yang terjadi. Kenapa orang zaman sekarang membeza-bezakan orang. Kalau dato bukan main hormat je..knp org kuat agama pandai menghukum, tak pandai menilai?
Jawapan
Atas diri masing-masing, kita tidak boleh membentukkan perangai orang lain supaya sempurna sepenuhnya dengan apa yang kita inginkan, setiap manusia sememangnya tidak sempurna, ada kelebihan dan kekurangan, ingat begitu sahaja, tiada yang sempurna selain Rasul.

Soalan
Ade tak doa untuk melembutkan hati pasangan kita?
Jawapan
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana kamu melembutkan Daud (akan) besi”
Kemudian tiupkan ke dalam minumannya

Soalan
Saya ada niat nak berubah tapi kadang kadang saya tinggal solat, apa yang patut saya buat?
Jawapan
Doa kepada Allah supaya dipermudahkan,berubah sedikit demi sedikit tidak mengapa, pasang niat untuk berubah, setiap hari perlu ada peningkatan. Contoh, solat hari ini boleh buat 2 kali. Esok up sampai 3 kali dan seterusnya. Allah lebih memahami umatnya.


Soalan
Adik beradik lelaki tiri/perempuan bersalam tangan, boleh ke x?
Jawapan
Boleh

Soalan
Boleh ke tidak lelaki memakai inai?
Jawapan
Haram kerana menyerupai kaum perempuan

Soalan
Hukum bersanding
Jwapan
Bersanding yang selalu dilakukan oleh masyarakat kita adalah haram kerana adanya unsur-unsur yang diharamkan di dalamnya. Contohnya seperti mendedahkan perempuan di kalangan lelaki yang ajnabi, berlaku pencampuran Antara lelaki dan perempuan tanpa batas- batas syariat, wujudnya beberapa adat khurafat yang tidak diiktiraf oleh syariat dan lain lain. Jika jauh daripada perkara tersebut, hukumnya adalah harus.

Soalan
Bagaimana jika kita mencintai seseorang tu, tetapi orang tu belum tentu mencintai kita, jadi mesti kita akan buat sesuatu supaya si dia sukakan kita..mohon pendapat?
Jawapan
Kalau serius mencintai/menyukai seseorang untuk dibuat suami/isteri, terus masuk meminang, jumpa mak ayah si dia dan menyatakan hasrat anda.tidak perlu berhubung dengan dia. Berhubunglah dengan mak ayah nya.

Soalan
Kalau tak ziarah mak, hanya telifon sahaja, bagi duit atau barang barang dapur melalui orang tengah tanpa pengetahuan adik beradik yang lain..nak pergi tengok mak aka nada suara suara yang tidak sedap didengari, apa hukumnya?
Jawapan
Ziarah la mak kita, bila dia tiada nanti, kita dah tak dapat tengok wajahnya, biarlah apa orang kata, syurga di bawah tapak kaki ibu kita.

Soalan
Apa hukum melambat lambatkan solat?
Jawapan
Melewat-lewatkan solat dengan sengaja tanpa sebab adalah makruh, pahala solat berkurangan

Soalan
Benarkah lelaki wajib berjemaah di masjid?
Jawapan
Wajib bagi masjid dekat dengannya.sekiranya masjid jauh tidak mengapa. Jika jauh tetapi ada pengangkutan yang mampu pergi ke masjid, dikira wajib. Juga lihat pada situasi jika kesuntukan masa juga tidak wajib keatasnya.

Soalan
Bagaimanakah dengan akidah seorang suami yang telah mempelajari dan mempercayai bahwa anak adam dimuka bumi adalah anak tuhan Allah SWT..setelah manusia mati, Allah pun mati.
Jawapan
Berdosa besar, dikira kufur hakikat iaitu ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah SAW.

Soalan
Kalau mudah bersalin atau pembedahan, dosa x terhapus ke?(sakit itu penghapus dosa)
Jawapan
Ye benar, sakit itu peghapus dosa dosa kecil, tetapi tidak semua dosa itu dihapuskan, sama juga sakit seperti demam, sakit kerana kemalangan, mati kemalangan, mati lemas, mati kebakakaran, Allah menggantikannya dengan menghapus dosa. Kita tidak tahu bnyak mana dosa yang Allah hapuskan itu.semua kerja Allah.

Soalan
Hukum belajar tanpa guru?
Jawapan
Kita wajib menuntut ilmu, menuntut ilmu dengan orang yang lebih mengetahui, jika ada kemusykilan perlulah belajar dengan lebih banyak guru dan bukan hanya dengan guru satu aliran, dan kita perlu bndingakan.

Soalan
Apakah hokum seorang isteri meninggalkan dan memohon cerai daripada suaminya yang mengamalkan den mempercayai perkara yang bertentanga dengan syariat Islam.
Jawapan
Sebaiknya, isteri perlu memberi teguran dan nasihat kepada si suami beberapa kali, jika tidak diendahkan, isteri berhak menuntut cerai atas sebab sebab tertentu seperti bimbang amalan si suami merebak kepada diri sendiri atau anak anak atau bimbang perkara yang burk berlaku.

Soalan
Kalau kahwin pakai wali hakim, sah ke tidak perkahwinan itu?
Jawapan
Sah guna wali hakim jika:
-          Tiada wali nasab,anak tidak sah taraf (anak angkat), wali yang tidak cukup syarat contohnya tidak baligh.
-          Wali tidak izinkan mengikut cara cara tertentu.

Soalan
Berdosakah kita (lelaki) ‘text’ dengan kawan perempuan?
Jawapan

Tak bersalah jika hanya sekadar bertanya khabar. Text bertujuan untuk urusan penting diharuskan. Text yang membawa kepada nafsu syahwat diharamakan.

Soalan
Kemana hilang solat zohor bagi kaum adam bila hari jumaat. Kenapa digantikan dengan solat jumaat? Kenapa hari lain tiada?
Jawapan

Allah gantikan solat zohor lelaki dengan solat jumaat berjemaah.didirikan 2 rakaat bersertakan mendengar dan memahami khutbah.didirikan pada hari jumaat kerana banyak kelebihan dan keistimewaan. Hari jumaat terciptanya nabi Adam, hari jumaatlah Allah memakbulkan doa umatnya dan hari jumaatlah akan berlakunya kiamat.

Soalan
Rakaat pertama dalam solat hajat, baca tak doa iftitah?surah apa yang patut dibaca?
Jawapan
Sunat baca doa iftitah. Rakaat pertama selepas baca surah Al-Fatihah dan disambung dengan surah Al-Kafirun atau kursi 11x. rakaat kedua surah al ikhlas 11x.

Soalan
Apa hukumnya seorang muslim mengucapkan selamat ke atas perayaan agama lain?
Jawapan
Klau mengucap kepada mereka yang menganut harus, tetapi ucap ‘tahniah” sahaja. Dilarang ucap penuh seperti “ selamat hari deepavali”. Haram kalau diucapkan sesame islam atau secara terbuka di laman laman sosial.

Soalan
Kenapa allah melaknat kaum homoseksual?
Jawapan
Islam amat melarang perbuatan keji ini, banyak keburukannya sebab itu Allah melarang, sekiranya homoseksual seperti gay dan lesbian, perkahwinan sejenis seperti ini berlaku, maka pupuslah manusia, tiada keturunan dan pertambahan, Islam itu mudah dan jangan kita menyusahkan.

Soalan
Kalau kita berduit, lepas tu kita beli iphone 6 gitu. Adakah dikira membazir? Sebab masih ada lagi phone phone lain yang murah
Jawapan
Tidak, kalau anda mampu untuk kegunaa sendiri, membazir kalau anda beli 10 iphone letak dalam almari.

Soalan
Apakah hukumnya sengaja meninggalkan solat jumaat. Bukan sekali, tetapi berkali kali secara berturut turut.?
Jawapan
Haram, solat jumaat wajib bagi lelaki, 3 kali tidak pergi, maka Allah akan gelapkan hati seseorang itu.

Soalan
Wajib tak buang tattoo?
Jawapan
Banyak pendapat mengenai bab ini.bagi saya, jika anda mampu membuang tattoo tersebut dengan cara pembedahan atau secara moden, ada baiknya buang, sebab tattoo ni sukar dibuang..minta pendapat ulama yang lebih arif ..wallahualam.

Soalan
Kalau kita nikah gantung, tanggungjawab atas bahu kita atau bapa sebelah perempuan lagi tanggung?
Jawapan
Nafkah masih dibawah ayah si isteri, selagi suami dan isteri tidak tinggal sebumbung, jika sebumbung, maka nafkah jatuh pada suami.

Soalan
Isteri tidak bekerja, suami je bekerja, jadi suami tidak memberi nafkah kepada isteri sebab dia tidak mampu
Jawapan
Bagi nafkah itu wajib, cukup untuk makan minum dan tempat tinggal selamat. Keperluan dan barangan harian mengikut kemampuan si suami.

Soalan
Apa maksud luh mahfuz?
Jawapan
Luh mahfuz ialah tempat catatan yang ditulis padanya ketetapan sekalian makhluk sehinggalah berlakunya hari kiamat nanti, wallahualam.

Soalan
Sujud sahwi,kalau tak buat, sah tak solat?
Jawapan
Tertinggal sesuatu dalam solat boleh sambung/tambah yang tertinggal, atau melaksanakan sujud sahwi.
Sujud sahwi adalah sunat muakkad.

Soalan
Hukum bunuh cicak?
Jawapan
Dapat pahala

Soalan
Beza sunat hai’ah dengan sunat muakkad?
Jawapan
Sunah hai’ah, jika kita tertinggal sesuatu didalam ibadah tidak dikehendaki untuk membuat sujud sahwi, contoh tertinggal doa iftitah.

Soalan
Kalau bunuh cicak, siksanya dulu macamana?
Jawapan
Berdosa, siksa binatang apa sahaja berdosa, jika nak bunuh, kena sekali pukul, mati..wallahualam.

Soalan
Ketika mengandung 4 bulan, pasangan suami isteri bercerai secara fasakh..bagaimana nafkah si isteri dan kandungan?
Jawapan
Isteri yang meminta fasakh dari suami, selepas bersetubuh, isteri tiada hak untuk mendapat nafkah atau mutaah, isteri hanya berhak mendapat mahar mussama yang kadarnya disebut ketika akad..tanya yang lebih arih..wallahualam.

Soalan
Masuk tandas mesti menutup kepala, tetapi saya tiada kopiah atau alas, bole tak saya ambil seluar dalam untuk tutup kepala?
Jawapan
Tiada nas pun sebenarnya tutup kepala untuk masuk ke tandas Cuma ada sesetengah pandangan yang menyatakan sebegitu. Tak wajib menutup kepala untuk masuk ke tandas..xyoh nebeng ngat.

Soalan
Apa hukum pakai kain pelikat nipis sampai bentuk aurat terbayang bayang?
Jawapan
Makruh Nampak bentuk seakan akan baying, solat masih sah tapi kalau aurat jelas ternampak kerana baju terlalu nipis, tidak sah solat.

Soalan
Boleh tak anak perempuan bersalaman dengan bapa saudara sebelah ayah?
Jawapan
Tidak haram

Soalan
Boleh tak baca ayat pelindung ni, Bismillahillazi la yadurru maasbihi syai’ru fil ardhi wala fissamaair wahuwassamiilalim?boleh ke percaya petua petua ada makanan yang unsur sihir seperti gelas menjadi sejuk walaupun diiisi air panas dan seumpamanaya?
Jawapan
Ini adalah ayat Al-Quran dan kita boleh jadikan sandaran jika terang sihir, bacaan tersebut memang Rasulullah SAW sendiri yang baca untuk mengelakkan perkara perkara jahat.

Soalan
Duduk saja tanpa sedar mulut kata aku carai tanpa sedar boleh jadi jatuh cerai ke?
Jawapan
Tak jatuh cerai kerana dia tidak tuju kepada siapa dan tanpa dia sedari.

Soalan
Siapa yang wajib jaga ibubapa?
Jawapan
Anak perempuan jika dia belum berkahwin tapi jika dia sudah berkahwin, anak lelakilah yang wajib menjaga kedua ibubapa.

Soalan
Apakah amalan untuk masuk ke hutan dengan selamat?
Jawapan
Banyak sangatlah anataranya imam nawawi ada himpun dalam kitab 4 Azkar contoh ayat pada soalan di atas tu, atau boleh baca kalimah “auzubikalimaatillahittaamatiminnsyariima kholaaq” dengan tujuan syaitan yang ada di dalam hutan tidak menggangu kita.

Soalan
Betul ke perempuan catik wajib berniqab?
Jawapan
Dalam mazhab syafie sendiri pun kata ada 2 pandangan iaitu pertama wajib tutup muka, kedua tidak wajib tutup muka..pandangan ini benar belaka. Dan dalam kitab rowaainul bayan kata orang cantik ni memang wajib pakai niwab tapi pandangan ini bukan muktamad ianya sebilangan pandangan sahaja.

Soalan
Taklid yang dibuat boleh ditarik balik atau tidak?
Jawapan
Munurut pandangan 4 mazhab, tidak dibenarkan menarik balik taklid ini muktamad, tapi kite g Tanya tok guru abdul Rahman fathoni di Kuala Ibai, beliau cakap ada satu qaul saja dalam mazhab Hambali boleh Tarik balik taqlid daripada bukan muktamad lah dan khilaf ini rahmat lah.

Soalan
Kalau imam ada tahi cicak di kakinya,bagaimana nak beritahu?
Jawapan
Ucap subhanallah, jika beliau tidak faham, kita mufarokoh lah atau makmum berjalan hingga ke sebelah imam itu dan imam itu kena faham apabila ada orang yang duduk di sebelah dia, bermakna ada rosaklah solat dan keluarlah dari saf untuk memeriksa apa yang tidak kena.

Soalan
Qadha solat adalah wajib?
Jawapan
Maka, bagaimana nak qadha solat kalau dah banyak sangat tinggalkan solat sehingga lupa berapa banyak?maka, kaedah yang ulama bagi adalah, qadha lah solat sebanyak mungkin sehingga kita rasa kita dah qadha lebih dari yang kita tinggalkan.

Soalan
Apakah hokum melafazkan cerai didalam hati, tiada niat tetapi seperti ada suara kecil yang menyuruh.
Jawapan
Itu adalah bisikan syaitan, banyakkan beristighfar. Talak tidak jatuh selagi tidak dinyatakan dengan lisan dan sedar.

Soalan
Masa solat terasa nak terkentut, batal ke solat?
Jawapan
Solat tetap sah. Tetapi jika terasa sampai tidak boleh tahan sehingga menggangukhusyuk solat sebaiknya keluar dan ambil wudhu. Sembahyang semula.

Soalan
Apa hukum seorang guru perempuan kalau kita hulur tangan dia bagi je salam..budak lelaki umur 14 tahun
Jawapan
Haram tanpa berlapik,tidak boleh bersalam jika bukan muhrim. Kecuali budak budak yang belum baligh@x kenal batas aurat. Kalau yang kenal batas aurat, tak boleh salam. Kalau dihulur salam, tolak elok elok melalui tindakan, respond tangan, tapi kalau untuk menjaga hati mereka daripada mengabaikan sesiapa, dimaafkan. Kalau orang tua@warga emas yang tiada nafsu syahwat,dimaafkan.

Soalan
Hokum hisap rokok dan vape?
Jawapan
Haram, kerana merosakkan diri, kesihatan, membazir duit dan masa.

Soalan
Kalau bersalaman dengan mak mertua abang boleh tak?
Jawapan
Klau awak tu perempuan, boleh,,kalau awak tu lelaki, tak boleh kecuali mertua tu dah tua, tapi sebaiknya x payah salam, cukup sekadar senyum dan hormat.

Soalan
Kalau bersalaman dengan orang orang tua kena cium tangan tak?
jawapan
Harus sebagai tanda hormat

Soalan
Apakah hokum cium tangan orang munafik?orang tidak sembahyang
Jawapan
Harus, tapi kalau nak elakkan xpe je klau rasa tak nak salam.

Soalan
Betul ke kita boleh minum air zam zam berdiri?
Jawapan
Tiada nas yang menyatakan berdiri atau duduk, Antara adabnya mengadap kiblat, baca bismillah, bernafas di luar belas minuman sebelum minum da nada beberapa lagi adabnya..wallahualam

Soalan
Jika kita solat, ada hingus dalam hidung, duk main soksek dalam hidung, batalkah solat?
Jawapan
Sebaiknya buang dahulu dan bersihkan jika menggangu khusyuk solat.

Soalan
Boleh tak membunuh nyamuk semasa solat?
Jawapan
Boleh menghalau nyamuk yang menggangu semasa solat. Jangan bunuh, takut berdarah, solat jadi tak sah.

Soalan
Misalnya kita solat sendiri,  tapi pandai baca surah al-Fatihah dan surah kecil sahaja, sah tak solat?
Jawapan
Sah, jika bacaan bacaan lain seperti bacaan ketika rukuk dan sujud anda tidak reti baca kerana baru belajar@muallaf, masih sah, dengan niat akan terus belajar sedikit demi sedikit.

Soalan
Boleh berdoa dalam Bahasa melayu?
Jawapan
Boleh

Soalan
Kalau ada perlumbaan motosikal(dalam track).contoh, kite masuk daftar duit, hadiah pun menag duit, judi jgak ke gitu?

Jawapan
Dikira halal, permainan ada faktor keselamatan dan tidak memudaratkan pengguna jalan raya lain


Soalan
Apa beza Antara zat dan sifat Allah?
Jawapan
Zat bermaksud hakikat sesuatu yang membezakannya dari yang lain. Ada ulama membezakannya dari yang lain. Ada ulama memberi makna zat dengan nafs(diri), zat sesuatu, sifat pula ialah nama/ sebutan yang menunjuk pada keadaan keadaan zat atau tanda yang bersifat lazim pada zat yang dengannya ia dikenali. Allah tidak serupa dengan makhluk, maka zat-Nya dan sifat-Nya berbeza dari mana mana makhluk-Nya. Wallahualam rujukan; 1. At –ta’rifaat, Ali bin Muhammad al- Jurjani.

Soalan
Apakah hokum memakan ubat penahan haid pada bulan puasa supaya dapat puasa penuh atau makan pil perancang berterusan tanpa cuti kerana tak nak tinggal puasa.
Jawapan
Membuat sesuatu untuk menahan haid atau melambatkannya dengan memakan ubat penahan haid, pil perancang atau sebagainya, hukumnya harus jika tidak membawa mudarat kepda tubuh badan. Namun sebaiknya tidak dilakukan kerana melanggar fitrah. Kedatangan haid adalah tabii bagi wanita. Maka sebaiknya dibiar haid keluar secara normal dan puasa yang tidak dapat dilakukan kerana haid itu diganti pada bulan lain.

Soalan
Melihat kepada peminta sedekah, saya menjadi serba salah untuk memberi sedekah kerana banyak kejadian yang menunjukkan mereka ini penipu. Mohon pendapat dan apa hukumnya?
Jawapan
Sunat, Jika pemberian kita ikhlas, kita akan dapat pahala. Jika peminta derma itu yang menipu, dia yang akan mendapat dosa, kita akan tetap menerima pahala atas keilkhlasan kita. Tak rugi pun untuk saham akhirat kita. Tak perlu siasat siapa peminta sedekah, tapi kalau dah tahu dia penipu, sabaiknya nasihat, seeloknya kita sedekah kepada yang lebih memerlukan.

soalan
betul ke telekung@baju solat tidak boleh dibasuh dengan baju lain?
Jawapan
Basuh dengan baju lain yang tidak bercampur dengan najis contoh dengan menggunakan mesin hukumnya tetap suci, jika baju tersebut dibasuh sekali dengan baju yang terkena najis, maka baju tersebut tidak suci.

Soalan
Kenapa duduk Antara dua sujud dan tahiyat akhir tidak sama?kalau sama, sah tak solat?
Jawapan
Sah, disunatkan ketika tahiyyat awal duduk secara ifttriraysh dan ketika tahiyyat akhir disunatkan duduk secara tawarruk.

Soalan
Sah tak solat jika kita terlupa membaca duduk tahiyyat awal?
Jawapan
Sah, sunat muakkad, jika terlupa , sunat lakukan  sujud sahwi

Soalan
Pakaian yang terkena air mani bolehkah dibasuh sekali dengan pakaian yang lain atau basuh asing?
Jawapan
Boleh, air mani suci

Soalan
Hukum pemberi dan penerima rasuah
Jawapan
Haram dan berdosa besar bagi kedua dua.

Soalan
Apa maksud tawwasul dan tawajjuh
Jawapan
Tawasul bermaksud minta sesuatu daripada Allah melalui perantaraan yang mempunyai kedudukan yang tinggi bagi Allah. Perantaraan seperti nabi, orang soleh, nama Allah. Contoh tawasul dengan berdoa, “Ya Allah, aku memohon ampun-Mu dengan perantaraan nabi Muhammad” nabi Muhammad di situ sebagai perantaraan. Ayat di atas jelas kita tidak menyembah nabi sebagai tuhan, tetapi kita menyembah Allah dengan meminta perantaraan dari nabi…wallahualam.
Soalan
Boleh kah solat tahajjud tanpa tidur terlebih dahulu?
Jawapan
Boleh,tidur ni sunat sahaja bahkan lebih afdhal jika tidur walaupun sebentar. Ulama zaman dahulu pun tak tidur, beramal pada malam hari.

Soalan
Adakah berdosa kalau kita tak dapat tahan nafsu, dan kita melancap sekuat yang mampu sehingga tak mampu berjalan lagi?adakah berdosa?
Jawapan
Hukum onani haram jika disengajakan untuk suka suka. Harus ditahap terlalu tidak boleh ditahan jika dibiarkan khuatir terlibat dengan zina. Tetapi tidak dibenarkan menonton video atau gambar lucah dan membayang perkara lucah(pendapat ini terdapat beberapa khilaf). Tapi Islam amat mengeji perbuatan yang terkutuk ini. Nabi arah supaya pemuda ini berkahwin atau sekiranya tidak mampu, berpuasalah. Onani juga banyak kesan buruk seperti mandul, lemah tenaga batin, dan sebagainya.wallahualam.

Soalan
Sah tak kalau baca surah Al-Fatihah kalau tak didengar di telinga sendiri terutamannya semasa solat berjemaah, tankut menggangu orang sebelah?
Jawapan
Tak sah kalau tak didengar oleh diri sendiri. Baca perlahan tapi jangan sampai menggangu.

Soalan
Apa hukum ambil dividen asb dan tabung haji?fatwa cakap harus, sebab dah lame dengar ada campur perkara syubhah.
Jawapan
Dividen tabung haji harus sebab tiada unsur unsur berkaitan konvensional.

Soalan
Setelah melakukan solat sunat taubat,tapi masih melakukan dosa,bagaimana?
Jawapan
Allah ni maha pengampun, buat salah mohonlah ampun, solat taubat buat hari hari lagi bagus, kita ni manusia memang tak boleh lari dari buat salah.

Soalan
Dalam bulan puasa kita pakai gincu, tapi gincu tu kita boleh rasa, bukan manis atau masam, tetapi ade rasanya?apa hukum?
Jawapan
Makruh

Soalan
Salahkan seseorang muslim itu menyebut Oh My God(OMG)?
Jawapan
Seorang muslim dituntut mengigati Allah SWT sepanjang masa. Dalam sepotong ayat, Allah berfirman “tidakkah dengan mengigatiKu hati menjadi tenang”. Ayat ‘oh my god’ sama saja ertinya dengan ‘ Ya Allah, Ya Tuhanku”. Ayat ini tak salah asalkan niat kita hanya Allah tuhan yang satu. Kalau niat kita untuk Nampak hebat seperti orang kafir, itu tidak boleh! Kerana itu menyerupai sesuatu kaum. Yang terbaik, yang tidak boleh dipertikaikan adalah sebaik baiknya adalah Ya Allah.

Soalan
Apa hukum, si isteri ambil duit poket untuk membeli barang dapur, belanja makan anak anak, sedangkan si suami juga makan di rumah, bila dapat tahu si isteri mencuri duit di dalam poketnya, si suami dengan marah mengatakan tidak halal dunia akhirat, adakah itu haram?
Jawapan
Dibolehkan ambil cukup cukup untuk keperluan sahaja, ambil melebihi keperluan adalah haram, hadis bukhari ada sebut mengenai ini.wallahualam.

Soalan
Bagaimana aurat Antara menantu lelaki dengan ibu mertua tiri?
Jawapan
Ibu mertua tiri iaitu isteri kepada bapa mertua tidak termasuk dalam golongan mahram. Maka auratnya sepertimana ajnabi.

Soalan
Bagaimana aurat Antara ayah tiri dengan anak tiri?
Soalan
Ayah tiri dengan anak tiri(anak isteri) hanya akan menjadi mahram jika suami/lelaki sudah dukhul(menyetubuhi) mak kepada anak tiri tersebut. Batasan aurat mahram/ajnabi boleh dirujuk pada nota yang diberi.

Soalan
Ada seseorang tu jual kain, klau bayar cash rm 35. Jika berhutang rm40.rm 40 dibayar rm10 setiap bulan. Adakah itu riba?
Jawapan
Ya, dikira riba annasiah. Riba annasiah bermaksud bayaran yang dikenakan kerana terlewat bayar.

Soalan
Apa hukum kita pergi dengar ceramah, tapi bila kita nak dirikan solat, kita balik solat di rumah?
Jawapan
Solat berjemaah di masjid wajib bagi lelaki, tetapi solat berjemaah di masjid itu tidak termasuk syarat sah solat.

Soalan
Seorang penzina ingin berubah, apakah cara untuk menghapuskan dosa zina tersebut?
Jawapan
Menyesal dengan perbuatannya, niat takkan buat lagi, buat solat sunat taubat nasuha, jangan tinggal ibadah wajib contohnya solat 5 waktu, perbanyakkan ibadat sunat seperti sedekah.

Soalan
Apa hukum buat upah haji, tapi orang tu masih hidup, Cuma tak mampu pergi haji atas beberapa halangan.
Jawapan
Harus, contohnya seperti uzur.

Soalan
Adakah batal wuduk dengan menyentuh seorang ajnabi/ajnabiyyah secara tidak sengaja.
Jawapan
Wuduk batal walaupun sentuhan secara tidak sengaja.

Soalan
Apa hukum lelaki tu tidak mengaku yang itu adalah isterinya?
Jawapan
Ini dikira berbohong, tetapi talak dan cerai tidak jatuh(atas niat si suami).

Soalan
Apa hukum kalau suami dah abaikan tanggungjwab pada isteri?
Jawapan
Hukum berdosa ke atas si suami, isteri berhak tuntut cerai.

Soalan
Apa hukum jika paksa suami ceraikan isterinya
Jawapan
Orang lain paksa dengan ugutan, dan suami cakap cerai pada isteri tidak dikira jatuh talak, kalau isteri nak cerai suami boleh melalui tuntutan fasakh(lihat pula sebab apa ingin meminta cerai)

Soalan
Seorang isteri telah meminta cerai dari suaminya, dan suaminya menjawab, xpe, nanti aku ceraikan engkau..apakah ini dikira talak?
Jawapan
Atas niat si suami, sesuatu perbuatan diterima dengan sekali adanya niat

Soalan
Biras saya dah 2 kali taklik pada isterinya, dan 2 kali juga kakak ipar saya langgar taklik itu tetapi dah rujuk balik, sekiranya berlaku lagi, boleh ke mereka rujuk balik ?
Jawapan
Boleh

Soalan
Bolehkah si suami memanggil isterinya dengan nama mama atau umi?
Jawapan
Hukumnya tidak boleh kerana panggil seperti ini akan menyerupai ibu si suami, ini bermakna suami telah menyamakan si isterinya dengan ibunya.

Soalan
Apakah hukum menderma organ?
Jawapan
Harus

Soalan
Jika seseorang itu meninggal dunia, bolehkah digunakan organnya untuk pendermaan?(walaupun tiada dalam wasiatnya supaya didermakan organnya).
Jawapan
Tidak boleh, perlu ada persetujuan dari si mati sebelum mati.

Soalan
Apakah hukum muslim melakukan pendermaan organ kepada non muslim?
Jawapan
Harus, jika Antara islam dan non muslim, perlu utamakan muslim

Soalan
Apakah hukum seorang non muslim melakukan pendermaan organ kepada muslim?
Jawapan
Harus diterima jika tiada penderma islam
Soalan
Kalau kita nak buat aqiqah, makanan tu boleh tak bagi kepda orang bukan islam makan?
Jawapan
Tak boleh, kalau nak jemput non muslim jugak, beri kepada mereka daging biasa, kepada orang islam bagi daging aqiqah, kena asingkan yang non muslim dengan muslim.

Soalan
Macammana solat sunat istiqarah? Dan mcam mana kita nak tahu pilihan kita tu tepat? Melalui mimpi ke?
Jawapan
Istiqarah boleh buat 2-12 rakaat, baca saja surah surah mudah seperti al-kafirun dan al ikhlas. Masa sujud terakhir baca subhanakala ilma lana illa man allamtana innaka antal alimulhakim 40x dan selepas itu minta apa yang mahu, dan bangun dari sujud, bagi salam, banyakkan zikir dan selawat kepada nabi, wallahualam..insyaAllah dating dari mimpi sebaiknya buat sebelum tidur.

Soalan
Semasa seseorang itu bercinta dan dia cakap kepada kekasih dia saya nak jadikan awak isteri saya dan dia bersetuju, adakah pertunangan sudah terikat? Macam mana nak putuskan pertunangan tersebut?
Jawapan
Pertunangan dikira sah, putus saja dengan persetujuan kedua dua pihak/

Soalan
Apa hukum, isteri hisap kemaluan suami, suami jilat kemaluan isteri?
Jawapan
Ada yang kata haram, ada yang kata makruh dan harus, yang menyatakan haram kerana air mazi yang keluar merupakan najis yang akan masuk kedalam mulut yang boleh jejas kesihatan. Yang menyatakan makruh jika sampai telan cecair seperti mazi dan mani, kerana perbuatan ini dikira zalim dan melampaui batas seksual. Menyatakan harus, jika menggosok sesame kemaluan untuk menaikkan syahwat suami isteri..wallahualam.

Soalan
Apa hukum, jika kita keluar mencari rezeki dalam keadaan tak suci (tak mandi wajib)?adakah haram rezeki itu atau sebaliknya?
Jawapan
Melewatkan mandi wajib itu berdosa. Buat kerja sebelum mandi itu makruh..tanya yang lebih arif..wallahualam

Soalan
Jika kita membaca Al-Quran dalam bentuk rumi boleh tak?
Jawapan
Tak boleh, untuk elak kesalahan contohnya tajwid, kalau doa baca rumi boleh, sebaiknya kalau tahu baca dalam arab lebih baik.

Soalan
Kalau seseorang itu mengalami luka yang teruk, hingga menyebabkan dia rasa takut untuk kena air, apa yang perlu dia buat?kalau macam tu, susah lah nak mandi wajib kan kena meratakan air seluruh badan?
Jawapan
Ambil kain basah sentuhkan tempat luka, kalau tak boleh juga, ratakan tempat yang boleh juga.sama juga kingin solat, dibenarkan bertayammum.

Soalan
Hobi pakcik saya ialah menyimpan botol botol lame sampai betul satu stor.saya tengok ada botol botol arak yang unik bentuknya.apa hukumnya?
Jawapan
Menyimpan botol arak untuk koleksi di khalayak ramai dilarang, nak simpan juga, boleh, tapi basuh botol tersebut dengan suci seperti kita basuh najis mutawassitah dan buang lebel arak tersebut.

Soalan
Saya bekerja sebagai seorang chef di sebuah hotel, ada satu group china buat annual dinner di tempat saya bekerja, diantara menu dia adalah sejenis arak buatan sendiri yang diberi nama langkau. Air arak seperti itu yang saya buat, apakah hukumnya?
Jawapan
Haram, dikira bersubahat dan pekerjaannya haram.


Soalan
Apa makna hibbah?
Jawapan
Hibbah itu hadiah, maknanya kita hadiahkan kepada sesiapa  harta kita kepada orang lain secara percuma.

Soalan
Maksud tabarruj
Jawapan
Mempamerkan perhiasan diri bertujuan untuk menarik perhatian lelaki contohnya memakai gelang kaki berloceng, pakaian seksi, wangian berlebihan, selfie, menunjukkan kecantikan di tempat awam.

Soalan
Sepertimana kita ucap hari natal adalah haram, adakah jika kita pergi ke rumah kawan yang menyambut hari natal itu haram walaupun tidak mengucapkan selamat? Pergi makan dan minum saja, adakah dikira meraikan hari kelahiran jesus itu?
Jawapan
Pergi kerumah rakan atau jiran yang buat perayaannya boleh, hanya pergi makan makanan yang halal sahaja di rumahnya, kalau pergi buat aktiviti keagamaan dikira haram.

Soalan
Bolehkah sesuatu perniagaan itu ada percampuran Antara sumber haram dan halal?dan peratusan haram itu adalah kecil/minima berbanding peratusan haram itu besar.
Jawapan
Ya, tetap haram jika kita bekerja di tempat yang bercampur dengan yang haram. Walaupun kita seorang penyapu sampah.

Soalan
Apa hukumnya dulu buat kerja haram sampai jadi jutawan dengan hasil haram, tetapi sudah insaf dan ingin bertaubat, dan dari harta harta dan duit haram itu macam mana?adakah perlu dihapuskan?
Jawapan
Ada banyak pendapat mengenai ini, ada yang membenarkan wang itu disedekahkan kepada fakir miskin, anak yatim dengan niat untuk memisahkan wang itu dari kita bukan untuk dapat pahala dari sedekah itu, kerana, sesuatu yang bermanfaat itu seperti wang tidak elok jika dihapuskan begitu sahaja, ada menyatakan haram kerana dengan alasan wang haram tidak boleh disedekahkan, boleh rujuk kepada guru lain di luar sana.wallahualam.

Soalan
Berkenaan seorang lelaki yang mempertahankan harta bendanya dari dirompak, selepas itu perompak itu mati dibunuh , apakah wajar mangsa dihukum mati sebab mempertahankan harta bendanya mengikut agama islam?
Jawapan
Tidak wajar, melawan dengan musuh untuk mempertahankan hak milik adalah dikira jihad, dan mati dibunuh ketika memerangi musuh dikira syahid, harus membunuh musuh itu jika dia terus memeranginya, hadis riwayat abu Hurairah ada menceritakan tentang perkara ini.

Soalan
Jika pencuri itu cuba mencuri tetapi tidak sempat mencuri dan dikejar kemudian dibunuh, diharuskan atau tidak?
Jawapan
Seperti yang dikatakan, harus membunuh musuh jika dia terus memerangi

Soalan
Sekiranya pembunuh itu tidak bersalah, tetapi mahkamah tetap menjatuhkan hukuman mati pada dia, adakah dikira syahid?
Jawapan
Lihat pada situasi kenapa dijatuhkan hukuman, pihak mahkamah yang tanggung dosa atas kecuaian memutuskan keputusan.

Soalan
Apakah hukum orang yang melakukan hukuman gantung pada pesalah yang tak bersalah?sedangkan mahkamah yang membuat keputusan?
Jawapan
Mereka yang melakukan tugas yang tidak diketahuinya salah dimaafkan, yang berdosa jatuh pada yang memutuskan keputusan.

Soalan
Apa hukum seseorang itu berlakon menjadi kafir?
Jawapan
Lihat cara dia berlakon macam mana, kalau buat yang menyalahi islam larang yang akan menyebabkan iman terbatal maka haram, iman boleh batal dengan 3 perkara, niat, perbuatan dan percakapan. Niat, jika masa dia berlakon ada niat nak jadi kafir maka jatuh kafir, perbuatan, jika dia berlakon dengan melakukan penyembahan selain Allah maka jatuh kafir, jika dia bercakap contoh nabi Isa adalah anak Allah, maka, jatuh kafir.
Soalan
Kalau tersalah cakap dan jatuh kafir, apa perlu dilakukan?
Jawapan
Mengucap kalimah syahadah kembali.

Soalan
Ada dalil kata tak, piano tak boleh main? Hadis atau kata ulama?
Jawapan
Piano tu alat muzik. Boleh main tapi jangan sampai melalaikan, bab kata ustaz Azhar Idrus, jangan sampai jadi najis..;)

Soalan
Jika seseorang lelaki itu tidak puasa pada bulan Ramadhan dan melakukan persetubuhan di siang hari, kena kafarah dan puasa ganti atau kafarah sahaja?
Jawapan
Bayar kafarah dan ganti puasa itu.

Soalan
Apakah balasan akhirat jika seseorang muslim itu pernah murtad dan masuk islam kembali?
Hendaklah dia bertaubah bersungguh sungguh, insyaAllah Allah ampuni.
Soalan
Apabila saya selesai solat wajib contohnya solat zohor 4 rakaat, dan terlintas di hati macam tak cukup, apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan
Was was itu mainan syaitan, kalau betul betul yakin baru ganti rakaat yang tertinggal tadi dan buat sujud sahwi.

Soalan
Berkenaan sujud sahwi, saya dengar ianya adalah sunat, maka benarkah sekiranya kita was was atau yakin tertinggal rakaat kita hanya perlu menambah rakaat dan tak perlu sujud sahwi kerana sujud sahwi adalah sunat?
Jawapan
Sunat ada sunat muakkad, ada sunat haiah, sunat muakkad jika tertinggal dikehendaki buat sujud sahwi contoh tertinggal bacaan tahiyat, sunat haiah jika tertinggal tidak dikehendaki buat sujud sahwi contoh tertinggal bacaan iftitah.

Soalan
Macammana jika tertinggal bacaan Qunut?
Jawapan
Qunut adalah sunat muakkad.

Soalan
Betulkah nafkah anak dan bekas isteri tidak wajib ke atas suami seltelah menceraikan isterinya secara fasakh?
Jawapan
Jika isteri minta fasakh, istreri tak berhak mendapat nafkah, dia berhak dapat tempat tinggal, tiada hak mendapat nafkah samaada hamil atau tidak.

Soalan
Bolehkah Jemaah tegur khatib yang berkhutbah tidak menyebut ittaqullah?
Jawapan
Mestilah boleh sebab berpesan kepada taqwa merupakan rukun khutbah.
Soalan
Waktu syuruk bermakna waktu habis solat subuh?
Jawapan
Syuruk ini bermaksud ‘sunrise’ iaitu matahari terbit.

Soalan
Sah tak solat jika saya silap baca Al-Fatihah dahulu dari imam?
Jawapan
Sah, dan tak perlu ulang semula bacaan.

Soalan
Adakah orang baru masuk Islam wajib menunaikan solat pada hari itu juga?
Jawapan
Ya dan dia wajib solat setakat dia tahu sahaja.

Soalan
Jika kita sedang solat dan dalam solat itu kita sedang menguap dalam masa yang sama, kita membaca Al-Fatihah, adakah sah solat kita?
Jawapan
Al-Fatihah jadi tak sempurna maka tak sah solat itu. 

Soalan
Ikan darat dan laut kalau dibiarkan ia mati, boleh di makan, tapi jika ia mati terbalik perut timbul di dalam air ianya di panggil bangkai, haram di makan?
Jawapan
Memang ayat Qurat cakap tak boleh memakan bangkai, selepas itu ada sambungan mengatakan bangkai haiwan dalam air boleh makan. Ibnu Majar ada menyebutkan bangkai ikan halal dimakan.

Soalan
Adakah orang perempuan boleh solat Jumaat?
Jawapan
Boleh tapi sebaiknya solat di rumah sahaja.

Soalan
Boleh tak wish ‘happy new year’?
Jawapan
Boleh, tiada larangannya.

Soalan
Bagaimana sekiranya isteri tidak mendenga cakap suami?
Jawapan
Tak dengar cakap suami yang baik baik maka haram , berdosa, kalau suami itu cakap dan arah perkara yang dilarang Islam maka harus isteri tak ikut.

Soalan
Apa maksud ajnabi?
Jawapan
Bukan mahram, maknanya haram tengok aurat Antara satu sama lain.

Soalan
Apakah hukum membelanjakan wang yang disedekahkan pada hari kematian?
Jawapan
Harus, untuk dugunakan keluarga si mati untuk meneruskan kehidupan.

Soalan
Apa huku suami cakap pada isteri?“perangai awak sama macam mak saya, suka berleter.”
Jawapan
Tak baik sebab menyamakan perangai isteri dengan mak suami.


Soalan
Apa itu zihar?
Jawapan
Zihar adalah menyamakan anggota tubuh badan isteri dengan ibu. Jika jatuh zihar, suami dilarang bersetubuh dengan isteri, kena bayar kifarah dahulu, kifarahnya ialah kena puasa 2 bulan berturut-turut atau beri makan kepada fakir miskin.

Soalan
Seorang lelaki meniggal dan dia berhutang dengan mak dia, mak dia meminta isterinya menjelaskan hutang lelaki tersebut. Adakah berdosa sekiranya isterinya tidak menjelaskan hutang tersebut?
Jawapan
Hutang tak sempat dijelaskan sebelum mati, waris perlu menjelaskan.

Soalan
Jika kita tertinggal solat subuh, waktu yang paling afdhal qada bila?
Jawapan
Secepat mungkin.

Soalan
Apakah hukum pasangan suami isteri bersetubuh pada waktu siang pada bulan Ramadhan?tetapi sebelum itu mereka tidak puasa. Adakah si suami dikenakan kifarah?
Jawapan
Haram, tetap ganti puasa dan kifarah walaupun mereka sedang puasa/tidak puasa, kalau alasan tak puasa boleh bersetubuh, maka ramailah yang akan sengaja membatalkan puasanya sebelum bersetubuh untuk elak bayar kifarah.

Soalan
Ada sesetengah bilik mandi, ada macam kolah kecil, boleh ke kita mandi wajib dalam tu?maksud saya terus masuk dalam tu.
Jawapan
Boleh saja, janji rata air seluruh badan dan mestilah air mutlak yakni tiada najis.
Soalan
Sahabat saya berniqab dah dekat setahun, tapi dah berubah tak nak bernikab disebabkan seorang lelaki yang bukan lagi suami dia. Sebab lelaki itu tidak suka dia berniqab. Apa pandangan ustaz mengenai perkara ini?
Jawapan
Tak patut dia ikut cakap lelaki tersebut sedangkan lelaki itu bukan suami dia lagi.

Soalan
Ada sesetengah orang buang airkecil, lepas tu keluar lagi. Adakah itu air kencing?dan perlu basuh tempat yang terkena?
Jawapan
Penyakit dedas tu. Lepas kencing ada lagi baki kencing. Memang wajib basuh. Kalau nak solat, elok biar 2-3 minit bila dah yakin tiada sisa boleh ambil wuduk untuk solat. Kalau yang kritikal sangat, elok balut kapas dan sewaktu dengannya pada kemaluan. Wadhuk sah untuk satu kali solat fardu sahaja.

Soalan
Apa hukum jika sentuh Al-Quran tanpa wudhuk?
Jawapan
Kalau tafsir melebihi ayat asal, maka dibolehkan tanpa wudhuk.

Soalan
Contoh kita selawat ke atas nabi, tapi dalam keadaan berhadas besar, apa hukum?
Jawapan
Sama macam orang perempuan haid, boleh berselawat, baca doa pun boleh tapi tak boleh baca Quran.

Soalan
Sahkah puasa dalam keadaan berhadas besar?
Jawapan
Puasa pada bulan Ramadhan juga sah dalam keadaan berhadas besar tetapi bukan dalam haid, yang berdosanya sebab tidak solat, sebab bila dalam hadas besar, tak sah solat. Tapi hadas tu mestilah sebelum waktu bermula puasa. Contohnya, pasangan berjimak pada malam hari bulan puasa dan tidak sempat mandi hadas sebelum subuh, maka boleh mandi selepas subuh dan puasanya sah. Tak sah jika dia berhadas selepas puasa bermula contohnya bersetubuh dan keluar haid di siang hari.

Soalan
Pada hari jumaat, yang mana lebih afdhal buat, tahiyatul masjid atau solat qobliah?
Jawapan
Tahiyatul masjid ni sebagai tanda menghormati masjid dan qobliah untuk tamping solat fardu yang lain yang tak sempurna sepenuhnya. Kalau hari jumaat naik masjid, lebih baik buat tahiyatul masjid dahulu.

Soalan
Macamana nak cari ketenangan dalam diri, walaupun saya mengerjakan solat, tapi jiwa saya tak tenang, apa yang harus saya lakukan?
Jawapan
Mengerjakan solat itu perlulah sempurna dan mendapat tahap khusyuk dalam solat, baru kita dapat merasa nikmat dalam beribadah. Perbanyakkan istighfar, renungkan masa silam kita, ada buat tak dosa yang menyinggung perasaan ibu bapa, ingat balik adakah kita pernah berhutang dengan seseorang, sebab perkara sebegini lah salah satu punca jiwa tak tenang. Perbanyakkan buat ibadah sunat, dan bersedekah, hormati kedua ibu bapa, insyaallah ketenangan itu akan hadir.

Soalan
Apa maksud fasik?
Jawapan
Fasik ni bermaksud orang yang percaya dengan adanya Allah tetapi dia tetap juga buat perkara yang dilarang oleh Allah dengan sengaja.

Soalan
Betul ke tak baik send mesej innalillah dalam Bahasa rumi?
Jawapan
Tak boleh tulis ayat Quran dalam Bahasa rumi, mazhab mazhab telah mengeluarkan pendapat masing masing bahawa haram menulis ayat Quran atau potongan Quran dalam Bahasa lain selain Bahasa arab, dibolehkan menulis ayat Quran dalam Bahasa rumi kepada mereka yang tak tahu nak baca dan nak belajar.

Soalan
Rambut perempuan yang bukan muhrim yang sudah dipotong haram tak?sisa potongan tu haram ke tak?
Jawapan
Ada pendapat feqah menyatakan rambut wanita yang dipotong haram kalau Nampak pada bukan muhrim, tapi jika sehelai dua tak haram.

Soalan
Apabila kita ingin berwudhuk, adakah kita perlu menyucikan dahulu rambut daripada minyak rambut yang kita pakai?
Jawapan
Minyak rambut jika tiada alcohol atau najis boleh diguna untuk sembahyang dan wudhuk tak perlu basuh.

Soalan
Boleh tak solat jamak sekiranya kita tahu yang kita akan duduk ditempat tersebut lebih dari 3 hari?
Jawapan
Jamak untuk 3 hari sahaja

Soalan
Apa hukum menjawab azan yang berkumandang di radio?
Jawapan
Sekiranya azan yang dikumandangkan dalam radio tersebut dilaungkan secara langsung dan bukannya rakaman, maka ia sunat dijawab.

Soalan
Saya bekerja di kedai makan, saya pergi kerja pada pkul 5.30 petang hingga 1 pagi, bolehkah mengqadakan solat maghrib saya?
Jawapan
Tak boleh qada, wajib tunai.

Soalan
Apa hukum jika seseorang itu(perempuan) mengupload  gambar lama masa kecil yang tak pakai tudung?
Jawapan
Jika telah baligh, berdosa sebab mempamerkan aurat. Sebaiknya simpan sahaja.

Soalan
Hukum memakan dan meminum sup sarang burung?
Jawapan
Halal

Soalan
Hukum memakai inai bagi lelaki?
Jawapan
Haram kerana inai adalah perhiasan untuk kaum wanita.

Soalan
Jika kita memakai pendakap gigi, selepas solat baru perasan ada sisa makanan celah gigi, sah tak solat?
Jawapan
Sah

Soalan
Apa hukum gusi berdarah ketika solat?batal ke?
Jawapan
Tak batal, batal jika telan.

Soalan
Jika cikgu kita non muslim, apa hukum jika kita cium tangan dia?
Jawapan
Boleh saja. Bukan najis. Air wudhuk juga tak batal jika sesame jantina.
Soalan
Jika terkentut semasa mengambil wudhuk, adakah perlu mengulangi wudhuk dari awal?
Jawapan
Mulakan wudhuk dari awal.

Soalan
Boleh ke solat isyak lewat?
Jawapan
Solat subuh,zohor,asar dan maghrib adalah afdhal kita solat awal waktu manakala solat isyak ni ada 2 pandangan iaitu afdhal buat awal waktu dan afdhal buat lewat waktu.

Soalan
Kalau lepas mandi wajib, selang beberapa jam, ade keluar lebihan, adakah perlu mandi lagi sekali?
Jawapan
Mandi wajib sudah sah, yang lebihan itu perlu dibasuh sahaja tidak perlu mandi wajib balik. Mandi wajib perlu apabila keluar mani bersama syahwat.

Soalan
Dimanakah posisi imam bagi kaum wanita apabila mereka solat berjemaah(makmum dan imam wanita)?

Jawapan
Sebaris dengan makmum

Soalan
Apa hukum perempuan upload gambar selfie semasa susukan anak?
Jawapan
Hukumnya haram dan perlu cepat cepat dipadam. Apa sahaja penampilan/kelakuan perempuan yang boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat adalah dilarang dan haram.

Soalan
Hukum melipat ibu jari kaki semasa tahiyat akhir?
Jawapan
Sunat dilipat ketika tahiyat akhir, wajib dilipat sekurang kurangnya satu jari kaki, sunat dilipat kesemua jari kaki.

Soalan
Menantu perempuan bergaduh dengan mak mertua. Adakah isteri berdosa dengan suaminya?
Jawapan
Dia berdosa dengan mak mertua sahaja

Soalan
Jika kita ke tandas dan banyak nyamuk atau lalat beterbangan terkena pakaian kita, sah tak untuk solat?
Jawapan
Sah sebab nyamuk dan lalat bukan benda yang membatalkan solat, yang membatalkan adalah najis dan darah haiwan tersebut.

Soalan
Macamana nak buat dengan kertas kertas peperiksaan yang ada tulisan atau ayat suci Al-Quran?
Jawapan
Kalau nak simpan, boleh simpan. Kalau rasa nak buang, boleh lupuskan dengan cara bakar dan tanam sisa tersebut.

Soalan
Jika sejadah ada tahi cicak, perlu basuh tak sejadah tersebut?
Jawapan
Buang je tahi cicak itu, kalau kita terpijak pun, basuh semula kaki tu, sebab tak batal wudhu.

Soalan
Apa hukum memotong kuku dan rambut ketika haid?
Jawapan
Tiada larangan

Soalan
Boleh tak lepas beli kereta baru?kita mandikan kereta tersebut dengan air limau, orang dulu cakap untuk tolak bala
Jawapan
Perbuatan ini karut, seeloknya buat solat hajat supaya dijauhi malapetaka dan selamat untuk dinaiki.

Soalan
Jika aqiqah bayi lelaki, wajib ke sembelih kambing 2 ekor? Sekiranya akikah lembu pulak, perlu 1 bahagia atau 2 bahagian?
Jawapan
Sembelih kambing 2 ekor lelaki dan 1 ekor perempuan sunat, kalau tak mampu untuk beli kambing, mengikut mazhab syafie, hambali dan hanafi boleh digantikan dengan lembu dan unta. Mengikut mazhab ini 1 ekor kambing bersamaan 1 bahagian lembu, kalau 2 ekor, 2 bahagian lembu.

Soalan
Apakah hukum mengenakan keuntungan yang tinggi keatas jualan sesuatu barang. Keuntungan berlebihan. Berapakah peratusan keuntungan mengikut hukum syarat?
Jawapan
Harga barang biarlah berpatutan, iku cara saidina uthman al-Affan berniaga. Tapi kalau barang keperluan seperti minyak, tak boleh naik sesuka hati, sebab orang memang guna setiap masa, itu dikira zalim.

Soalan
Apakah hukum mengenakan cukai yang tinggi sehingga membebankan pengguna?
Jawapan
Kalau di Negara Islam, umat Islam kan da h bayar zakat, sepatutnya tak payah cukai. Orang kafir je perlu bayar cukai. Tapi kalau zakat pun kena, cukai pun kena, itu dikira zalim.

Soalan
Betul ke cium pipi sesame jantina itu sunnah. Mohon pencerahan
Jawapan
Yang dilarang adalah apabila berjumpa, cium tangan sampai menunduk seperti rukuk, kalau selalu jumpa dan berlaga pipi juga dilarang. Kalau jarang jumpa, tidak mengapa untuk berlaga pipi. Ada dijelaskan di dalam hadis Hasan, riwayat Tarmizi.

Soalan
Apakah hukum suami tidak beri nafkah zahir pada isteri?
Jawapan
Suami wajib beri nafkah zahir pada isteri dalam 3 perkara iaitu, makan makan, pakaian dan tempat tinggal. Termasuk juga dalam nafkah adalah barang barang keperluan lain seperti alat berhias dan bersuci dan ubat ubatan.

Soalan
Jika bulu kucing yang tercabut tu, najis ke?
Jawapan
Bulu yang tercabut daripada binatang yang haram dimakan adalah najis. Namun kucing adalah binatang peliharaan dan sukar dikawal dan kebarangkalian bulunya merata rata dan sukar dikawal. Oleh itu jika pakaian, badan atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.

Soalan
Boleh tak seseorang muslim bekerja di gereja?sebagai contoh, tukang sapu
Jawapan
Tak boleh, kerana takut mengundang fitnah.

Soalan
Dalam solat, sah atau tidak tertinggal baca bismillah dalam Al-Fatihah?
Jawapan
Tak sah solat

Soalan
Kita tengah solat, tiba tiba mak panggil suruh basuh pinggan. Patut kita teruskan solat atau menjawab panggilan mak? Dosa tak kalau tak jawab panggilan mak?
Jawapan
-          Solat fardu tak wajib, solat sunat wajib berhenti. Tapi solat fardu, kalau kecemasan wajib berhenti.
-          Stop solat, pergi basuh pinggan. Takut mak terasa hati jika panggilan dia tak disahut. Tapi sebaiknya pergi lah basuh pinggan dulu sebelum solat, baru lah mak tak suruh dah. Bergantung pada situasi yang memerlukan



 Soalan
Apakah hukum memberitahu ciri ciri bahagian aurat kepada bukan mahram tanpa menunjukkan bahagian tersebut? Contohnya seorang perempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya yang panjang, lurus dan sebagainya. Tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat rambut perempuan tersebut.
Jawapan
Hukum memberitahu ciri ciri bahagian aurat kepada yang bukan mahram adalah ditegah oleh syarak, maksudnya haram hukumnya walaupun orang itu tidak melihat aurat tersebut.

Soalan
Semasa sujud, hidung wajib tak sentuh tempat sujud?
Jawapan
Tak wajib,sunat, yang wajib adalah 2 kaki, 2 lutut, 2 tapak tangan dan dahi.

Soalan
Boleh ke meletakkan nama anak kita seperti nama Jepun, contoh Hikari yang bermaksud cahaya?adakah Islam melarang?
Jawapan
Tidak diharamkan meletakkan nama nama yang baik dan seeloknya jangan meletakkan nama seperti nama orang kafir takut mendatangkan fitnah.

Soalan
Makmum tak sempat baca habis surah Al-Fatihah. Imam pun rukuk, macam mana dengan solat kita?
Jawapan
Imam tak tahu bacaan kita dah habis ke belum, biasanya kita sempat baca Al-Fatihah tu, kecuali kalau kita terlambat masuk dalam saf. Dalam keadaan ini dimaafkan walaupun kita tak habis membaca Al-Fatihah, boleh terus rukuk ikut imam.

Soalan
Saya bangun 7.07am, pastu mandi dan ambil wudhuk, jam telah menunjukkan 7.24am, syuruk 7.18am, pastu saya sembahyang subuh macam biasa. Oleh kerana kurang yakin, saya sembahyang sekali lagi dengan niat qada’, macam mana yea?
Jawapan
Ada riwayat mengatakan nabi dan para sahabat pernah terkejut lewat. Waktu subuh dah lepas, tapi mereka semua terus solat subuh dahulu, kemudian barulah melakukan perkara lain.

Soalan
Apa hukumnya manusia menyusukan binatang macam bayi?
Jawapan
Susu milik suami jadi kena ada izin suami menyusukan selain anak, jika sengaja menyusukan haiwan adalah perbuatan menyalahi tabii manusia. Wallahualam.

Soalan
Selepas saya mandi wajib dan solat fardu, saya dapati ada bekas minyak hitam pada tapak kaki saya, selepas solat barulah sedar akan kesan tersebut, ada kohor2/hampir hilang kesan minyak hitam itu. Sah tak mandi wajib dan sembahyang yang kita buat?
Jawapan
Sah, kerana selepas solat.

Soalan
Apa hukum jika kita terjumpa duit di tepi jalan, dan kita belanjakan duit tersebut?
Jawapan
Haram, seeloknya simpan dan bagi kepada tuannya, jika tak jumpa,letakkan dalam tabung masjid.

Soalan
kalau ayam tu makan, tidur dan berak di rumah kita, boleh ke jual ayam itu atau bagi kepada orang lain, dah 2 tahun duduk dekat rumah ini, ayam tidak bertuan.
Jawapan
Harus

Soalan
jika ayam orang lain datang bertelur di rumah kita, bolehkah kita makan telur ayam tersebut?
jawapan
bawa berbincang dengan tuan ayam.

Sekian untuk kali ini, insyaAllah saya akan sentiasa update dari masa ke semasa. Teman teman juga disarankan untuk membeli buku ustaz Azhar Idrus “ anda bertanya, ustaz Azhar Idrus Menjawab” . mudah mudahan sedikit sebanyak menjawab dan menyelesaikan masalah masalah berkaitan agama dalam kalangan pembaca sekalian.
Sekian terima kasih.